Lawatan luar




SABRIAH BINTI RAHMAN  
AIF 160063



Pada 6 Mei 2017 iaitu hari sabtu saya bersama pelajar Pengajian Asia Tenggara dan Dr. Chong telah membuat perancangan untuk menjalankan lawatan luar bersama kanak- kanak daripada WAO. Pada awal pagi kami semua telah bertolak kerumah WAO untuk menjemput kanak- kanak tersebut dan penjaga mereka untuk keluar menjalankan lawatan di luar. Setelah selesai menjemput mereka kami semua meneruskan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Planetarium Negara bagi menjalankan lawatan didalam Planetarium. Antara aktiviti yang dijalankan didalam Planetarium ialah melihat pelbagai barangan yang digunakan oleh serang Angkasawan. Seterusnya, lawatan kedua iaitu melawat taman rusa dan kancil yang juga berada berdekatan dengan Planetarium negara. Selain itu, kami juga singgah makan tengah hari bersama mereka di Taman Botanical Garden Perdana serta bermain permainan yang terdapat di taman tersebut. Akhir sekali, aktiviti yang dijalankan ialah lawatan ke Muzium Negara bersama kanak- kanak WAO. Aktivti yang dijalankan walaupun tidak banyak namun saya dapat melihat kegembiraan wajah mereka kerana dapat meluangkan masa bersama dengan berjalan-jalan melihat Suasan luar dengan melawat pelbagai tempat yang menarik
Buktinya, seorang kanak-kanak ketika di kembalikan ke rumah WAO menanggis kerana terlalu seronok meluangkan masa lapang mereka keluar berjalan bersama kami


LAWATAN SAMBIL BELAJAR




MASLINAH BINTI ABDUL RAKMAN
AIF160054


 Assalammualaikum dan Salam sejahtera, Saya Maslinah binti Abdul Rakman (AIF160054) dari Jabatan Asia Tenggara, Fakulti Sains Sosial dan Sastera. Melalui program yang diadakan pada hari Sabtu (06/05/2017) telah banyak menyedarkan saya betapa pentingnya kursus Jalinan Masyarakat ini kepada setiap mahasiswa/mahasiswi. Salah satunya,pada hari tersebut kami telah pergi ke beberapa tempat iaitu PLANETARIUM, TAMAN BOTANIKAL, MUZIUM NEGARA dan TAMAN RUSA & KANCIL. Pada hari tersebut kami di arahkan untuk menjaga kanak-kanak yang dibawah dari Rumah WAO (Women Aids Organization). Kami telah membawa 6 orang kanak-kanak untuk membuat lawatan sambil belajar. Saya dapat melihat kanak-kanak ini begitu gembira melakukan aktiviti luar bersama kami. Hal ini teleah menyedarkan saya, kita patut bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi.






JM 06/05/2017




SITI NORSYAHIRAH BT ISHAK
AIF 160064

Tanggal 6/5/2017 iaitu pada hari sabtu yang lalu, kami telah membawa seramai 6 orang kanak-kanak dan seorang penjaga dari WAO untuk ke beberapa tempat tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur untuk menjalankan aktiviti JM yang seterusnya. Antara tempat yang telah kami lawati ialah Planetarium, Taman Rusa dan Kancil, Taman Botani, dan Muzium Negara. Kami bertolak ke tempat-tempat berkenaan dengan menaiki beberapa buah kereta. Di Planetarium, kanak-kanak tersebut diberi pendedahan tentang ilmu sains seperti sains angkasa, teknologi sains yang digunakan, contoh-contoh meteor dan sebagainya. Kanak-kanak tersebut kelihatan sangat teruja dan gembira untuk meneroka Planetarium. Selain itu, ketika di Taman Rusa dan Kancil, kami juga dapat membawa mereka melihat rusa dan beberapa haiwan hutan yang lain seterusnya menikmati makan tengahari di Taman Botani. Aktiviti diteruskan dengan menuju ke taman permainan yang terdapat di Taman Botani tersebut. DI sini kanak-kanak terbabit dapat bermain dengan riang dan bebas. kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka kerana peluang ini jarang dilakukan. Akhir sekali, kami menamatkan aktivti JM pada hari tersebut dengan mengunjungi Muzium Negara. LAwatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak berkenaan tentang sejarah Malaysia. Melalui lawatan ini juga mereka dapat melihat sendiri barang-barang prasejarah yang sebelum ini hanya dapat dilihat di dalam buku sahaja. Biarpun penat, namun senyuman tetap terukir di bibir kami dan kanak-kanak WAO tersebut.

DI RUMAH WAO KUMPULAN 1



Fatin amirah binti md arifin
Aif160042

Sepanjang saya menjalankan tugas saya di rumah WAO.
Saya dapati penghuni di rumah tersebut bukan sahaja terdiri daripada kanak-kanak 
tempatan malahan dari luar negara juga ada. Kanak-kanak dari luar negara ini tidak susah untuk dijaga malah mereka memberikan kerjasama yang baik sepanjang program diadakan di rumah WAO tersebut. Di rumah WAO, saya telah menjalankan tugas untuk melakukan senaman bagi, bermain “Muzical Chair”,  menyediakan “Sandwish” sebagai sarapan pagi bersama kanak-kanak WAO dan membersihkan sekitar kawasan rumah WAO tersebut. Saya sangat terharu dapat bekerjasama dengan rakan seperjuangan saya semasa aktiviti dijalankan dan kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan baik. Kami sebagai pelajar Universiti Malaya telah menjalankan program tersebut pada awal pagi hinggalah ke petang. Setiap aktiviti yang dijalankan telah dibahagikan kumpulan masing-masing bagi memastikan program di rumah WAO berjalan dengan lancar. Namun begitu, setiap program pasti dipantau oleh seseorang. Kami telah dipantau oleh Dr Chong Wu Ling selaku pensyarah penasihat bagi kursus Jalinan Masyarakat⁠⁠⁠⁠

Refkeksi pertama

Nur aisyah maulad zainal
AIF160059

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bgi refleksi kli ini apa yg saya dpt ialah ia mengajar saya tentang kesabaran kita melayan ank2 kecil. Sebagai mana kita ketahui, ank2 ini bermacam2 ragamnya. Ada yang pendiam, ada yg suka bercakap dan sebagainya. Jdi kita sebagai org yg lebih dewasa dri mereka seharusnya sentiasa sabar dgn ap jua keadaan apabila bersama dgn mereka.
Seterusnya, kita sebagai org yg lebih dewasa dri mereka seharusnya meluangkan masa dgn mereka, hal ini kerana dri situ kita akn ketahui ap jua masalah yg mereka hadapi. Tambahan pula dgn luangkan msa brsma2 mereka hubungan kita dgn mereka akn bertambah erat. Akhir sekali, hargai mereka dan semaikan kasih syg utk mereka.

Refleksi ku........

Nur Ashyqin Binti Zainad
 AIF 160046
Refleksi saya bagi aktiviti 16/4/2017 ialah hari pertama saya berjumpa dengan kanak-kanak baru di WAO. Semasa kami tiba di WAO, kami disambut dengan gembira oleh kanak-kanak tersebut. Aktiviti pertama yang kami lakukan untuk kanak-kanak WAO ialah senaman pagi. Semua kanak-kanak mengikut arahan kami dengan baik dan memudahkan kerja kami semasa membuat senaman pagi. Selepas senaman pagi, kami mengadakan aktiviti kerusi muzik. Fasi-fasi yang datang memberi sokongan kepada kanak-kanak tersebut untuk bermain. Saya gembira melihat kanak-kanak tersebut gembira bermain kerusi muzik. Pada pukul 10 pukul, kami membuat sandwish dengan kanak-kanak. Mereka gembira semasa membuat sandwish. Selepas kami selesai membuat dan makan sandwish, kami bergotong-royong membersihkan rumah WAO. Kerjasama antara pasukan kami membuatkan kerja kami selesai dengan cepat. Selepas selesai bergotong-royong kami bermain dengan kanak-kanak tersebut. Walaupun jumlah kanak-kanak di WAO tidak ramai, tapi saya gembira dapat membuat mereka gembira kehadiran kami. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan satu kerana berjaya memberi sokongan dan membuat kanak-kanak tersebut gembira.

Menghargai setiap saat

YAP WEN KANG 
AIF160040


Pada 16 April 2017,  saya dan rakan pergi ke rumah WAO untuk menjalankan aktiviti jainan masyarakat.  Semasa di rumah WAO, saya nampak banyak anak yatim dan anak dari afghanistan. Di rumah tersebut, kita telah menjalankan banyak aktiviti seperti bergotong-royong, membuat senaman, mengajar mereka buat sarapan pagi dan lain-lain. Saya sangat suka mereka dan gembira semasa menjalankan aktiviti. Saya berasa bahagia berbanding dengan mereka. Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sempurna. Anak-anak yatim telah memberi kesedaran saya bahawa kita perlu menghargai setiap orang yang berada di sisi kita. Apabila saya nampak senyuman mereka, saya berasa sikit terharu. Hal ini kerana aktiviti kecil iaitu membuat sarapan pagi, mereka memang berasa seronok semasa di aktiviti ini. Mereka menghargai saat yang berada dengan kita.Saya harap anak-anak yatim tersebut akan menjadi orang yang berjaya pada masa hadapan.



Pengalaman di rumah WAO



Mohammad Aliff bin Azman 
AIF160055


Pada 16.4.2017 kumpulan 1 dan kumpulan 2 telah mengadakan lawatan ke rumah WAO.  Tujuan lawatan ini adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar dengan penghuni rumah WAO. Melalui lawatan ke rumah WAO terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan telah menerapkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Sebagai cth, aktiviti yang tlh memupuk semangat kerjasama di rumah WAO ialah pelajar yg terlibat bekerjama bergotong royong di kawasan rumah tersebut. Kesimpulanya, program yg tlh dijlnkn memberikan pelbagai kebaikan kpd pelajr yg mnyertai lawatan tersebut.

Perasaan terhadap aktiviti di WAO

Nadirah muhammad 
AIF160057

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk refleksi kedua bagi kursus jalinan masyarakat ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pihak-pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung, terutamanya kepada Dr Chong Wong lin sebagai pensyarah serta penasihat sepanjang program ini dijalankan. Begitu juga kepada pengarah dan ahli jawatan kuasa yang telah memberi kerjasama yang sangat baik ketika program ini dilaksanakan. Sepanjang aktiviti kedua ini dijalankan, terdapat beberapa nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri setiap ahli kumpulan terutamanya dalam diri saya sendiri. Pertama sekali, ada pepatah yang mengatakan bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, ini menjelaskan tentang kebaikan amalan memberi atau berkongsi antara kita. Seharian bersama kanak-kanak WAO membuka mata saya agar masyarakat perlu lebih ikhlas dalam memberi sumbangan, pertolongan, mahupun berkongsi ilmu serta pengalaman. Keikhlasan itu tidak ternilai harganya, dengan menjalankan aktiviti seperti membaca buku, sarapan bersama, menghias layang-layang dan banyak lagi dapat mengajar kita agar lebih menghargai di antara satu sama lain. Walau pun dengan masa yang singkat, kami mampu meluangkan masa dengan aktiviti yang berguna dan kanak-kanak yang berada di WOA dapat mengukir senyuman manis. Sekian terima kasih.





Lawatan Mesra Ke WAO.


Mohammad Azul Syafiq Bin Mat Zu
AIF160056

Assalamualaikum dan Salam  Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program lawatan ke rumah perlindungan WAO yang diadakan pada 23 April 2017 yang lalu. Banyak pengalaman manis yang saya dapat daripada lawatan ke rumah perlindungan WAO. Antaranya ialah saya dapat mengenali dengan lebih rapat kanak-kanak yang ada disitu. Banyak aktiviti-aktivi yang dijalankan. Setiap aktiviti yang dijalankan memupuk semangat kanak-kanak disitu agar terus positif dalam meneruskan kehidupan mereka kelak. setiap kanak-kanak mempunyai tingkah laku yang tersendiri yang memerlukan kemahiran tertentu untuk berkomunikasi dengan mereka. Melalui program ini saya dapat menambah baik cara berkomunikasi saya dengan kanak-kanak disitu.

Secara keseluruhanya saya merasa bertuah kerana mendapat pengalaman yang amat bermakna bagi saya. Pengalaman ini tidak mungkin akan saya lupakan.
WELCOME TO OUR BLOG