my reflection

            Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertama sekali, saya ingin memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, program jalinan masyarakat ini akhirnya berjaya dan berjalan dengn lancar seperti yang dirancang.
Sebelum didedahkan dengan lebih lanjut mengenai kursus jalinan masyarakat ini, saya agak keliru dengan perjalanan dan matlamat kursus. Adakah kursus ini perlu? Kenapa perlunya pembelajaran di luar kampus? Adakah pembelajaran di dalam kampus sahaja tidak memadai?
Kami dipilih untuk menjalankan kursus jalinan masyarakat ini di pusat jagaan keganasan rumah tangga, iaitu Womens Aid Organization. Pusat jagaan ini sebenarnya merupakan rumah perlindungan bagi wanita-wanita yang dilanda masalah seperti penderaan, penceraian dan sebagainya. Namun oleh kerana terdapat dalam kalangan mangsa tersebut dari kalangan ibu yang mempunyai anak-anak, maka penjagaan terhadap golongan kanak-kanak juga turut disediakan.
Setelah diberi maklumat mengenai pusat tersebut, kami mula membincangkan program dan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk bersama mereka. Mesyuarat kami tidak hanya dijalankan bersama pelajar sahaja, tetapi turut disertai oleh wakil pengurusan daripada pihak WAO.  Kadang kala, masa kami banyak dikorbankan untuk bersama-sama bermesyuarat bagi membincangkan perjalanan program tersebut. Namun begitu, komitmen yang diberikan setiap kawan-kawan saya tidak mengecewakan.
Setelah menerima kata sepakat, program yang telah dipersetujui antara kedua belah pihak adalah One Day Trip to UM, Volunteer dan Karnival Serumpun Kasih Bersama SEAS. One Day Trip To UM adalah satu program lawatan mangsa-mangsa tersebut ke Universiti Malaya. Pelbagai aktiviti yang kami jalankan bersama mereka antaranya mewarna, puzzle, dan explorace yang bertempat di Dataran Siswa FSSS UM. Tidak terkecuali juga kami mengadakan aktiviti luar yang bertempat di Tasik Varsiti UM iaitu aktiviti zumba, Giant Bubble dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian saya apabila pertama kali melihat mereka adalah, sekilas pandang mungkin mereka seperti insan biasa, namun jauh di lubuk hati mereka  terdapat beban yang berat, akan tetapi, setiap aktiviti yang kami jalankan bersama mereka, seolah semua bebanan tersebut hilang dengan melihat senyuman kegembiraan mereka. Melihat senario ini, cukup mengajar saya erti ketabahan dalam hidup, contohnya walaupun pelbagai masalah dan tekanan melanda kita, jangan pernah lupa untuk senyum dan redha, kerana bukan setiap perkara kita akan dapat capai, setiap liku-liku itulah sebenarnya membangkitkan kita untuk terus berjaya dalam hidup.
            Program seterusnya yang kami jalankan bersama mangsa adalah Volunteer. Kami dibahagikan setiap kumpulan untuk bertemu mangsa-mangsa tersebut untuk bersama mereka. Saya bersama Aimi Syafika, Nazdi, Ryu illsook, Afiqah, Farhana dan Julaika. Perancangan asal kami adalah bermain bersama-sama mereka di dalam rumah jagaan dan juga di luar rumah. Namun langit tidak selalu cerah, pada hari program, cuaca tidak menentu kerana hujan dari pagi sehingga petang. Namun begitu, kami masih meneruskan program di dalam rumah jagaan tersebut. Antara aktiviti yang kami buat adalah menonton cerita bersama mereka, membuat origami, dan melukis. Saya tidak sangka sebenarnya mereka ini sangat berbakat dalam melukis. Bukan hanya itu, kombinasi warna yang mereka gunakan sangat menarik dan cantik. Saya dapat menjangkakan, sudah tentu masih banyak bakat yang mereka tidak luahkan, namun mungkin terhalang kerana sejarah gelap yang menimpa mereka menyebabkan emosi mereka terganggu sehingga tidak dapat menonjolkan bakat-bakat lain yang ada. Walaupun begitu, pada hari program, semua mangsa-mangsa tersebut bergembira, walau terdapat seorang adik yang menangis kerana berebut alat melukis, tetapi Julayka berjaya memujuk adik tersebut. Bagi saya, pengalaman ini sangat bermakna kerana ia mengajar kita berinteraksi dengan baik. Kerana saya sendiri sebenarnya seorang yang pemalu dan sukar untuk berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali. Namun saya dapat rasakan sedikit demi sedikit program ini telah meningkatkan lagi keyakinan dan softskill saya dalam berinteraksi dengan masyarakat.
            Program seterusnya adalah Karnival Serumpun Kasih Bersama SEAS, dimana program ini dijalankan di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya. Tetamu kehormat yang hadir pada hari tersebut adalah Dr. Chong, Kak Firqah dan Dr Hanafi. Majlis dimulai dengan lagu Negaraku, Universiti Malaya dan doa pembuka majlis. Ucapan diberikan setiap tetamu kehormat dan gimik iaitu perasmian kain rentang yang bertulis ‘Serumpun Kasih Bersama SEAS Universiti Malaya’. Kami meneruskan program dengan nyanyian daripada Balqis dan Arif, tidak lupa kami mengajak mangsa tersebut untuk turut serta naik ke pentas untuk menyanyi. Majlis diteruskan dengan permainan outdoor,antaranya Giant Bubble, Goreng Pisang, Teka Teki dan sebagainya. Walaupun tugas saya pada hari program hanyalah sebagai jurugambar, namun jelas kelihatan dalam gambar-gambar yang diambil terukir senyuman-senyuman di wajah mereka. Saya yakin bahawa kami sudah berjaya menyambung ikatan kasih ini sesuai dengan tagline kami iaitu ‘serumpun kasih bersama SEAS’.
            Sebagai kesimpulan, akhirnya saya dapat memahami kenapa kursus seperti ini perlu diwajibkan oleh setiap pelajar. Ia mengajar pelajar nilai-nilai moral seperti komunikasi, kebolehan dalam kepimpinan dan sebagainya. Tanpa kursus sebegini mungkin pelajar hanya dapat tingkatkan diri dari segi intelektual sahaja bukannya moral dan fizikal. Oleh itu, saya sebagai seorang mahasiswa daripada Pengajian Asia Tenggara berharap segala usaha kami di dalam kursus jalinan masyarakat bukan sahaja mendapat markah yang baik, tetapi nilai jalinan kasih itu dapat diserap dan disemat agar dapat digunakan pada masa hadapan dan mudah-mudahan kami dan pihak mangsa terus terjalin bukan sahaja setakat dalam kursus jalinan masyarakat, tetapi berkekalan sehingga bila-bila.
Sekian,
Ahmad Hanif bin Muhamad
AET150037

My Thoughts;


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu kami terutamanya, pelajar pengajian Asia Tenggara dalam menjayakan kos wajib kami pada semester ini iaitu program jalinan masyarakat. Apabila mengetahui bahawa kami perlu menghabiskan 80 jam untuk kos ini, saya membayangkan hari-hari saya yang hanya terikat dengan kos ini sahaja. Akan tetapi, kenyataannya tidaklah sebegitu. Dengan sedikit perancangan, kami telah berjaya mengisi 80 jam itu dengan aktiviti-aktiviti yang sangat berfaedah dan menyeronokkan.
Sekali lagi, saya ingin berterima kasih khususnya kepada staf-staf dan kakitangan jabatan asia tenggara kerana telah menyediakan kami dengan pertubuhan WAO (Women Aids Organization). Secara jujurnya, saya amat gembira apabila dapat digandingkan bersama kanak-kanak daripada WAO. Dan saya juga berharap agar dapat berjumpa mereka lagi suatu hari nanti. Terima kasih :)





SITI NUR FARHANA BT MOHAMAD ROSLANI
AET150022

REFLEKSIKU....................

Alhamdullillah, akhirnya program Jalinan Masyarakat berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dari rakan-rakan SEAS sekalian. Tak lupa juga dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak WAO. Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan SEAS kerana sentiasa bekerjasama dalam memastikan program JM berjalan lancar. 
Okay, berbalik semula pada program JM terakhir iaitu Karnival Serumpun Kasih bersama SEAS yang telah berjaya dilaksanakan dengan baik pada awal bulan 5 baru-baru ini. Saya gembira sangat kerana karnival tersebut berjalan dengan lancar serta adik-adik WAO juga turut enjoy pada hari tersebut. Saya dapat melihat kegembiraan pada wajah mereka walaupun hari tersebut merupakan hari terakhir kami bersama mereka. Tapi apapun, saya berpuas hati kerana kami dapat memberikan kegembiraan pada mereka walaupun dalam tempoh sementara. 
Akhir kata, saya berharap adik-adik WAO terus  tabah dalam  menghadapi setiap dugaan dalam kehidupan mereka. Saya yakin mereka kuat untuk mengharungi semua ini. Saya percaya setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini pasti ada hikmah di sebaliknya. 
ikhlas dari :)
SITI MASTURA KHARUDIN 
(AET150021)

Social Engagement''s Reflection : Women''s Organization Association


Dear friends of Jati,

First and foremost, I'd like to express how thankful and grateful I am to be part of this program that is blessed with so many experiences. Through this community work, I have learned the human values of life which consist of co-operation, caring, love, harmony, responsibility, gratitude and equality. We have raised awareness of positive human values and more importantly, we were able to bring attention the urgent need to practice them in our community and cease the social issues and judgment that hindered us from doing good for other people in need in small and struggling community. 

During the sessions spent with the women and children who undergone tough struggles in their lives, I had observed how strong they became despite their past. They did not let whatever they left behind affect their loved ones, moreover they were very helpful towards each other in raising their children together and going through life itself. It struck me hard.

I only hope that we can apply and develop our human values after the end of this social engagement to spread more positivism in our society and the urgency of lending a helping hand to others, no matter what situation they are in. 

Lastly, I'd like to apologize for the lack of my co-operation or if there had been any mistakes made by me. 

Thank you,

Deviani Christihapsari
AET 150701


setiap pertemuan pasti akan adanya perpisahan....

   Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog Jalinan Masyarakat JATI..
setelah hampir 2 bulan projek jalinan masyarakat yang kami jalankan bersama kanak-kanak di WAO, akhirnya kini sampai ke penghujungnya. Karnival 'Serumpun Kasih Bersama SEAS' adalah aktiviti terakhir kami bersama kanak kanak WAO yang sudah kami anggap seperti adik kami sendiri.

  Syukur ke hadrat ilahi, walaupun pada asalnya pelbagai rintangan dan cabaran yang kami terima untuk menjalankan projek ini, namun akhirnya kami berjaya melaluinya dengan baik. Dalam masa yang sama juga, secara tidak langsung pelbagai nilai dan pengajaran yang kami pelajari dalam masa projek ini berlangsung. Apa yang paling penting sekali nilai kerjasama. Setiap ahli sedaya upaya melaksankan tugasan yang telah diagihkan dengan baik sekali. Jika tugasan sukar dilakukan dengan sendiri, ahli yang lain pasti akan membantu. Dengan kuatnya nilai kerjasama antara kami, projek ini akhirnya tamat dengan jayanya, 

   Banyak juga yang kami pelajari daripada kanak kanak itu sendiri tanpa kita sedar. Kita melihat mereka sebagai kanak kanak malang yang terpaksa melalui keadaan pahit yang mungkin kita sendiri tidak sanggup melaluinya dengan usia yang sebegini. Bayangkan, di peringkat umur yang masih setahun jagung dan ada yang masih berumur 4 tahun, mereka telah melaluinya. Didera mental dan fizikal. Namun , semangat mereka kuat dan mampu 'pulih' dalam masa singkat. Buktinya, sepanjang aktiviti yang kami jalankan bersama mereka bermula dengan 'One Day Trip to UM' dan berakhir dengan karnival 'Serumpun Kasih Bersama SEAS' mereka kelihatannnya sangat ceria. Mereka juga mudah attach dengan kami sehinggakan ada yang tidak mahu berenggang dengan abang kakak yang disukainya. Mungkin mereka merasakan kasih sayang yang cuba kami sampaikan kepada mereka. 

   Walaupun projek kami bersama mereka kini sudah berakhir, namun kami berharap yang suatu hari nanti kami akan dapat peluang untuk berjumpa dengan mereka semula. Kenangan yang telah kita cipta bersama adik adik semua tidak mungkin akan abang dan kakak semua lupakan. sekian

Jalan jalan ke Pulau Redang,
Melihat matahari di waktu pagi,
Kalau ada umur yang panjang,
Akan kita berjumpa lagi.

ziela....



   


Saya punya refleksi :) 

Well first of all, saya ingin mengucapkan betapa bersyukurnya saya dapat menyertai program yang bertuah ini. Pelbagai pengajaran yang saya dapat dan amat bermakna bagi saya. Dalam refelksi ini saya ingin mengatakan bahawa saya mempelajari erti bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan kita hasrus menolong golongan bukan bernasib baik kerana sebagai insan biasa kita haruslah mempunyai sikap kemanusiaan itu. Kemudian, dalam program ini saya mempelajari bahawa kita (golongan wanita) tidak berputus asa walaupun telah melalui perit derita. Sesungguhnya terdapat bnyak ajensi dan masyarakat yang sedia membantu. Ketabhan mereka telah membuatkan saya untuk terus memperjuangkan hak-hak mereka. Sekian sahaja coretan serba sedikit saya ini


Sekian ikhlas oleh, 

Sharifah Noor Balqis, 

Pelajar Tahun Satu SEAS, 

AET 150020. 

"JAUH TAPI DEKAT"

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,

Pada Tanggal 8 mei 2016 telah berlangsungnya majlis penutup bagi program jalinan masyarakat TEAM SEAS iaitu "KARNIVAL SERUMPUN KASIH BERSAMA SEAS" bertempat di tasik taman jaya. Terima kasih diucapkan kepada Dr Chong Wu Ling kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami semua sepanjang  menjalankan kursus jalinan masyarakat bersama WAO ini. Terima kasih juga diucapkan kepada  semua team SEAS 2015/1016, korang memang terbaikk,, the best team ever that I have.. sepanjang kursus ini  juga,  saya sangat bertuah kerana dapat mengenali adik-adik WAO ini. Buat adik-adik WAO, Adik-adik lah pencetus motivasi kepada akak dalam meneruskan kehidupan seharian dan banyak mengajar akak tentang erti bersyukur . Akak berharap agar adik-adik wao menjadi seorang modal insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara dan akak just nak cakap,, "akak sayang korang semua "adik-adik wao. Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan. Sekian sahaja nukilan terakhir saya buat blog ini.. akak yang paling koya  “akak amal”.


NUR AMALINA BINTI AZAM (AKAK AMAL)
AET 150039                              

Assalamualaikum pembuka bicara buat pembaca setia blog SEAS.Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menjadikan blog kami sebagai halaman bacaan anda.Alhamdulilah karnival serumpun kasih bersama SEAS sudah sampai ke penghujungnya.Mungkin nukilan ini adalah nukilan terakhir buat pembaca blog ini.Tanggal 08 Mei 2016 menjadi penutup kepada Karnival Serumpun Kasih Bersama SEAS.Alhamdulilah semua yang dirancang berjalan mengikut jadual.Ucapan ribuan terima kasih diucapkan buat TEAM SEAS yang bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar.Pertama kali bekerjasama dengan kumpulan yang cukup gila.HAHAHAHA.Pagi 08 MEI 2016 saya diberi tanggungjawab mengambil lagi kanak-kanak terbabit.Perkataan pertama yang diucap oleh kanak-kanak terbabit ialah "uncle im happy can see you again" "uncle i love you".Terasa sebak didada dan terasan betapa kanak-kanak terbabit memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita. 
Terima kasih buat semua .Mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan terkurang sepanjang menjadi pengarah projek bagi sesi kali ini.Maaf jika ada amanah yang tidak terlaksana.


                                                                               President Social Engagement,
                                                                              MOHAMMAD ALIF BIN AZAMI



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana Allah s.w.t telah mempermudahkan segala urusan kami bersama WAO. Pada 8 Mei 2016, kami telah menganjurkan program Karnival Serumpun Kasih Bersama SEAS yang bertempat di Taman Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya.  Keceriaan dan keriuhan kanak-kanak dari CCC, WAO dapat menceriakan lagi suasana program ini.

Program ini telah berjalan dengan jayanya ekoran semangat berpasukan dan kesungguhan team SEAS dalam menjayakan program ini. Jutaan terima kasih saya tujukan kepada penyelaras jalinan masyarakat SEAS iaitu Dr. Chong Wu Ling yang sentiasa memberi semangat, dorongan dan nasihat kepada kami dalam menjayakan setiap aktiviti yang kami jalankan bersama-sama WAO. Tanpa dorongan dan nasihat dari beliau mungkin program kami tidak akan dapat dijalankan dengan jayanya.
Sekalung penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan SEAS yang telah berhempas pulas mengerah tenaga untuk memastikan setiap aktiviti yang kami rancang dapat dilaksanakan dengan sempurna.

NUR AFIQAH BINTI OSMAN
AET150012


Alhamdullilah, selesai sudah program pasukan SEAS bersama WAO, iaitu pada 8 Mei 2016 telah berlangsung  karnival Serumpun Kasih bersama SEAS UM bertempat di Taman Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya dengan semangat serta kerjasama daripada pasukan SEAS. Program ini berakhir dengan senyuman serta gelak tawa daripada kanak-kanak daripada WAO. Jutaan terima kasih kepada penasihat kursus Jalinan Masyarakat iaitu Dr Choong Wu Ling, serta rakan-rakan seperjuangan SEAS yang bertungkus lumus bagi menjayakan 3 program sepanjang kursus ini.  Program ini sangat memupuk hubungan persahabatan dalam kalangan rakan seperjuangan SEAS serta memupuk sifat kesabaran yang tinggi dalam melayan karenah kanak-kanak daripada WAO. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi menceriakan kanak-kanak ini. Kursus ini mengajar para pelajar untuk berhadapan dengan masyarakat, terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Program seperti ini masih segar dalam ingatan bukan sahaja pada rakan seperjuangan SEAS malah kepada kanak-kanak daripada WAO. 


                                                                                                  Fatin Syamimi binti Mohamad Azhar

WELCOME TO OUR BLOG