Program Jalinan Masyarakat 2017/2018 JPAT

7 MAC 2018. 

Bismillahirahmanirrajim.

     Buat julung kalinya, untuk Program Jalinan Masyarakat 2017/2018 kali ini, kami telah memaparkan beberapa usul untuk dilakukan dimana ianya dapat membantu memperkasa sesebuah komuniti. Selesai menlantik ahli jawatankuasa untuk program buat kali ini, kami telah melakukan beberapa mesyuarat seiring dengan berbincang tentang perjalanan kami untuk menjayakan Program Jalinan Masyarakat buat kali ini. Setiap kali mesyuarat dilakukan, terdapat beberapa usul dan buah idea yang telah ditambah bagi memeriahkan lagi program yang bakal kami lakukan. 

                                         Mesyuarat Kali Ke-3 di Dewan Kuliah B, FSSS


Mohammad Inas sebagai Ketua sedang memberikan usul

Kami berasa amat lega selepas mendapat pencerahan daripada Penyelia kami buat kali ini iaitu Dr Mazlan. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan pencerahan tentang program yang sesuai dilakukan untuk memperkasa sesebuah komuniti itu. Justeru itu, kami sebagai satu kumpulan telah mendapat idea- idea baru, dan perkara-perkara itu telahpun diusul di dalam mesyuarat kali ke-3. 

Tidak lupa juga dengan proses untuk mengumpul dana dimana kami telah menyediakan sandwic telur dan ianya terjual laris di Kolej Kediaman Lapan, Kolej Kediaman Sembilan dan di Bilik Anjung Global yang terletak di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS). Kami berharap kami dapat melakukan yang lebih lagi untuk mendapatkan dana yang cukup supaya program yang hendak kami lakukan dapat dijayakan dengan baiknya.

                                       Sandwic telur keluaran kami sebelum laris terjual

Sekian sahaja buat kali ini.

Syahira Yazit. 

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG