Aktiviti berterusan #3

Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam satu Malaysia.

Pada harini iaitu bertarikh 29/4/2018 beberapa ahli kami telah pergi ke kembali semula ke Dar Asnaf Al Fateh di Gombak, Selangor untuk melakukan aktiviti bersama-sama anak-anak di sana. Ahli kami yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 7 orang  perempuan meluangkan bersama anak-anak di sana untuk melalukan sedikit aktiviti kempen kebersihan kepada anak-anak di sana. 

Ahli-ahli kami memberikan sedikit pendedahan tentang kebaikan menjaga kesihatan di kala pada masa sekarang ini banyak penyakit yang semakin hari semakin menjadi isu yang serius. Walaupun anak-anak di sana telah belajar tentang ini ini di sekolah, isu ini akan tetap diingatkan seberapa banyak supaya mereka akan lebih memahami melakukan aktiviti menjaga kebersihan dengan kerap. 

Ahli-ahli kami telah membeli beberapa tong sampah dan beberapa batang penyapu serta sedikit makanan ringan kepada anak-anak di sana. 

Aktiviti pertama yang ahli-ahli kami lakukan adalah menceritakan sedikit sebanyak tentang kebersihan dan bahaya tidak menjaga kebersihan ini. Kemudian kami mengajar mereka cara-cara yang betul bagi mencuci tangan, membuang sampah dalam tong sampah serta memberikan tunjuk ajar mengosok gigi yang sebenar.
Kami juga melakukan aktiviti di situ iaitu membersihkan kawasan persekitaran di situ seperti menyapu sampah dan membuangkannya di tempat pelupusan. 
Diharapkan anak-anak di sana serta diri kami sendiri akan sentiasa peka dengan kebersihan dan dapat mengamalkannya di masa hadapan.

Di bawah merupakan gambar aktiviti semasa ahli-ahli kami di sana




mengajar anak-anak di sana cara mencuci tangan







     
aktiviti membersih di sekitar kawasan











Berasma anak-anak di sana


Sekian terima kasih



No comments:

WELCOME TO OUR BLOG