Program 1 : One Day Trip To UM


Tarikh : 17 April 2016
Tempat : Tasik Varsity dan Dataran Siswa
Masa : 9 pagi hingga 5.30 petang


ONE DAY TRIP TO UM
Yeay! Akhirnya hari yang ditunggu berlangsung dengan lancar.
Pada ahad lepas (17/4/16) pihak Woman Aid Organization (WAO) memberi kebenaran kepada kanak-kanak daripada pusat jagaan tersebut untuk bersama-sama meluangkan masa bersama kami bagi menyempurnakan program One Day Trip to UM ini.
Program ini berlangsung bermula pukul 9 pagi sehingga 4 petang bertempat di Tasik Varsiti & Dataran Siswa FSSS Universiti Malaya. Seramai 15 orang daripada mereka dapat bersama kami pada hari tersebut.
Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ini ialah ice breaking, zumba, explorace, beberapa permainan, mewarna dan giant bubble.
Alhamdulillah sambutan yang sangat istimewa daripada mereka, semuanya enjoy !

Gambar 1 : Aktiviti "Ice Breaking"
aktiviti ini berjalan dengan lancar. kanak-kanak dari w a o memperkenalkan diri mereka kepada kami semua. kamu juga turut memperkenalkan diri kami. Hal ini bagi bagi mengeratkan hubungan kami dengan mereka.



Aktiviti kedua : Kelas menari + berzumba
sebelum zumba ini dimulakan . kami telah mengajar kanak-kanak w a o step2 untuk berzumba. Syukur ! mereka sangat suka menari ! yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa xD


Makan tengah hari


Aktiviti seterusnya ialah Explorace.
Selain daripada berzumba, kami juga ingin menguji minda mereka. ternyata kanak-kanak ini sangat pintar. nanti dah besar jom masuk UM ye adik2. 



Akiviti seterusnya ialah permainan lego.
kami ingin melihat kreativiti kanak-kanak ini. maka, aktiviti ini yang kami lakukan. 
dibawah saya sertakan hasil kreativiti mereka menggunakan lego





----------------------------------------------------------------------------------


Selain itu, aktiviti mewarna juga turut dijalankan 



Akhir sekali, aktiviti main buih iaitu giant buble juga dijalankan. aktiviti ini juga telah membuatkan adik-adik w a o berasa sangat gembira. 

Selepas itu, makan petang. dan majlis bersurai. 

selepas ini ada aktiviti voluntering dan karnival terakhir iaitu Serumpun Kasih Bersama Seas. Stay Tuned !




 ðŸ˜„
😄
😄

Mesyuarat kali-ke7

Tarikh : 16 April 2016
Tempat : Dataran Siswa FSSS
Masa : 3 hingga 7 petang



meeting ini diadakan sebelum berlansungnya program pertama kami iaitu "One Day Trip To Um"

Mendapatkan tajaan "giant buble"

Tarikh : 11 April 2016
Hari : Isnin
Masa : 10 - 11 malam
Tempat : Giant Bubble Putrajaya. Jalan P*G, Presint 8.

Proses untuk mendapatkan barang2 "giant buble" telah berjaya. Terima kasih kepada team giant buble putrajaya kerana sudi meminjamkan barang giant buble tanpa mengenakan sebarang bayaran. Semoga business giant buble semakin baik.

"Giant buble" merupakan salah satu aktiviti yang akan dijalankan bersama dengan adik-adik mangsa-mangsa keganasan rumah tangga pada perjumpaan pertama kami iaitu "one day trip to UM" . Semoga adik-adik ini terhibur pada hari kejadian.

Mendapatkan tajaan pensil warna.


Tarikh : 11 April 2016
Hari : Isnin




Thanks to Mr. Steven kerana memberi sumbangan pensil warna kepada projek kami. Datanglah beramai-ramai ke double stationary di pj untuk membeli alat tulis. Berhampiran dengan jaya mall . Berhampiran dengan dominos pizza. Terima kasih.


Pergi ke rumah perlindungan WAO


Tarikh : 6 April 2016
Tempat : WAO, rumah perlindungan 1 dan rumah perlindungan 2.
Masa : 3.30 hingga 5.30 petang


Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, Dr. Chong telah bawa kami (alif, julayka, aimi dan afiqah) ke WAO. Selepas itu kak Shangery telah bawa kami ke rumah perlindungan 1 dan rumah perlindungan 2. Kami dibawa ke rumah perlindungan tersebut bagi melihat kawasan. Hal ini kerana, kami akan pergi ke rumah perlindungan ini untuk melakukan kerja2 amal atau menghiburkan adik-adik yang telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pada awalnya, saya merasa sangat gerun dan tertanya-tanya, apa reaksi adik-adik ini apabila kami datang ke rumah perlindungan. Tetapi, alhamdulillah perasaan gerun itu hilang sekelip mata apabila kami sampai ke rumah perlindungan tersebut. kanak-kanak itu sambut kami dengan muka yang sangat ceria walaupun kami berlainan bangsa. kami juga sudah berkenalan sesama sendiri. ada juga yang sempat menceritakan sedikit tentang apa yg mereka hadapi membuatkan kami sungguh sebak. Mereka juga tidak sabar untuk brjumpa dengan kami pada 17 april 2016 iaitu program pertama bersama kami iaitu one day trip to UM. stay tuned ! -julayka-

Bagi saya, naluri keibuan itu telah muncul. Hal ini kerana anak-anak itu sebenarnya sangat friendly, tapi disebabkan tekanan emosi , mereka perlu lebih perhatian, maka apabila ada orang luar datang melawat, mereka sangat excited dan mesra dan sentiasa mengharapkan lagi kehadiran kita nanti -aimi

Bagi saya (alif) , mereka ini masih kecil, pada pandangan saya, mereka ini masih kecil, rasa sedih itu muncul apabila ada diantara mereka luah perasaan mereka pada kita. mereka memerlukan teman, kawan untuk mereka luahkan bebanan yang mereka tanggung. berat mata kita memandang berat lagi bahu yang mereka pikul -alif-

Bagi saya (afiqah) , pendapat saya apabila mula-mula melangkahkan kaki masuk ke rumah perlindungan itu sebenarnya perasaan sebak tu dah muncul apabila mengingatkan macam mana nasib anak-anak kecil yang tinggal disitu, then, apabila kami dah lawat dan beramah mesra dgn mereka, sedih tu bertambah lagi kerana melihatkan mereka yang tinggal tanpa ibu dan ayah. lepastu tinggal pula bersama-sama dengan orang dan kawan-kawan yang totally different sangat membuatkan saya berasa betapa tabahnya mereka menghadapi hidup ini - afiqah

konklusinya, kami tidak sabar untuk berjumpa dengan adik-adik ini for the next activity. stay tuned dan kekal lah membaca blog kami ya ! 


- tiada gambar . hal ini kerana kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau menyebarkan maklumat tentang rumah perlindungan wao. 



Mesyuarat kali ke-6

Tarikh : 5 April 2016
Tempat : Dataran Siswa FSSS
Masa : 8 hingga 10.30 malam

Mesyuarat kali ini membincangkan perkembangan setiap unit masing-masing. setiap wakil unit diminta untuk membentangkan laporan mengenai tugasan yang telah diberikan. berikut adalah isi kandungan laporan yang telah diberikan setiap unit:
UNIT PROTOKOL

Tentatif program One Day Trip
9.00am-9.20am: pendaftaran
9.20am-9.40am: sarapan
9.40am-10.00am: ucapan alu-aluan oleh Dr. Hanafi dan wakil WAO
10.00am-10.30am: ice breaking
10.30am-11.00am: Zumba
11.00am-12.00pm: permainan Explorace
12.00pm-1.00pm: permainan tambahan
1.00pm-2.00pm: rehat
2.00pm-3.00pm: mewarna
3.00pm-4.00pm: Giant Bubbles
4.00pm-5.00pm: minum petang & majlis penutup

UNIT KEBAJIKAN/HADIAH

UNIT MAKANAN

devisi makanan untuk One Day Trip:
-Sarapan pagi akan ditaja oleh Cafe FSSS
-Sarapan untuk ahli SEAS & lecture: Rm 51.00
-Makan tengahari: Rm 360.00
-Minum petang: Rm123.00
Anggaran kasar kos untuk One Day Trip: Rm 534.00
devisi makanan untuk Karnival

-Sarapan pagi: Rm102.00
-Makan tengahari: Rm360.00
-Minum petang: Rm123.00
Anggaran kasar kos untuk Karnival: Rm585.00
Anggaran kasar jumlah kos One Day Trip & Karnival: Rm1119.00

UNIT AKTIVITI

UNIT MEDIA

-PA system dapat dipinjam daripada Jabatan Pengajian Asia Tenggara
-Flyers akan dibuat untuk penyebaran berkenaan Fruits In Kind
-Laptop, kamera dan sistem bunyi sedia untuk digunakan pada hari program

UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

masih dalam pengurusan untuk permintaan kanopi dan alatan pentas

UNIT TAJAAN
WELCOME TO OUR BLOG