JALINAN MASYARAKAT SEAS - TERIMA KASIH SEMUA
Terlalu hanyut mendengar gema tawa mereka, terlalu asyik dibelai tangan-tangan mereka, terlalu menyelam ke istana yang baru dibina mereka, hingga terlupa tiada lagi itu semua.
Program jalinan masyarakat yang menemani kami berminggu-minggu kini mulai melambai, tanda tibanya masa mengucapkan selamat tinggal.
Diri ini yang dahulunya bergelut dalam mimpi, kini mulai mengenal apa itu REALITI . "Ternyata kau tak akan tahu apa erti REALITI jika sekadar mencari.. Kau harus rasai.."
Alhamdulillah.. terlalu banyak yang dapat saya pelajari daripada program ini. Walaupun telah berakhir, namun kami akan cuba untuk memastikan jalinan yang terbina bersama mangsa-mangsa keganasan rumah tangga ini tidak akan terputus. Saya juga bersyukur kerana telah diberikan kesempatan oleh pihak universiti untuk merasai program seumpama ini yang jarang-jarang sekali saya lalui sebelum menjadi warga Universiti Malaya. Pada pandangan saya, program ini banyak membantu kami dalam proses membina kemahiran dalaman, selain menggalakkan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan serta memerlukan kesungguhan, juga keikhlasan.
Tidak saya lupakan juga kepada Dr Chong, Kak Syu dan ramai lagi yang bertungkus-lumus di belakang tabir bagi memastikan kerja kami berjalan dengan lancar. Individu-individu ini tak lokek dan boleh dikatakan melekat dengan notifikasi whatsapp dan facebook kami. Tak putus-putus mengingatkan kami kerana tak mahu program ini gagal. Rasanya belum
terlambat juga untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat individu-individu penting ini. Mereka sudi mengajar dan membimbing kami sepanjang perjalanan program Jalinan Masyarakat ini.
Buat rakan-rakan sekelas saya, terima kasih atas tunjuk ajar dan sentiasa memberikan semangat tanpa membeza-bezakan dengan yang lain. Saya hargai semua itu. Saya harap rancangan kita untuk terus berhubung dengan adik-adik di rumah WAO tidak sekadar menjadi omong kosong. Saya pasti kita semua akan merindui mereka.. Malah ada segelintir
dalam kalangan kita (Fatin, Nur, Aimi , Alif , Anif dan Arif ) yang menjadikan mereka sebagai adik angkat. Jelas sangat kuat hubungan mereka bagaikan saudara kandung.
Akhir sekali, saya berharap agar kita semua dapat mengaplikasikan setiap perkara yang telah dipelajari daripada program ini. Ambillah yang jernih sebagai tauladan. Jauhi yang keruh, jadikan ia sempadan.
Ikhlas daripada-
ADI
MUHAMAD NAZDI SHAREEN BIN MAJDI
AET 150041
No comments:
Post a Comment