Pada tanggal 10 Mac 2018, kami telah menghantar dua ahli kumpulan kami untuk pergi melawat lokasi yang telah kami pilih untuk Program Jalinan Masyarakat. Mereka telah berkunjung ke Dar Asnaf Al Fateh di Gombak, Selangor iaitu sebuah asrama yang menempatkan anak-anak golongan asnaf. Menurut Razmie Wan Othman, penulis blog berkenaan Dar Asnaf Al Fateh tersebut, asrama ini bertujuan untuk membela dan memberikan perlindungan serta pembelajaran demi membela nasib golongan anak- anak asnaf tersebut.
Terasa pilu hati apabila melihat asrama ini. Kemudahan yang terdapat di situ tidaklah banyak namun masih dapat menampung bilangan kanak-kanak yang ada. Kami sangat berharap terdapat banyak perkara dan aktiviti yang kami dapat lakukan untuk membantu asrama ini. Antara aktiviti yang kami boleh lakukan ialah seperti menyimen ruangan dapur, membaiki bumbung yang bocor, melakukan gotong-royong membersihkan longkang dan sampah, mengecat rumah asnaf dan juga mengajar anak-anak asnaf tersebut. Berikut menunjukkan gambar-gambar yang telah ditangkap oleh dua ahli kumpulan kami semasa lawatan mereka di sana:
Taman permainan
Ustazah (kiri) menunjukkan kawasan sekeliling
Dar Asnaf Al-Fateh.
Ruangan belajar Dar Asnaf Al-Fateh.
Dengan ini kami sebulat suara berharap kami dapat lakukan aktiviti-aktivit di Dar Asnaf Al-Fateh dengan jayanya.
Sekian sahaj buat kali ini daripada saya.
Syahira Yazit.
RUJUKAN:
Razmie Wan
Othman. (2016). Dar Asnaf Al-Fateh
Gombak. Retrieved from http://al-fatehmalaysia.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment