Meeting bersama WAO


Tarikh : 30 Mac 2016
Tempat : Pejabat WAO
Masa : 3 petang hingga 5 petang





Majlis tertinggi bagi program ini telah menghadirkan diri ke Women's Aid Organisation untuk berbincang tentang confirmation tarikh2 bagi program yang kami akan jalankan. 





Terima kasih kak Shangery and abang Kelvin kerana terima kehadiran kami. Thank you so much :*

Berniaga hari keempat untuk mencari dana.


Tarikh : 29 Mac 2016
Tempat : Dataran siswa
Masa : 8 pagi hingga 5 petang

Kami masih meneruskan aktiviti kami iaitu mengumpul dana. Kami tetap akan terus berniaga sehingga cuti pertengahan sem. Jemput datang untuk membeli. Membeli sambil beramal ! 




Terima kasih kakak2 dari kakitangan fakulti sastera kerana datang membeli di gerai kami.



Selain di gerai, kami juga berjalan untuk mendapatkan pelanggan. 


Meeting bersama kak shu kali ke-2 (pengasas Fruit in Kind)

Tarikh : 28 Mac 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Asia Tenggara
Masa : 3 petang hingga 5 petang


Mesyuarat adalah berkenaan dengan projek "Fruit In Kind" . Kak shu telah menerangkan kepada kami tentang instalasi beserta contoh-contoh. 

Dengan berakhirnya mesyuarat pada hari ini, student pengajian asia tenggara tahun satu diminta memberikan idea berkenaan dengan instalasi yang akan diguna pakai semasa berlakunya Fruit In Kind. Diharap semua dapat mengumpulkan idea yaaaa rakan-rakan.

Meeting bersama kak shu akan diteruskan pada 18 Mei 2016. 

Berniaga pada hari ketiga untuk mencari dana.

Tarikh : 25 Mac 2016
Tempat : Dataran siswa
Masa : 1 petang hingga 5 petang





Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.. Kami masih berniaga untuk mencari dana. Selamat membeli. Jangan malu jangan segan !

Berniaga hari kedua untuk mengumpul dana.

Tarikh : 24 Mac 2016
Tempat : Dataran siswa
Masa : 1 petang hingga 5 petang

PERSEDIAAN UNTUK BERNIAGA 

SEBELUM BERNIAGA, KAMI SELFIE DULU !!! 

Dr. Hanafi pun adaaaaa. hehe
PERNIAGAAN PADA HARI KEDUA BERJALAN SEPERTI BIASA 

Kami juga dapat support dari senior2 jabatan asia tenggara kami. terima kasih senior sebab membeli. ya ! beli sambil beramal. datang lagi yaaaaaaaa :)

Berniaga hari pertama untuk mengumpul dana



Tarikh : 22 Mac 2016
Tempat : Dataran siswa
Masa : 8 pagi hingga 5 petang
Jualan hari pertama pada minggu ke 5 untuk mengumpul dana . Alhamdulillah, dapat reaksi yang baik dari para pembeli . 

Kami menjual air bandung soda cincau, buah-buahan serta aksesori telefon. 

Jualan yang kami lakukan adalah untuk mengumpul dana untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan mangsa keganasan rumah tangga. Doakan perniagaan kami berjalan dengan lancar ye ! 

Walaupun ada sesetengah orang yang mengatakan cara kami mendapatkan dana sebenarnya tidak efisyen. Saya nak tegakkan di sini, kami ada sebab tersendiri. hehe sebabnya sebelum nak pergi menjalin hubungan dengan masyarakat luar, kami ingin menjalinkan hubungan yang baik atau mengeratkan lagi silaturrahim atau lebih senang dikatakan ingin kuatkan bonding sesama ahli-ahli bagi kursus jalinan masyarakat dari jabatan asia tenggara. Selepas itu, baru lah kami lebih yakin untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar :) 

Ini juga adalah usaha kami sendiri untuk mendapatkan dana selain meminta tajaan. Doakan kami berjaya. Terima Kasih. 


-Julayka-



Mesyuarat bersama kak shu (pengasas Fruit in Kind)


Tarikh : 21 Mac 2016
Masa : 3.00 p.m - 4.30 p.m
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Asia Tenggara



Mesyuarat telah diadakan bersama dengan kak shu iaitu pengasas Fruit in Kind. Kami telah berbincang tentang cara-cara fruit in kind ini dilakukan serta kami telah menetapkan tiga lagi tarikh perjumpaan bersama kak shu pada masa akan datang supaya Fruit in Kind dapat berjalan dengan lancar. 

Mesyuarat kali ke-3

Mesyuarat kali ke-3

Tarikh : 16 Mac 2016
Masa : 12.30 p.m - 1.30 p.m
Tempat : Berhampiran dengan kafe fakulti pendidikan


Mesyuarat telah berbincang tentang hal-hal yang berkenaan dengan aktiviti yang ingin dilakukan sepanjang kursus jalinan masyarakat. 

Taklimat dari pihak Womens Aid's Organisation

Perjumpaan bersama Women Aid's Organisation dan pengasas "Fruit In Kind"

Tarikh : 11 Mac 2016
Masa : 3 petang - 5 petang
Tempat : BILIK JATI 1, Fakulti Sastera dan Sains Sosial


Wakil dari pihak Womens Aid's Organisation telah memberi taklimat tentang keganasan rumah tangga. Kami juga ada berbincang tentang aktiviti yang dapat dijalankan di Womens Aid's Organisation.

Selain itu, pengasas ""Fruit In Kind" iaitu Kak Shu juga telah memberikan taklimat tentang aktiviti sukarela mengumpul buah-buahan2 dan diedarkan kepada rumah keganasan rumah tangga. 

Mesyuarat kali ke-2

Mesyuarat kali ke-2 
Tarikh : 8 Mac 2016
Masa : 5 petang - 6 petang
Tempat : Berhampiran kafe fakulti pendidikan.


Perjumpaan kali kedua membincangkan hal untuk mendapat dana. Ahli Jalinan Masyarakat bagi jabatan asia tenggara sebulat suara bersetuju untuk berniaga bagi mengumpul dana. 



PENGENALAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan kepada semua, alhamdulillah pada tahun ini (2016) , kami dari jabatan asia tenggara fakulti sastera dan sains sosial akan menjalani kursus jalinan masyarakat pada semester ini.

Kumpulan kami di bawah penyeliaan Dr. Chong Wu Ling dan ahli kami terdiri daripada 21 orang...

PENGENALAN BAGI KURSUS JALINAN MASYARAKAT.

Kursus GIG1005 Jalinan Masyarakat merupakan kursus universiti yang menampilkan strategi pengajaran dan pembelajaran menerusi penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam pelbagai program bersama masyarakat yang mana ia menggambarkan kerjasama antara Universiti Malaya dan masyarakat untuk pertukaran sumber, kemudahan dan pengetahuan untuk manfaat bersama khususnya melaksanakan transformasi dalam masyarakat. Kursus ini bertujuan mencetuskan kesedaran dalam kalangan mahasiswa untuk turut sama mengenalpasti masalah dan mencari penyelesaian terhadap masalah serta sekaligus memupuk semangat dan sikap sukarelawan. Untuk menjalankan kursus ini, Jabatan Pengajian Asia Tenggara (JPAT) akan bekerjasama dengan Woman's Aid Organisation (WAO) yang akan bermula pada bulan Mac ini.

OBJEKTIF BAGI KURSUS JALINAN MASYARAKAT

1. Memupuk serta mengaplikasikan pengetahuan , kemahiran dan amalan sivik dalam diri setiap mahasiswa dan mahasiswi.

2. Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan negara.

3. Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-menolong antara satu dengan yang lain.

4. Memupuk semangat hidup bersama dalam satu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.

5. Memupuk sikap prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

KOMUNITI YANG TERLIBAT DENGAN KURSUS JALINAN MASYARAKAT BAGI JABATAN ASIA TENGGARA

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)


SENARAI AHLI JAWATANKUASA :

PENGERUSI

MOHAMMAD ALIF BIN AZAMI


NAIB PENGERUSI

JULAYKA BINTI JUNAIDI


SETIAUSAHA

NUR AIMI SYAFIKA BINTI ZAHARI


BENDAHARI

NUR AFIQAH BINTI OSMAN


AJK PROTOKOL

NUR AMALINA BINTI AZAM

SITI FATIMAH BINTI DESA
AJK KEBAJIKAN/HADIAH

SITI MASTURA BINTI KHARUDIN

IDA ADLIANA BINTI ROSLAN
AJK MAKANAN

NORZIELA BINTI ISMON

FATIN SYAMIMI BINTI MOHAMAD AZHAR
AJK AKTIVITI

SITI NUR FARHANA BINTI MOHAMAD ROSLANI

WANCHANNAK A/L WIANG
AJK PENGANGKUTAN

ARIF BIN ISMAIL

MHD NUR BIN ABDUL HAKIM
AJK MEDIA

AHMAD HANIF BIN MUHAMAD

YOO ILSEOK 
AJK TUGAS-TUGAS KHAS

MUHAMAD NAZDI SHAREEN BIN MAJDI

DEVIANI CHRISTIHAPSARI
AJK TAJAAN


SHARIFAH NOOR BALQIS BINTI SYED BEN BELLA

FATIN ALIA BINTI BUJANG ALEH


WELCOME TO OUR BLOG