setiap pertemuan pasti akan adanya perpisahan....

   Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog Jalinan Masyarakat JATI..
setelah hampir 2 bulan projek jalinan masyarakat yang kami jalankan bersama kanak-kanak di WAO, akhirnya kini sampai ke penghujungnya. Karnival 'Serumpun Kasih Bersama SEAS' adalah aktiviti terakhir kami bersama kanak kanak WAO yang sudah kami anggap seperti adik kami sendiri.

  Syukur ke hadrat ilahi, walaupun pada asalnya pelbagai rintangan dan cabaran yang kami terima untuk menjalankan projek ini, namun akhirnya kami berjaya melaluinya dengan baik. Dalam masa yang sama juga, secara tidak langsung pelbagai nilai dan pengajaran yang kami pelajari dalam masa projek ini berlangsung. Apa yang paling penting sekali nilai kerjasama. Setiap ahli sedaya upaya melaksankan tugasan yang telah diagihkan dengan baik sekali. Jika tugasan sukar dilakukan dengan sendiri, ahli yang lain pasti akan membantu. Dengan kuatnya nilai kerjasama antara kami, projek ini akhirnya tamat dengan jayanya, 

   Banyak juga yang kami pelajari daripada kanak kanak itu sendiri tanpa kita sedar. Kita melihat mereka sebagai kanak kanak malang yang terpaksa melalui keadaan pahit yang mungkin kita sendiri tidak sanggup melaluinya dengan usia yang sebegini. Bayangkan, di peringkat umur yang masih setahun jagung dan ada yang masih berumur 4 tahun, mereka telah melaluinya. Didera mental dan fizikal. Namun , semangat mereka kuat dan mampu 'pulih' dalam masa singkat. Buktinya, sepanjang aktiviti yang kami jalankan bersama mereka bermula dengan 'One Day Trip to UM' dan berakhir dengan karnival 'Serumpun Kasih Bersama SEAS' mereka kelihatannnya sangat ceria. Mereka juga mudah attach dengan kami sehinggakan ada yang tidak mahu berenggang dengan abang kakak yang disukainya. Mungkin mereka merasakan kasih sayang yang cuba kami sampaikan kepada mereka. 

   Walaupun projek kami bersama mereka kini sudah berakhir, namun kami berharap yang suatu hari nanti kami akan dapat peluang untuk berjumpa dengan mereka semula. Kenangan yang telah kita cipta bersama adik adik semua tidak mungkin akan abang dan kakak semua lupakan. sekian

Jalan jalan ke Pulau Redang,
Melihat matahari di waktu pagi,
Kalau ada umur yang panjang,
Akan kita berjumpa lagi.

ziela....



   


No comments:

WELCOME TO OUR BLOG