JALINAN MASYARAKAT SEAS - TERIMA KASIH SEMUA

  Terlalu  hanyut  mendengar  gema  tawa  mereka,  terlalu  asyik  dibelai  tangan-tangan  mereka,    terlalu  menyelam  ke  istana  yang baru  dibina  mereka,  hingga  terlupa  tiada  lagi  itu  semua.  
Program  jalinan  masyarakat  yang  menemani  kami  berminggu-minggu  kini  mulai  melambai,  tanda  tibanya  masa  mengucapkan selamat  tinggal.
Diri  ini  yang  dahulunya  bergelut  dalam  mimpi,  kini  mulai  mengenal  apa  itu  REALITI .  "Ternyata  kau  tak  akan  tahu  apa  erti  REALITI  jika  sekadar  mencari.. Kau  harus rasai.." 
Alhamdulillah.. terlalu  banyak  yang  dapat  saya  pelajari  daripada  program  ini.  Walaupun  telah  berakhir,  namun  kami  akan  cuba  untuk  memastikan  jalinan  yang  terbina  bersama  mangsa-mangsa  keganasan  rumah  tangga  ini  tidak  akan  terputus.  Saya  juga  bersyukur  kerana  telah  diberikan  kesempatan  oleh  pihak  universiti  untuk  merasai  program  seumpama  ini  yang  jarang-jarang  sekali  saya  lalui  sebelum  menjadi  warga  Universiti  Malaya.  Pada  pandangan  saya,  program  ini  banyak  membantu  kami  dalam  proses  membina  kemahiran  dalaman,  selain  menggalakkan  kerjasama  dalam  kalangan  ahli  kumpulan  serta  memerlukan  kesungguhan,  juga  keikhlasan.
Tidak  saya  lupakan  juga  kepada  Dr  Chong,  Kak  Syu  dan  ramai  lagi  yang  bertungkus-lumus  di  belakang  tabir  bagi  memastikan  kerja  kami  berjalan  dengan  lancar.  Individu-individu  ini  tak  lokek  dan  boleh  dikatakan  melekat  dengan  notifikasi  whatsapp  dan  facebook  kami. Tak  putus-putus  mengingatkan  kami  kerana  tak  mahu  program  ini  gagal.   Rasanya  belum
 terlambat  juga untuk  mengucapkan  "Selamat  Hari  Guru"  buat  individu-individu  penting  ini.  Mereka  sudi  mengajar  dan  membimbing  kami  sepanjang  perjalanan  program  Jalinan  Masyarakat  ini.
Buat  rakan-rakan  sekelas  saya,  terima  kasih   atas  tunjuk  ajar  dan  sentiasa  memberikan  semangat  tanpa  membeza-bezakan  dengan  yang  lain.  Saya  hargai  semua  itu.  Saya  harap  rancangan  kita  untuk  terus  berhubung  dengan  adik-adik  di  rumah  WAO  tidak  sekadar  menjadi  omong  kosong.  Saya  pasti  kita  semua  akan  merindui  mereka..  Malah  ada  segelintir
 dalam  kalangan  kita (Fatin, Nur, Aimi , Alif , Anif  dan  Arif )  yang  menjadikan  mereka  sebagai  adik  angkat.  Jelas  sangat  kuat  hubungan  mereka  bagaikan  saudara  kandung.
Akhir  sekali,  saya  berharap  agar  kita  semua  dapat  mengaplikasikan  setiap  perkara  yang  telah  dipelajari  daripada  program  ini.  Ambillah  yang  jernih  sebagai  tauladan.  Jauhi  yang keruh,  jadikan  ia  sempadan.
Ikhlas  daripada-
                         ADI
MUHAMAD  NAZDI  SHAREEN  BIN  MAJDI 
AET 150041





 

KARNIVAL SERUMPUN KASIH BERSAMA SEAS

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana program terakhir kami bersama kanak2 dari WAO berjaya dilaksanakan..karnival ini merupakan program penutup bagi kursus jalinan masyarakat..namun ianya tidak bermakna hubungan yang terjalin antara kami dengan adik2 tersebut juga berakhir di situ..kami akan cuba sedaya upaya untuk terus mengekalkan hubungan ini dan membantu mereka lagi pada masa akan datang...

karnival ini berlangsung pada 8 Mei di Taman Jaya..apa yang menarik mengenai karnival ini ialah kami cuba membawa adik2 ini keluar ke dunia luar untuk melihat realiti sebenar bahawa mereka juga boleh bermain serta berseronok seperti kanak2 yang lain..sebelum bermulanya aktiviti, sesi pendaftaran dijalankan terlebih dahulu..adik2 ini ditemani oleh 2 orang childminder..seterusnya adalah sarapan..terima kasih kepada 'kakak ziela n kakak mimi' kerana menyediakan makanan yang sedap..hihihi..selesai sahaja sarapan, kami meneruskan dengan sesi nyanyian, bacaan doa serta ucapan dari pengarah projek, wakil WAO dan Dr Hanafi..majlis ini dirasmikan oleh 'kakak firkah' iaitu wakil dari WAO..seterusnya para vip dijemput makan dan adik2 tersebut dibawa ke kawasan yang lebih lapang untuk memulakan aktiviti pertama iaitu bermain giant bubble..aktiviti ini adalah atas permintaan mereka kerana mereka belum puas bermain pada program sebelum ini..




Selepas itu adalah aktiviti permainan bersama..beberapa aktiviti telah disusun oleh unit aktiviti untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami dengan adik2 tersebut..sangat menarik dan membantu mengasah minda mereka..

selepas itu, adalah mereka diberi rehat dan makan tengahari..usai makan, program diteruskan lagi dengan permainan..adik2 ini juga diberi peluang untuk bermain di playground berdekatan..apa yang terlintas dalam fikiran saya pada ketika itu ialah mungkin mereka sudah lama tidak bermain seperti itu kerana keterujaan mereka sudah menggambarkan semua..

setelah itu, adalah aktiviti yang tidak dirancang dan lebih kepada suprise je..huhuhu..birthday party yoooo..tujuannya bukan untuk menyambut hari lahir sahaja tetapi lebih kepada menghargai ikatan yang terjalin antara kami dengan WAO..



akhir sekali ialah minum petang dan acara penyampaian hadiah kepada semua peserta, pihak WAO dan juga cenderahati kepada penasihat program ini iaitu Dr Choong Wu Ling..

sekiannnn....terima kasih



nukilan...
akak aimi...

Terima Kasih untuk segalanya.

SOCIAL ENGAGEMENT
JALINAN MASYARAKAT
Alhamdulillah, Kursus Jalinan Masyarakat 2016 telah berakhir. Munculnya saya disini ingin kongsikan tentang refleksi sepanjang program ini berlangsung. 



Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Chong yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami. Selain itu, tidak lain tidak bukan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya kerana memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung. Terima Kasih kerana sentiasa bekerjasama dan mendengar arahan yang telah diberikan. Muahhh :* (hahahahhaha)

Sepanjang program ini berlangsung, saya dapat banyak belajar tentang cara-cara untuk menjalinkan hubungan yang baik dengar masyarakat luar. Tambahan lagi, saya dapat belajar bagaimana untuk handle adik-adik yang masih kecil. Secara tidak langsung juga saya rasa bersyukur sangat dibesarkan didalam keluarga yang harmoni.

Selain itu, saya juga sedar tentang apa itu keganasan rumah tangga. Adik-adik ini layak untuk menerima kebahagian. Saya berharap, adik-adik ini berasa gembira sepanjang kehadiran kami. Semoga selepas ini adik-adik ini juga dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa serta bahagia disamping orang tersayang. Kakak miss you All. Semoga satu hari nanti, diluar, kita dapat berjumpa lagi. 






Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami. Terima kasih menceriakan kami walaupun kami yang sepatutnya menceriakan adik-adik. Terima kasih kerana tabah dalam setiap apa yang adik hadapi. Terima Kasih kerana sentiasa gembira menerima kehadiran kami. Terima Kasih untuk segalanya. Maaf jika banyak yang terkurang daripada kakak-kakak dan abang-abang dari UM ini. Semoga impian adik-adik tercapai nak masuk ke UM. 

Last, jangan lupakan kami. Kami tidak akan lupakan adik-adik. We Love You. Semoga Berjaya di Masa Hadapan. Love You People <3 font="">





Your Kakak and Teacher Forever,
 Julayka binti Junaidi.



Karnival Serumpun Kasih Bersama Seas.

Bismillahirrahmanirrahim.
Hye kawan-kawan. Post kalini saya akan ceritakan tentang program terakhir kami untuk menyudahi kursus jalinan masyarakat tahun 2016 ini. 
Program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Nur. Kemudian acara diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu Universiti Malaya. 
Kemudian ucapan daripada pengarah projek ini iaitu saudara Muhammad Alif.
 Kemudian diteruskan dengan ucapan Kak Firkah iaitu wakil daripada Wao. Seterusnya perasmian dilakukan oleh Dr. Hanafi. Gimik Perasmian pula dilakukan oleh Kak Firkah. 

(Terima Kasih Kak Firkah kerana hadir ke karnival ini)

Selepas perasmian tetamu vip dijemput untuk menikmati juadah yang kami sediakan. 


Sementara tetamu VIP menikmati juadah yang disediakan, persembahan nyanyian dilakukan oleh abang arif dan kakak balqis bagi menghiburkan adik-adik. Dalam masa yang sama juga tugas-tugas khas telah menjalankan tugasnya untuk merpersiapkan aktiviti yang seterusnya iaitu belon Giant buble. Belon Giant Buble ini dilakukan pada waktu pagi kerana cuaca pada petang hari dijangka akan hujan. Seperti biasa, aktiviti Giant Buble memang dapat menggembirakan adik-adik. Sudah tentu, hampir kesemua objektif aktiviti yang dilakukan adalah untuk menggembirakan adik-adik ini. 



"Uncle" Alif pun teruja bermain belon giant. 

Selepas aktiviti giant buble selesai, kami telah makan tengah hari bersama-sama adik-adik ini. Kemudian kami teruskan dengan aktiviti yang lain. iaitu aktiviti yang dikendalikan oleh kak Ana


Kak Ana sedang menerangkan cara-cara untuk bermain pada aktiviti yang seterusnya.








Selesai sahaja aktiviti ini. Kami membenarkan adik-adik ini untuk bermain di Taman Permainan di Taman Jaya. Kami juga turut bermain bersama-sama adik2 ini. 





Aktiviti terakhir kami pada hari tersebut ialah Sambutan Hari Jadi. Sambutan Hari Jadi ini kami lakukan kepada semua adik-adik ini. 



Acara yang terakhir ialah majlis penutup . iaitu pemberian cenderahati dan hadiah kepada adik-adik ini serta kepada wakil wao. 







Dengan berakhirnya majlis penutup ini. Maka, berakhirlah aktiviti jalinan masyarakat kami pada tahun 2016. Walaubagaimanapun, jalinan tetap akan terjalin bersama-sama adik-adik ini. Hal ini kerana, kami ingin merancang ingin memberikan khidmat tusyen secara percuma kepada adik-adik ini apabila menjelang musim peperiksaan akhir tahun mereka. 

Terima Kasih Universiti Malaya kerana mewujudkan Kursus ini. Dengan wujudnya kursus ini, kami rakan sekelas menjadi semakin rapat dan bekerjasama bagi menjayakan kursus ini. Selain itu juga, kami juga turut dapat menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar. Jelas, kursus Jalinan Masyarakat ini telah berjaya mencapai objektifnya. 

Sekian Terima Kasih. Jumpa Lagi. 








Nukilan,
Julayka. 



1 day trip to UM -aimi

heyyy guyss...so first program dengan kanak2 dri WAO dah berjaya diadakan..yang diberi nama 1-Day Trip To Um..of course masaya ako(i'm happy)..bersyukur sangat kerana urusan kami pada hari tersebut dipermudahkan oleh Allah SWT.. pada mulanya saya sangat takut nak mendekati dan bermesra dengan mereka..macam2 yang bermain di fikiran pada waktu itu..namun dibiarkan saja perasaan itu dan tetap meneruskan program tersebut..minit berganti minit jam berganti jam, ternyata kanak2 tersebut sebenarnya sangat ceria dan pandai menyesuaikan diri dengan kami..disitu terpancar senyuman serta gelak tawa mereka..

pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.. kami mula dengan sesi pendaftaran dan sarapan..kemudian adalah sesi ice breaking.. pada sesi ini masih ada kanak2 yang malu..bak kata orang belum all out..hihihi..selesai sahaja sesi ini, diteruskan lagi dengan zumba..kami bersama kanak2 tersebut berzumba bersama..menari, berjoget, melompat, berpusing together gether2..seterusnya ialah  explorace dan dilakukan di dataran siswa fakulti sastera dan sains sosial..beberapa stesen dibentuk dan kanak2 tersebut dipecahkan kepada beberapa kumpulan..setiap kumpulan diiringi oleh seorang 'kakak'..dalam sesi ini, pelbagai ilmu dipelajari dan diasahkan untuk menjawab soalan2 yang diberikan..ternyata mereka bijak2 belaka..selesai explorace, mereka diberi rehat dan makan tengahari..thanks to unit makanan kerana telah mengenyangkan semua orang dengan makanan dan minuman yang sedap..selesai makan, aktiviti diteruskan lagi dengan bermain lego..ini adalah sesi yang paling saya suka kerana bagi saya ini adalah permainan yang amat sesuai dan menarik serta dapat mencungkil bakat mereka dalam pembinaan bentuk2 baru melalui lego2 tersebut..amat menarik dan yang paling penting ialah apabila melihat mereka ketawa dan berebut2 untuk menunjukkan bakat masing2..



program diteruskan lagi dengan aktiviti mewarna..lukisan dan pensel warna disediakan..mereka melalukan aktiviti ini dengan jayanya walaupun agak keletihan..akhir sekali ialah aktiviti yang paling digemari oleh kanak2 tersebut iaitu Giant Bubble..bukan sahaja kanak2 tersebut yang teruja malah kakak2 dan abang2 turut serta bermain dan kepenatan bersama..



selepas itu adalah minum petang dan bersurai....

sekiannn....


nukilan...
akak aimi..




Volunteering Part 4

Hai guy!!! saya mewakili daripada kumpulan 4 ingin menceritakan pengalaman kami semasa melawat Shelter!!! wow banyak sungguh pengalaman berharhga yang kami dapat. Di Shelter tersebut terdapat tiga orang budak yang kami layan dan saya membawa seramai tiga orang sahabat dalam mengunjungi Shelter ini. Devy, Denis dan Mastura telah banyak menolong dalam menjayakan program ini. Antara aktiviti menyeronokan yang kami buat adalah kami buat sesi berkenalan dahulu (ice breaking) supaya hubungan kami tidak kekok huhu.. kemudian, kami melihat wayang (di lappy) cerita STARWAR!! best sangat ! huhu. akhir sekali kami mengajak adik-adik di Shelter melukis serta mewarna dan melakukan origami (baju dan kucing :) ) huhu. 
ini masa adik-adik melihat movie STARWARS!! huhu 
Yang Ikhlas daripada, 
Sharifah Noor Balqis :)

Volunteering Part 3


Aktiviti seterusnya ialah volunteering di child care centre... aktiviti ini dilakukan mengikut kumpulan... ahli kumpulan saya ialah anif, afiqa, ana dan ryu..saya mewakili group 3 untuk menceritakan pengalaman sepanjang berada di ccc..kami pergi ke sana menaiki dua buah kereta..sampai sahaja di sana, kanak2 tersebut sememangnya telah berada di dalam bilik study dengan kata lain tengah menanti kehadiran kami..aktiviti pertama kami ialah menonton movie kerana atas permohonan mereka sendiri..ada juga yang ingin menonton sambungan movie yang telah ditonton pada sebelah pagi itu..mereka duduk secara berasingan kerana movie yang dipilh adalah berbeza.. ada yang request untuk Dilwale, Ant Man, dan kartun..






Seterusnya adalah aktiviti membuat origami..akak fiqa yang mengajar kanak2 tersebut dalam menghasilkan origami2..ternyata mereka sangat teruja dengan hasil tangan mereka sendiri..keterujaan mereka pada ketika itu sedikit sebanyak telah menghilangkan kepenatan yang dirasai oleh kami..


Selesai sahaja aktiviti ini, mereka diberi masa untuk minum petang terlebih dahulu..kemudian, kami meneruskan aktiviti yang terakhir iaitu mengecop tangan..tujuan aktiviti ini adalah untuk menghasilkan satu mural dalam bentuk yang simple tetapi meninggalkan kenangan bersama..



sekali lagi, terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan kami untuk berbakti kepada kanak2 tersebut dan seterusnya menjayakan aktiviti kami pada kali ini...




nukilan
akak aimi....

happy to see you guys !

VOLUNTEERING PART 2.
Hai kawan-kawan :) 
Saya mewakili kawan-kawan saya dari group kedua, akan ceritakan serba sedikit hari volunteering kami. Saya masih ingat lagi, pukul 9 pagi pada 30 April 2016. 
Saya (jue) dan kawan-kawan sekelas saya (alif, arif, nur, wan, dan amalina) .  Sampai je kat rumah perlindungan wao tu. apa yang saya rasa paling gembira bila adik-adik wao menyambut kami dengan perasaan yang gembira. mereka siap cakap "yeayyyy akak datang lagi" . Masa tu mereka tengah makan. jadi kami terus bersiap sedia dengan aktiviti yang seterusnya. 
Pada mulanya, kami ingin lakukan aktiviti "zumba". tapi.... adik2 wao baru je mandi. so, kami pun tukar aktiviti. iaitu aktiviti "teka teki" . Aktiviti kami kali ini tentang soalan geografi. banyak lah soalan yang dikemukakan dari "abang wan" kepada adik-adik wao ini. saya sangat teruja bila tengok dorang semangat je jawab soalan2 yang kami kemukakan. so, bila adik2 ni dapat jawab soalan. "uncle alif" pun bagi lah hadiah. gula-gula. serius memang happy gila time tu sebab adik2 wao semangat betul jawab soalan.
(maaf gambar memang kami akan sensorkan untuk menjaga adik-adik ini) 
haaa ! Atas ni gambar bila abang wan sedang rancak bagi soalan. 
lepas tu....


Aktiviti kami yang seterusnya ialah mengemas bilik belajar adik-adik wao. Adik-adik ni gembira betul masa kami suruh mereka kemas bilik. mereka lebih prefer kemas bilik belajar daripada berzumba (kakak2 seas je yang beriya nak berzumba, tapi adik2 ni lagi suka mengemas) so, kami bersama adik2 wao ini pun kemas lah bilik belajar mereka. 
(uncle alif curi kata JOM SELFIE !! :P)

seterusnyaaa...



aktiviti diteruskan dengan menonton movie. adik-adik ini sangat gembra bila kami kata aktiviti seterusnya ialah menonton movie. pelbagai permintaan cerita yang mereka mahukan. lepas je habis tengok movie. kami meminta adik2 ini senaraikan nilai-nilai yang menjadi pengajaran dalam setiap movie yang mereka tengok. macam biasa, adik2 ini mmg sangat bijak. Banyak nilai  murni yang mereka kemukakan. semoga adik2 mencontohi nilai-nilai murni dalam movie itu ye ! sayang korang. serius kakak rindu korang semua. 

Sepanjang daripada pukul 9 hingga 12 tengah hari. kami dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat bersama adik-adik ini. akak harap, kita akan kekal keep in touch. terima kasih adik2 kerana gembira dengan kedatangan kami. kami lebih gembira dapat menjalinkan hubungan yang mesra bersama adik2. semoga adik-adik tak lupakan abang-abang dan kakak-kakak dari UM. Semoga adik pun dapat capai impian adik2 untuk masuk ke UM. GoodLuck ye adik2 ! We love you. 

Your Kakak,
Julayka . 

Lovely Experience

VOLUNTEERING PART 1
Hello my friends!
Before i start with my experience during this program, I would like to thank all my beloved friends that had organized this program successfully. I am sincerely apologize for the lack of my co-operation and I'm very grateful have a classmates like you all which always cover each other. Thank you so much. <3 
For the second program that we do after "One day trip" is be a volunteering at the shelter. Before i start with my experience there, I want to thank to my group mates, Ida  Adliana, Siti Fatimah, Norziela and Fatin Syamimi adn thanks to Julayka because sending us there. Thank you so much for helping and support each other from the first until the last program. 
What can i say, to handle the children at shelter, we must have a lot of patience because even in the circle small it still hard to handle. There are so stubborn and do not want to give up and always want to win. If they can't get what they want, then one of them will sulk and of course we are as a volunteer which are responsible for them on that day need to persuade them. But trust me, I really enjoy it and even I feels so funny to see them quarrel and sulk each other. Sometimes, I also want to joined their quarrel and scold them but I can't do that. If only they are my lil bro or lil sister then, i will scold. 
To be honest, I really enjoyed during that day and love them so much. There are so funny and even clingy sometimes.  They asked me to draw ambulance then i draw, after that they want me to draw car then I draw. After that, we play lego together and even playing lego also there are so tough to handle. Only God know what I feel on that time. Luckily, I have a group members which always support each other, which is when i can't handle that kid. 
On more thing, one of these kids are really like to play my phone and snap my picture. what he said "Cikgu can i take your picture" then i posing then they snap for a hundred times i think at the same pose and at the same times without giving warning for me to change different pose. But trust me, they are so good of taking my picture. 

Car that they asked for me to draw

To be honest I really enjoyed on that day. They are so funny and memorable. Until now, i still remember their name. If only i get chance to visit them, for sure i will go. :)

Love, 
Fatin Alia 



PATIENCE

VOLUNTEERING PART 1
Well first, I want to thank all of my groupmates, Norziela, Fatin Syamimi, Fatimah and Fatin because without them, trust me it would be hard. Also to our leaders, Alif and Julayka, thank you very much for taking us there. Hope all of you guys satisfied with all our hard works.

When we arrived there, looking at the door, I felt afraid plus anxious plus excited? And what more afraid when Jue decided to leave us there and wishing us good luck. I was like, uhh okay. Leaving us here in this anonymous place where none of us know or recognize anybody except us. Hahaha. Can imagine what I (I don’t know about others. I am a coward person) felt at that time? 

First stepped into the house, I prayed hopefully things would be well and controllable. Then Miss Shangeri? I don’t know how to spell her name showed us the room and she assigned us, several kids. Our kids. Hahahahaha. Up till now when I reminiscing about them, I laughed. Only God knows how funny and memorable they are.


With them, we learn one thing, Patience. I thank all the kids because they taught us patience. Never I thought to handle kids would be tough and take a lot of courage to handle them. I think now I know how hard our parents to take care of us. Every kid has their own colors, have their own beauty and I felt grateful because they still have it and I hope they keep it. Never will any obstacles or past haunted and scribble they colors.



 Other than that, they taught us the courage to handle them. They taught us that sometimes we have to have the courage to be stern towards them. Not that I said that we have to be stern or mad at them all day long, all the time, but because they are still kids, and we have to correct them. We have to remind them and always correct their manners and behaviour. But no worries, we still had fun with them.  We drew houses, played legos to encourage their creativeness hopefully they keep them.




I learn that no matter what when they were sulking because we don’t fulfill their wants, always, always, and always go and ‘pujuk’ them. I thank all-Ziela, Fatin, Mimi, Fatimah because always ‘pujuk’ them. There’s one time I almost, almost wanted to give up on them. But looking how struggling my friends are, it is unfair if I let myself down. Thank you very much because we, together get through all of this successfully. Thank you because always give the positive vibe to each other. Thank you and thank you very much. Sincerely *bow 


Sincerely,
Ida Adliana,


WELCOME TO OUR BLOG