Perjalanan ke destinasi dan Aktiviti hari pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

   Hari yang dinanti-nantikan telah tiba, pada 6/4/2018 iaitu tarikh program yang akan diadakan ke  Dar Asnaf Al Fateh di Gombak, Selangor telah tiba.

   Kami berkumpul di Um Central seawal pagi 8.00am. Ketua kami iaitu Inas Bin Ibrahim memberi sedikit ucapan sebelum kami bergerak ke destinasi. Kami bergerak ke destinasi program kami dengan mengambil lrt di kl gateway dan beberapa pelajar lain menaiki kereta melalui perkhidmatan uber.

                                                     Gambar semasa di Um Central
                                         

                                        

    Tepat pada pukul 10.00am kami semua selamat sampai ke destinasi. Ketua program ini iaitu Inas telah pergi berjumpa dengan beberapa staf disana untuk memberitahu akan kehadiran kami untuk kebenaran masuk. Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kami. Mereka membawa kami masuk dan menyediakan tempat untuk kami meletakkan barangan yang dibawa sebelum berjumpa dengan pengasas Dar Asnaf Al Fateh.



   Sebelum kami memulakan aktiviti kami, pengasas Dar Asnaf Al Fateh iaitu Mokhtaruddin Haji Mohd Said yang juga merupakan seorang bekas pelakon Malaysia pada era 1970-an hingga 1980-an. Selepas itu, beliau tidak lagi aktif berlakon dan banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan. Beliau telah memberikan sedikit sebanyak taklimat dan sedikit penerangan berkaitan di kawasan tersebut. 

   Setelah selesai taklimat, kami memulakan aktiviti kami dengan beramah mesra dengan staf-staf serta anak-anak yang berada di Dar Asnaf Al Fateh. Pada pukul 11.00am, kami mula memasang banting yang dibawa sebagai tanda keberadaan kami di situ. selain itu, kami juga mula menyapu sampah di sekitar kawasan tersebut supaya mudah aktiviti kami untuk dilaksanakan. Sebahagian pelajar yang lain juga telah memulakan aktiviti yang lain seperti memasak tengahari dan untuk makan malam. Kami memulakan dengan membuat persiapan seperti memasang gas, membasuh kuali dan pinggan supaya kebersihan lebih terjamin. Pelajar-pelajar lelaki juga bersiap sedia untuk ke masjid yang berdekatan bagi menunaikan solat jumaat.



            Aktiviti memasang banting

 Sebahagian anak-anak asnaf



              Aktiviti membersihkan kawasan sekitar

Membersihkan cawan dan pinggan



Dapur kami memasak



Aktiviti memasak

Tempat kami menjamu selera

Pada pukul 2.15pm masakan telah siap dihidangkan oleh kami. Kami makan bersama-sama anak-anak di sini supaya dapat mengeratkan hubungan sesama mereka. Setelah itu, kami memulakan aktiviti kami yang seterusnya iaitu sambung mengemas kawasan sekitar ini. Kami membersihkan longkang, dan membersihkan di sekitar rumah yang dikelilingi oleh rumput yang panjang.

                                                     






    Pada masa yang sama juga ahli-ahli kami juga meneruskan aktiviti mememasak untuk makan malam. Pada pukul 7.00pm aktiviti kami selesai. Kami menyiapkan diri bagi menunaikan solat maghrib dan solat isyak bagi yang beragama islam. Selepas itu, kami bersama anak-anak makan malam beramai-ramai. Pelbagai lauk-pauk yang disediakan oleh kami seperti ayam masak kicap, sayur campur dan pelbagai lagi yang dimasak begitu sedap sekali oleh ahli-ahli kami. 

   Pada Pukul 9.00pm kami membersihkan serta mengemas kawasan dapur kami untuk digunakan untuk keesokan harinya. Setelah itu, kami meluangkan masa kami bersama anak-anak asnaf untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Pada pukul 10.00pm aktiviti tamat untuk harini. dan masa untuk berehat/tidur. Hari yang sungguh bermakna serta menarik yang ditempuhi oleh kami pada hari ini.

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG