Hari kedua

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam satu Malaysia.
     Hari kedua kami berada di sini iaitu tanggal 7/4/2018. Pada harini seperti biasa kami memulakan aktiviti pertama kami iaitu memasak untuk makan tengah hari.

     Pada harini ini, kami berasa begitu teruja sekali kerana kami didatangi oleh penasihat program jalinan masyarakat ini iaitu pensyarah kami Dr Mazlan Bin Majid. Walaupun jadual beliau yang padat dengan mesyuarat dan sebagainya, beliau tetap gagahkan diri untuk bersama-sama kami memeriahkan program ini. Jasa beliau amat kami hargai.
Ahli-ahli kami membuat persiapan dengan menyiapkan alatan dan bahan untuk dimasak. Menu pada harini agak banyak kami sajikan kerana anak-anak asnaf ramai pada hari ini kerana mereka tidak pergi ke sekolah kerana cuti persekolahan. Menu yang kami masak harini adalah ayam goreng, telur dada, nasi ayam dan macam-macam lagi.


    Pada pukul 12.30pm juadah kami telah siap untuk dihidangkan. Kami bersama-sama anak-anak asnaf yang lain makan bersama-sama. Tidak terkecuali juga Dr mazlan bersama dengan Ustazah Syahirah yang merupakan juga pengasas kepada pusat tersebut.

adik-adik di sini sedang menjamu selera



Inas bersama Dr Mazlan dan Ustazah Syahirah makan bersama-sama sambil berbincang akan program ini


Seterusnya kami menyiapkan diri untuk solat zohor. Pada pukul 2.00pm kami menyambung aktiviti seterusnya iaitu aktiviti mengecat beberapa buah rumah dan pejabat. Kami berpecah kepada beberapa kumpulan untuk membahagikan kumpulan mengecat supaya kerja menjadi lebih cepat dan kemas.

Asraf, Fakrul dan Sarip sedang membuka tong cat
Inas dan Sarip sedang memasang kayu pada berus cat



Sebelum aktiviti mengecat dijalankan. kami memasang berus cat dengan kayu supaya kawasan yang tinggi dapat dicat dengan sempurna. Ahli-ahli kami juga membancuh cat yang dibeli supaya cat lebih dapat dicat dengan baik. Setelah peralatan sudah selesai dipasang, berbekalkan pengetahuan am dan kemahiran yang sedia ada kami memulakan aktiviti mengecat.


Akhirnya, setelah bertungkus lumus menyiapkan aktiviti ini, pada pukul.5.30pm akhirnya telah berjaya kami jayakan. Dengan usaha gigih daripada ahli-ahli kami akhirnya tugas ini berjaya disiapkan. Setelah itu kami menyiapkan diri untuk menunaikan solat Asar.
Pada pukul 6.00pm kami berkumpul kembali di pusat asnaf ini untuk melakukan tugas seterusnya iaitu mengemas tempat memasak dan membuang sampah yang telah kami kumpulkan selama kami berada di sini. Terasa sungguh kagum sekali apabila kelihatan Dr Mazlan yang hadir bersama kami tidak hanya melihat kami melakukan tugas sebaliknya membantu  meringankan beban kami. Dr Mazlan begitu bersemangat sekali dalam membantu kami menjayakan program ini. Walaupun sudah berumur tetapi masih bertenaga. terima kasih Dr.

Sebahagian daripada ahli kami juga sedang gigih membersihkan kawasan memasak dan membasuh pinggan.
Tepat pada jam 7.00pm aktiviti kami untuk harini telah tamat. Sekian sahaja untuk hari yang penuh bermakna bagi kami dengan pengalaman yang begitu menarik sekali.

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG