Tinjauan pembelian barang keperluan


بسم الله الرحمن الرحيم

        Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam satu Malaysia. Pada tanggal 13 Mac 2018, dua ahli kumpulan kami telah meninjau beberapa pusat membeli belah dan kedai alatan bagi mendapatkan barang keperluan bagi menjayakan program Jalinan Masyarakat bagi sesi ini sesuai dengan aktiviti yang telah dirancangkan. 
       Mereka telah meninjau beberapa pusat membeli belah seperti di KL Gateway Mall dan Jaya Shopping Centre bagi mendapatkan alatan yang sesuai dengan program ini. Mereka pergi meninjau ke beberapa kawasan membeli belah ini bagi mendapatkan harga barang yang sesuai dengan dana yang ada. Walaupun jarak antara kedai alatan ini agak jauh tetapi mereka tetap gagahkan diri bagi mencari peralatan ini bagi memenuhi keperluan program ini. Pelbagai alatan yang telah mereka dapatkan seperti berus cat, penyapu, dan lain-lain lagi. 
      Di bawah terdapat beberapa foto menunjukkan ahli kumpulan kami meninjau bebrapa alatan yang diperlukan untuk aktiviti yang akan dijalankan di Dar Asnaf Al Fateh di Gombak, Selangor .




Gambar 1 : Survey berus cat yang berkualiti

Gambar 2 : Survey peralatan mengecat yang lain


Sekian sahaja buat kali ini daripada saya.

M. Sarip

*cameraman 
Inas Ibrahim

Lawatan Lokasi Program

Bismillahirahmanirrajim.

Pada tanggal 10 Mac 2018, kami telah menghantar dua ahli kumpulan kami untuk pergi melawat lokasi yang telah kami pilih untuk Program Jalinan Masyarakat. Mereka telah berkunjung ke Dar Asnaf Al Fateh di Gombak, Selangor iaitu sebuah asrama yang menempatkan anak-anak golongan asnaf. Menurut Razmie Wan Othman, penulis blog berkenaan Dar Asnaf Al Fateh tersebut, asrama ini bertujuan untuk membela dan memberikan perlindungan serta pembelajaran demi membela nasib golongan anak- anak asnaf tersebut. 

Mereka telah berjumpa dengan Ustazah yang baik hati sudi menunjukkan mereka sekitar asrama tersebut. 



Terasa pilu hati apabila melihat asrama ini. Kemudahan yang terdapat di situ tidaklah banyak namun masih dapat menampung bilangan kanak-kanak yang ada. Kami sangat berharap terdapat banyak perkara dan aktiviti yang kami dapat lakukan untuk membantu asrama ini. Antara aktiviti yang kami boleh lakukan ialah seperti menyimen ruangan dapur, membaiki bumbung yang bocor, melakukan gotong-royong membersihkan longkang dan sampah, mengecat rumah asnaf dan juga mengajar anak-anak asnaf tersebut. Berikut menunjukkan gambar-gambar yang telah ditangkap oleh dua ahli kumpulan kami semasa lawatan mereka di sana: 





Taman permainan




Ustazah (kiri) menunjukkan kawasan sekeliling 
Dar Asnaf Al-Fateh.

Ruangan belajar Dar Asnaf Al-Fateh.

Dengan ini kami sebulat suara berharap kami dapat lakukan aktiviti-aktivit di Dar Asnaf Al-Fateh dengan jayanya. 



Sekian sahaj buat kali ini daripada saya.

Syahira Yazit.

RUJUKAN:

Razmie Wan Othman. (2016). Dar Asnaf Al-Fateh Gombak. Retrieved from http://al-fatehmalaysia.blogspot.my/

Jualan T-Shirt FSSS

Bismillahirahmanirrahim.

Pada tanggal 22 Februari 2018 yang lalu, kami telah memperkenalkan design T-shirt khususnya untuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang bertujuan untuk menarik minat orang ramai membeli produk kami dan seterusnya mengumpul dana. Pada hari pertama tempahan T-shirt tersebut, ternyata ramai pelajar berminat untuk mendapatkannya. Bukan sahaja pelajar Fakulti Sastera dan Sains Sosial, malah pelajar dari fakulti lain juga berasa teruja untuk mendapatkan T-shirt keluaran kami itu. Kami telah mendapat banyak tempahan dan harapan kami supaya kami dapat menghasilkan lebih banyak lagi kerana ianya sangat seronok. Dengan tempahan dan jualan T-shirt ini juga, saya dapat merasakan hubungan kami sebagai satu kumpulan yang besar menjadi lebih rapat dan erat kerana masing-masing menunjukkan kerjasama yang baik. Ianya ternyata merupakan pengalaman pertama bagi kami untuk menghasilkan sesuatu yang membawa kebaikan untuk semua. Di bawah terdapat beberapa foto yang menunjukkan betapa kerja kerasnya ahli kumpulan kami melakukan tugas mereka untuk mempromosikan T-shirt FSSS keluaran kami itu!

Asraf giat menampal flyer berkenaan 
 T-shirt FSSS di papan notis.




Fakhrul juga mempunyai tugas yang sama!




Flyers ini telah ditampal di setiap papan notis yang berada 
di bangunan lama Fakulti Sastera dan Sains Sosial.




Asraf dan Fakhrul (berbaju hitam dan hijau) 
mempromosikan T-shirt FSSS kepada 
rakan- rakan UM yang lain. 



Tidak lupa juga kepada rakan- rakan UM 
yang menunggang motorsikal








Flyers yang telah digunakan oleh Inas (Ketua), Fakhrul dan Asraf
untuk mempromosikan T-shirt tersebut.

Dan dibawah terdapat dua gambar yang menunjukkan design T-shirt keluaran kami untuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Jika berminat mari membuat tempahan kepada kami sekarang dengan menghubungi nombor-nombor tersebut!

Athirah: 014-9420612
Ainin:018-9112556
Haziqah: 017-3897051




Versi hitam yang ranggi.


Versi putih yang kelihatan simple tetapi cantik!

Sekian sahaja buat kali ini daripada saya.

Syahira Yazit.



Proses Pengutipan Dana

Bismillahirahmanirrahim.

Post pada kali ini berkisar tentang proses pengutipan dana yang sedang kami lakukan. Pelbagai agenda telah kami jalankan dan salah satunya ialah jualan sandwic telur yang telah kami tunjukkan di post sebelum ini (go check it out if you haven't!) dan pada kali ini kami ada mengadakan servis memotong rambut yang dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja! Sangat menarik!


Lantaran itu juga, kami sedang berusaha untuk mewujudkan lagi banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengumpul dana. Semoga kami dapat lakukan aktiviti-aktiviti ini dengan jayanya.

Sekian sahaja daripada saya buat kali ini. 

Syahira Yazit.

Program Jalinan Masyarakat 2017/2018 JPAT

7 MAC 2018. 

Bismillahirahmanirrajim.

     Buat julung kalinya, untuk Program Jalinan Masyarakat 2017/2018 kali ini, kami telah memaparkan beberapa usul untuk dilakukan dimana ianya dapat membantu memperkasa sesebuah komuniti. Selesai menlantik ahli jawatankuasa untuk program buat kali ini, kami telah melakukan beberapa mesyuarat seiring dengan berbincang tentang perjalanan kami untuk menjayakan Program Jalinan Masyarakat buat kali ini. Setiap kali mesyuarat dilakukan, terdapat beberapa usul dan buah idea yang telah ditambah bagi memeriahkan lagi program yang bakal kami lakukan. 

                                         Mesyuarat Kali Ke-3 di Dewan Kuliah B, FSSS


Mohammad Inas sebagai Ketua sedang memberikan usul

Kami berasa amat lega selepas mendapat pencerahan daripada Penyelia kami buat kali ini iaitu Dr Mazlan. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan pencerahan tentang program yang sesuai dilakukan untuk memperkasa sesebuah komuniti itu. Justeru itu, kami sebagai satu kumpulan telah mendapat idea- idea baru, dan perkara-perkara itu telahpun diusul di dalam mesyuarat kali ke-3. 

Tidak lupa juga dengan proses untuk mengumpul dana dimana kami telah menyediakan sandwic telur dan ianya terjual laris di Kolej Kediaman Lapan, Kolej Kediaman Sembilan dan di Bilik Anjung Global yang terletak di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS). Kami berharap kami dapat melakukan yang lebih lagi untuk mendapatkan dana yang cukup supaya program yang hendak kami lakukan dapat dijayakan dengan baiknya.

                                       Sandwic telur keluaran kami sebelum laris terjual

Sekian sahaja buat kali ini.

Syahira Yazit. 

WELCOME TO OUR BLOG