Jualan T-Shirt FSSS

Bismillahirahmanirrahim.

Pada tanggal 22 Februari 2018 yang lalu, kami telah memperkenalkan design T-shirt khususnya untuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang bertujuan untuk menarik minat orang ramai membeli produk kami dan seterusnya mengumpul dana. Pada hari pertama tempahan T-shirt tersebut, ternyata ramai pelajar berminat untuk mendapatkannya. Bukan sahaja pelajar Fakulti Sastera dan Sains Sosial, malah pelajar dari fakulti lain juga berasa teruja untuk mendapatkan T-shirt keluaran kami itu. Kami telah mendapat banyak tempahan dan harapan kami supaya kami dapat menghasilkan lebih banyak lagi kerana ianya sangat seronok. Dengan tempahan dan jualan T-shirt ini juga, saya dapat merasakan hubungan kami sebagai satu kumpulan yang besar menjadi lebih rapat dan erat kerana masing-masing menunjukkan kerjasama yang baik. Ianya ternyata merupakan pengalaman pertama bagi kami untuk menghasilkan sesuatu yang membawa kebaikan untuk semua. Di bawah terdapat beberapa foto yang menunjukkan betapa kerja kerasnya ahli kumpulan kami melakukan tugas mereka untuk mempromosikan T-shirt FSSS keluaran kami itu!

Asraf giat menampal flyer berkenaan 
 T-shirt FSSS di papan notis.




Fakhrul juga mempunyai tugas yang sama!




Flyers ini telah ditampal di setiap papan notis yang berada 
di bangunan lama Fakulti Sastera dan Sains Sosial.




Asraf dan Fakhrul (berbaju hitam dan hijau) 
mempromosikan T-shirt FSSS kepada 
rakan- rakan UM yang lain. 



Tidak lupa juga kepada rakan- rakan UM 
yang menunggang motorsikal








Flyers yang telah digunakan oleh Inas (Ketua), Fakhrul dan Asraf
untuk mempromosikan T-shirt tersebut.

Dan dibawah terdapat dua gambar yang menunjukkan design T-shirt keluaran kami untuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Jika berminat mari membuat tempahan kepada kami sekarang dengan menghubungi nombor-nombor tersebut!

Athirah: 014-9420612
Ainin:018-9112556
Haziqah: 017-3897051




Versi hitam yang ranggi.


Versi putih yang kelihatan simple tetapi cantik!

Sekian sahaja buat kali ini daripada saya.

Syahira Yazit.



No comments:

WELCOME TO OUR BLOG