Berniaga hari pertama untuk mengumpul dana



Tarikh : 22 Mac 2016
Tempat : Dataran siswa
Masa : 8 pagi hingga 5 petang
Jualan hari pertama pada minggu ke 5 untuk mengumpul dana . Alhamdulillah, dapat reaksi yang baik dari para pembeli . 

Kami menjual air bandung soda cincau, buah-buahan serta aksesori telefon. 

Jualan yang kami lakukan adalah untuk mengumpul dana untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan mangsa keganasan rumah tangga. Doakan perniagaan kami berjalan dengan lancar ye ! 

Walaupun ada sesetengah orang yang mengatakan cara kami mendapatkan dana sebenarnya tidak efisyen. Saya nak tegakkan di sini, kami ada sebab tersendiri. hehe sebabnya sebelum nak pergi menjalin hubungan dengan masyarakat luar, kami ingin menjalinkan hubungan yang baik atau mengeratkan lagi silaturrahim atau lebih senang dikatakan ingin kuatkan bonding sesama ahli-ahli bagi kursus jalinan masyarakat dari jabatan asia tenggara. Selepas itu, baru lah kami lebih yakin untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar :) 

Ini juga adalah usaha kami sendiri untuk mendapatkan dana selain meminta tajaan. Doakan kami berjaya. Terima Kasih. 


-Julayka-



No comments:

WELCOME TO OUR BLOG