happy to see you guys !

VOLUNTEERING PART 2.
Hai kawan-kawan :) 
Saya mewakili kawan-kawan saya dari group kedua, akan ceritakan serba sedikit hari volunteering kami. Saya masih ingat lagi, pukul 9 pagi pada 30 April 2016. 
Saya (jue) dan kawan-kawan sekelas saya (alif, arif, nur, wan, dan amalina) .  Sampai je kat rumah perlindungan wao tu. apa yang saya rasa paling gembira bila adik-adik wao menyambut kami dengan perasaan yang gembira. mereka siap cakap "yeayyyy akak datang lagi" . Masa tu mereka tengah makan. jadi kami terus bersiap sedia dengan aktiviti yang seterusnya. 
Pada mulanya, kami ingin lakukan aktiviti "zumba". tapi.... adik2 wao baru je mandi. so, kami pun tukar aktiviti. iaitu aktiviti "teka teki" . Aktiviti kami kali ini tentang soalan geografi. banyak lah soalan yang dikemukakan dari "abang wan" kepada adik-adik wao ini. saya sangat teruja bila tengok dorang semangat je jawab soalan2 yang kami kemukakan. so, bila adik2 ni dapat jawab soalan. "uncle alif" pun bagi lah hadiah. gula-gula. serius memang happy gila time tu sebab adik2 wao semangat betul jawab soalan.
(maaf gambar memang kami akan sensorkan untuk menjaga adik-adik ini) 
haaa ! Atas ni gambar bila abang wan sedang rancak bagi soalan. 
lepas tu....


Aktiviti kami yang seterusnya ialah mengemas bilik belajar adik-adik wao. Adik-adik ni gembira betul masa kami suruh mereka kemas bilik. mereka lebih prefer kemas bilik belajar daripada berzumba (kakak2 seas je yang beriya nak berzumba, tapi adik2 ni lagi suka mengemas) so, kami bersama adik2 wao ini pun kemas lah bilik belajar mereka. 
(uncle alif curi kata JOM SELFIE !! :P)

seterusnyaaa...



aktiviti diteruskan dengan menonton movie. adik-adik ini sangat gembra bila kami kata aktiviti seterusnya ialah menonton movie. pelbagai permintaan cerita yang mereka mahukan. lepas je habis tengok movie. kami meminta adik2 ini senaraikan nilai-nilai yang menjadi pengajaran dalam setiap movie yang mereka tengok. macam biasa, adik2 ini mmg sangat bijak. Banyak nilai  murni yang mereka kemukakan. semoga adik2 mencontohi nilai-nilai murni dalam movie itu ye ! sayang korang. serius kakak rindu korang semua. 

Sepanjang daripada pukul 9 hingga 12 tengah hari. kami dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat bersama adik-adik ini. akak harap, kita akan kekal keep in touch. terima kasih adik2 kerana gembira dengan kedatangan kami. kami lebih gembira dapat menjalinkan hubungan yang mesra bersama adik2. semoga adik-adik tak lupakan abang-abang dan kakak-kakak dari UM. Semoga adik pun dapat capai impian adik2 untuk masuk ke UM. GoodLuck ye adik2 ! We love you. 

Your Kakak,
Julayka . 

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG