Tinjauan pembelian barang keperluan


بسم الله الرحمن الرحيم

        Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam satu Malaysia. Pada tanggal 13 Mac 2018, dua ahli kumpulan kami telah meninjau beberapa pusat membeli belah dan kedai alatan bagi mendapatkan barang keperluan bagi menjayakan program Jalinan Masyarakat bagi sesi ini sesuai dengan aktiviti yang telah dirancangkan. 
       Mereka telah meninjau beberapa pusat membeli belah seperti di KL Gateway Mall dan Jaya Shopping Centre bagi mendapatkan alatan yang sesuai dengan program ini. Mereka pergi meninjau ke beberapa kawasan membeli belah ini bagi mendapatkan harga barang yang sesuai dengan dana yang ada. Walaupun jarak antara kedai alatan ini agak jauh tetapi mereka tetap gagahkan diri bagi mencari peralatan ini bagi memenuhi keperluan program ini. Pelbagai alatan yang telah mereka dapatkan seperti berus cat, penyapu, dan lain-lain lagi. 
      Di bawah terdapat beberapa foto menunjukkan ahli kumpulan kami meninjau bebrapa alatan yang diperlukan untuk aktiviti yang akan dijalankan di Dar Asnaf Al Fateh di Gombak, Selangor .




Gambar 1 : Survey berus cat yang berkualiti

Gambar 2 : Survey peralatan mengecat yang lain


Sekian sahaja buat kali ini daripada saya.

M. Sarip

*cameraman 
Inas Ibrahim

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG