WELCOME

aktiviti berterusan #2

Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam satu Malaysia.

      Pada tanggal 13/4/2018 sekali lagi beberapa ahli kami meluangkan masa untuk pergi melawat ke  Dar Asnaf Al Fateh di Gombak, Selangor. Walaupun jadual padat dengan kelas tetapi mereka masih mencari masa untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan di sana. Pada hari ini mereka menjalankan kerja-kerja membersih seperi membersihkan kawasan tempat makan dan bilik air.


Reha dan Nad sedang sibuk membersihkan kawasan tempat makan

Gambar di bawah menunjukkan ahli-ahli kami sedang membersihkan bilik air di sini.

Sebelum
Semasa
Siap dibersihkan



Aktiviti berterusan

Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam satu Malaysia.

      Pada 12/4/2018 beberapa ahli kami kembali semula ke Dar Asnaf Al Fateh di Gombak, Selangor untuk melakukan aktiviti bersama-sama anak-anak di sana. Pada kali ini beberapa ahli kami pergi kesana untuk mengajar mereka bahasa inggeris serta membawa sedikit buah tangan untuk mereka.

makanan yang dibawa oleh ahli kami kali ini adalah pizza

Video bersama anak-anak di sana.


Hari ketiga/Penutup

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam satu Malaysia.

      Pada hari ini, bertarikh 8/2/2018 merupakan hari yang agak sedih bagi kami. Tetapi apakan daya setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Walaupun berat hati kami akan tetapi tetap kami hadapi. Hari ini merupakan hari terakhir bagi kami berada disini setelah 3hari berada di pusat Dar Asnaf Al Fateh di Gombak, Selangor. 

      Pada jam 9.00am kami berkumpul di dewan asnaf al-fateh bagi berkumpul bersama anak-anak dan staf di sini bagi menjalankan aktiviti penutup. Inas bin Ibrahim sebagai ketua program ini memberikan ucapan kepada kami serta anak-anak di sini sebagai tanda perpisahan kami. Kak Ayu yang mewakili Ustazah Syahira kerana tidak dapat hadir kerana terdapt tugaas lain, memberi sedikit ucapan dan berterima kasih kepada kami .Kami juga menyampaikan buah tangan serta hadiah kepada anak-anak serta staf yang bersama-sama kami menjayakan program jalinan masyarakat ini. 

Gambar semasa majlis penutupan

Gambar kenang-kenangan kami bersama anak-anak dan staf di pusat Dar Asnaf Al Fateh, Gombak

Sebelum kami pulang, kami sempat berjumpa sekali lagi dengan pengasas pusat  ini iaitu Mokhtaruddin Haji Mohd Said yang juga dikenali sebagai tok ayah dalam kalangan anak-anak  di sini.



Tok ayah memberi CD cerita yang pernah dilakonkan oleh beliau sebagai kenang-kenangan.


   Akhir kata, kami amat berterima kasih kepada staf-staf dan semua orang yang berada yang berada di pusat ini bersama-sama kami meluangkan masa walaupun banyak komitmen lain yang perlu diutamakan. Walaupun program kami hanya setakat ini, tetapi hubungan kami bersama pusat ini akan dikekalkan dengan adanya program yang berterusan di pusat ini. Kami akan sentiasa menziarahi pusat ini pada masa akan datang .Segala salah silap sepanjang kami berada di sini diharapkan dapat dimaafkan. Terima kasih, pusat Dar Asnaf Al Fateh, Gombak.

Hari kedua

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam satu Malaysia.
     Hari kedua kami berada di sini iaitu tanggal 7/4/2018. Pada harini seperti biasa kami memulakan aktiviti pertama kami iaitu memasak untuk makan tengah hari.

     Pada harini ini, kami berasa begitu teruja sekali kerana kami didatangi oleh penasihat program jalinan masyarakat ini iaitu pensyarah kami Dr Mazlan Bin Majid. Walaupun jadual beliau yang padat dengan mesyuarat dan sebagainya, beliau tetap gagahkan diri untuk bersama-sama kami memeriahkan program ini. Jasa beliau amat kami hargai.
Ahli-ahli kami membuat persiapan dengan menyiapkan alatan dan bahan untuk dimasak. Menu pada harini agak banyak kami sajikan kerana anak-anak asnaf ramai pada hari ini kerana mereka tidak pergi ke sekolah kerana cuti persekolahan. Menu yang kami masak harini adalah ayam goreng, telur dada, nasi ayam dan macam-macam lagi.


    Pada pukul 12.30pm juadah kami telah siap untuk dihidangkan. Kami bersama-sama anak-anak asnaf yang lain makan bersama-sama. Tidak terkecuali juga Dr mazlan bersama dengan Ustazah Syahirah yang merupakan juga pengasas kepada pusat tersebut.

adik-adik di sini sedang menjamu selera


Inas bersama Dr Mazlan dan Ustazah Syahirah makan bersama-sama sambil berbincang akan program ini

Seterusnya kami menyiapkan diri untuk solat zohor. Pada pukul 2.00pm kami menyambung aktiviti seterusnya iaitu aktiviti mengecat beberapa buah rumah dan pejabat. Kami berpecah kepada beberapa kumpulan untuk membahagikan kumpulan mengecat supaya kerja menjadi lebih cepat dan kemas.

Asraf, Fakrul dan Sarip sedang membuka tong cat
Inas dan Sarip sedang memasang kayu pada berus cat



Sebelum aktiviti mengecat dijalankan. kami memasang berus cat dengan kayu supaya kawasan yang tinggi dapat dicat dengan sempurna. Ahli-ahli kami juga membancuh cat yang dibeli supaya cat lebih dapat dicat dengan baik. Setelah peralatan sudah selesai dipasang, berbekalkan pengetahuan am dan kemahiran yang sedia ada kami memulakan aktiviti mengecat.


Akhirnya, setelah bertungkus lumus menyiapkan aktiviti ini, pada pukul.5.30pm akhirnya telah berjaya kami jayakan. Dengan usaha gigih daripada ahli-ahli kami akhirnya tugas ini berjaya disiapkan. Setelah itu kami menyiapkan diri untuk menunaikan solat Asar.


Pada pukul 6.00pm kami berkumpul kembali di pusat asnaf ini untuk melakukan tugas seterusnya iaitu mengemas tempat memasak dan membuang sampah yang telah kami kumpulkan selama kami berada di sini. Terasa sungguh kagum sekali apabila kelihatan Dr Mazlan yang hadir bersama kami tidak hanya melihat kami melakukan tugas sebaliknya membantu  meringankan beban kami. Dr Mazlan begitu bersemangat sekali dalam membantu kami menjayakan program ini. Walaupun sudah berumur tetapi masih bertenaga. terima kasih Dr.



Sebahagian daripada ahli kami juga sedang gigih membersihkan kawasan memasak dan membasuh pinggan.


Tepat pada jam 7.00pm aktiviti kami untuk harini telah tamat. Sekian sahaja untuk hari yang penuh bermakna bagi kami dengan pengalaman yang begitu menarik sekali.

Perjalanan ke destinasi dan Aktiviti hari pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

   Hari yang dinanti-nantikan telah tiba, pada 6/4/2018 iaitu tarikh program yang akan diadakan ke  Dar Asnaf Al Fateh di Gombak, Selangor telah tiba.

   Kami berkumpul di Um Central seawal pagi 8.00am. Ketua kami iaitu Inas Bin Ibrahim memberi sedikit ucapan sebelum kami bergerak ke destinasi. Kami bergerak ke destinasi program kami dengan mengambil lrt di kl gateway dan beberapa pelajar lain menaiki kereta melalui perkhidmatan uber.

                                                     Gambar semasa di Um Central
                                         

                                        

    Tepat pada pukul 10.00am kami semua selamat sampai ke destinasi. Ketua program ini iaitu Inas telah pergi berjumpa dengan beberapa staf disana untuk memberitahu akan kehadiran kami untuk kebenaran masuk. Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kami. Mereka membawa kami masuk dan menyediakan tempat untuk kami meletakkan barangan yang dibawa sebelum berjumpa dengan pengasas Dar Asnaf Al Fateh.



   Sebelum kami memulakan aktiviti kami, pengasas Dar Asnaf Al Fateh iaitu Mokhtaruddin Haji Mohd Said yang juga merupakan seorang bekas pelakon Malaysia pada era 1970-an hingga 1980-an. Selepas itu, beliau tidak lagi aktif berlakon dan banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan. Beliau telah memberikan sedikit sebanyak taklimat dan sedikit penerangan berkaitan di kawasan tersebut. 

   Setelah selesai taklimat, kami memulakan aktiviti kami dengan beramah mesra dengan staf-staf serta anak-anak yang berada di Dar Asnaf Al Fateh. Pada pukul 11.00am, kami mula memasang banting yang dibawa sebagai tanda keberadaan kami di situ. selain itu, kami juga mula menyapu sampah di sekitar kawasan tersebut supaya mudah aktiviti kami untuk dilaksanakan. Sebahagian pelajar yang lain juga telah memulakan aktiviti yang lain seperti memasak tengahari dan untuk makan malam. Kami memulakan dengan membuat persiapan seperti memasang gas, membasuh kuali dan pinggan supaya kebersihan lebih terjamin. Pelajar-pelajar lelaki juga bersiap sedia untuk ke masjid yang berdekatan bagi menunaikan solat jumaat.



            Aktiviti memasang banting

 Sebahagian anak-anak asnaf



              Aktiviti membersihkan kawasan sekitar

Membersihkan cawan dan pinggan



Dapur kami memasak



Aktiviti memasak

Tempat kami menjamu selera

Pada pukul 2.15pm masakan telah siap dihidangkan oleh kami. Kami makan bersama-sama anak-anak di sini supaya dapat mengeratkan hubungan sesama mereka. Setelah itu, kami memulakan aktiviti kami yang seterusnya iaitu sambung mengemas kawasan sekitar ini. Kami membersihkan longkang, dan membersihkan di sekitar rumah yang dikelilingi oleh rumput yang panjang.

                                                     






    Pada masa yang sama juga ahli-ahli kami juga meneruskan aktiviti mememasak untuk makan malam. Pada pukul 7.00pm aktiviti kami selesai. Kami menyiapkan diri bagi menunaikan solat maghrib dan solat isyak bagi yang beragama islam. Selepas itu, kami bersama anak-anak makan malam beramai-ramai. Pelbagai lauk-pauk yang disediakan oleh kami seperti ayam masak kicap, sayur campur dan pelbagai lagi yang dimasak begitu sedap sekali oleh ahli-ahli kami. 

   Pada Pukul 9.00pm kami membersihkan serta mengemas kawasan dapur kami untuk digunakan untuk keesokan harinya. Setelah itu, kami meluangkan masa kami bersama anak-anak asnaf untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Pada pukul 10.00pm aktiviti tamat untuk harini. dan masa untuk berehat/tidur. Hari yang sungguh bermakna serta menarik yang ditempuhi oleh kami pada hari ini.