Pergi ke rumah perlindungan WAO


Tarikh : 6 April 2016
Tempat : WAO, rumah perlindungan 1 dan rumah perlindungan 2.
Masa : 3.30 hingga 5.30 petang


Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, Dr. Chong telah bawa kami (alif, julayka, aimi dan afiqah) ke WAO. Selepas itu kak Shangery telah bawa kami ke rumah perlindungan 1 dan rumah perlindungan 2. Kami dibawa ke rumah perlindungan tersebut bagi melihat kawasan. Hal ini kerana, kami akan pergi ke rumah perlindungan ini untuk melakukan kerja2 amal atau menghiburkan adik-adik yang telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pada awalnya, saya merasa sangat gerun dan tertanya-tanya, apa reaksi adik-adik ini apabila kami datang ke rumah perlindungan. Tetapi, alhamdulillah perasaan gerun itu hilang sekelip mata apabila kami sampai ke rumah perlindungan tersebut. kanak-kanak itu sambut kami dengan muka yang sangat ceria walaupun kami berlainan bangsa. kami juga sudah berkenalan sesama sendiri. ada juga yang sempat menceritakan sedikit tentang apa yg mereka hadapi membuatkan kami sungguh sebak. Mereka juga tidak sabar untuk brjumpa dengan kami pada 17 april 2016 iaitu program pertama bersama kami iaitu one day trip to UM. stay tuned ! -julayka-

Bagi saya, naluri keibuan itu telah muncul. Hal ini kerana anak-anak itu sebenarnya sangat friendly, tapi disebabkan tekanan emosi , mereka perlu lebih perhatian, maka apabila ada orang luar datang melawat, mereka sangat excited dan mesra dan sentiasa mengharapkan lagi kehadiran kita nanti -aimi

Bagi saya (alif) , mereka ini masih kecil, pada pandangan saya, mereka ini masih kecil, rasa sedih itu muncul apabila ada diantara mereka luah perasaan mereka pada kita. mereka memerlukan teman, kawan untuk mereka luahkan bebanan yang mereka tanggung. berat mata kita memandang berat lagi bahu yang mereka pikul -alif-

Bagi saya (afiqah) , pendapat saya apabila mula-mula melangkahkan kaki masuk ke rumah perlindungan itu sebenarnya perasaan sebak tu dah muncul apabila mengingatkan macam mana nasib anak-anak kecil yang tinggal disitu, then, apabila kami dah lawat dan beramah mesra dgn mereka, sedih tu bertambah lagi kerana melihatkan mereka yang tinggal tanpa ibu dan ayah. lepastu tinggal pula bersama-sama dengan orang dan kawan-kawan yang totally different sangat membuatkan saya berasa betapa tabahnya mereka menghadapi hidup ini - afiqah

konklusinya, kami tidak sabar untuk berjumpa dengan adik-adik ini for the next activity. stay tuned dan kekal lah membaca blog kami ya ! 


- tiada gambar . hal ini kerana kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau menyebarkan maklumat tentang rumah perlindungan wao. 



No comments:

WELCOME TO OUR BLOG