Pengalaman itu….

  Assalamuailaikum W.B.T…Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat Pengajian Asia Tenggara (SEAS) yang telah bersungguh-sungguh dalam merancakkan aktiviti-aktiviti Jalinan Masyarakat bersama-sama mangsa keganasan rumah tangga iaitu World Aid Organisation (WAO). Sehubungan dengan itu, ribuan terima kasih juga diucapkan buat ketua penyeralas bagi projek ini iaitu Dr.Chong Wu Ling yang sering memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada kami dalam menjayakan projek ini bersama-sama penghuni WOA. Tanpa beliau projek ini belum tentu berjalan dengan jayanya :) Tidak lupa juga kepada staf-staf di Jabatan Asia Tenggara dan pensyarah-pensyarah yang sanggup membantu dalam menjaya projek kami ini dari segi sumbangan kewangan mahupun tenaga.

  Pengalaman itu penting buat seseorang. Dalam erti kata lain pengalaman itu membolehkan kita mengenal dunia mahupun mematangkan kita. Melalui pengalaman yang saya dapat sepanjang menjalankan aktitivi bersama penghuni kanak-kanak WOA ialah keriangan kanak-kanak tersebut walaupun ditimpa masalah…itulah dinamakan kanak-kanak…sepanjang pengalaman kami bersama mereka pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya adalah `Giant Bubble`, sukanneka, lawatan sekitar Universiti Malaya dan sebagainya. Walaupun pada mulanya malu tetapi perasan itu pudar dalam diri mereka setelah seharian bersama kami. Melalui projek ini juga, kami dapat memahami isi hati mereka yang pernah menjadi mangsa keadaan iaitu keganasan rumah tangga. Dengan adanya aktiviti bersama mereka maka ia serba sedikit dapat melumpuhkan daya ingatan tentang pengalaman pahit itu.

  Akhir kalam dari saya, saya berharap agar adik-adik yang berada di bawah jagaan organisasi WAO tabah menghadapi ujian ini. Semua makhluk manusia di muka bumi ini tidak diminta untuk diperlakukan dalam keadaan sedemikian. Tetapi saya percaya adik-adik ini sabar dalam menghadapi keadaan pahit ini. Saya berharap agar sahabat-sahabat (SEAS) tidak akan melupakan segala aktiviti Jalinan Masyarakat yang telah kita jalinkan bersama-sama. Saya juga sebagai Mahasiswa Universiti Malaya berharap agar kursus Jalinan Masyarakat ini diteruskan dan dijadikan kursus wajib untuk berijazah kerana kursus ini menerapkan pengalaman dan nilai-nilai yang positif dalam diri seseorang. Saya telah pun merasa keadaan itu dimana kursus ini mampu memberi pengalaman yang efektif dalam diri saya.SEKIAN :)

“SEAS DI HATI”


  IKHLAS DARI SAYA 
    
        AKIF
(MOHAMAD AKIF BIN YUSOP)
AIF160043
PELAJAR TAHUN 1 UM


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Pada 4 Mac yang lalu, satu projek jalinan masyarakat telah dijalankan. Program ini merupakan program jalinan masyarakat yang  pertama kami dan telah berlangsung pada pukul 8 pagi hingga 3 petang. Program ini telah dijalankan di “Semali Tree” yang terletak di sekitar kampus University Malaya. Program ini telah menjemput beberapa kanak-kanak WAO datang ke University Malaya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyambut kedatangan kanak-kanak WAO ini. Antaranya, aktiviti sukaneka, ice breaking dan banyak lagi. Melalui program ini, semestinya telah memberikan saya pengalaman baru untuk berinteraksi dan melihat sendiri mereka yang kurang bermasib baik. Kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan bagi keretakan sesebuah rumahtangga itu. Oleh itu, kanak-kanak ini haruslah diberi layanan yang istimewa supaya mereka tidak berasa tersisih. Namun saya amat bersyukur, pada 4 Mac yang lalu, program ini dapat dijalankan dengan lancar disebabkan kerjasama yang baik yang telah ditunjukkan oleh kami para pelajar Pengajian Asia Tenggara 2017. Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelaras program iaitu Dr. Chong Wu Ling yang ye;ah memberi tunjuk ajar dan bimbingan.
 Roghibatul Jazilah Binti Askan 
AIF 160049

Kenangan kerja sosial dengan mereka

Salam sejahtera, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di sini kerana telah berjaya melaksanakan program Jalinan Masyarakat di Universiti Malaya. Dalam aktiviti tersebut, saya mendapati kerja sosial diperlukan kepada orang yang hidup dalam keadaan yang susah. Hal ini kerana kerja sosial ini merupakan satu peluang atau galakan kepada mereka untuk berhidup lagi.
Contohnya, kita menjalankan aktiviti Jalinan Masyarakat dengan kanak-kanak untuk membawa kegembiraan kepada mereka.
Dalam aktiviti tersebut, saya boleh nampak mereka sangat suka program Jalinan Masyarakat ini. Saya harap program tersebut dapat menceriakan kehidupan mereka sebagai satu kenangan yang baik kepada kanak-kanak.
Yap Wen Kang
AIF160040

Memori yang Indah

Selamat sejahtera ,saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi Projek Jalinan Masyarakat. Saya bersyukur kerana kami telah menyempurnakan  tugasan ini dan kami sangat berbesar hati kerana telah menyempurnakan tugasan ini dengan baik dan lancar.Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan,pensyarah,dan ibu bapa tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Pertama sekali, saya sedar bahawa kita perlulah sentiasa bersyukur akan apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita kerana masih ramai insan diluar sana yang nasibnya tidak sebaik kita. Seperti anak-anak di  Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di bawah kelolaan Woman Aids Organization(WAO)  dimana rata-rata daripada keluarga yang pelbagai latar belakang, ada yang daripada ibu –bapa kedua-duanya penagih, keluarga bermasalah dan banyak lagi. Selain itu program ini banyak melatih saya untuk lebih bersabar. Menguruskan kanak-kanak di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di bawah kelolaan Woman Aids Organization(WAO)  bukanlah suatu perkara yang mudah kerana mereka mempunyai ragam masing-masing. Situasi ini juga menyedarkan saya bahawa sebagai seorang manusia yang hidup dalam kumpulan dan kelompok, kita harus memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, bangsa dan ras.
Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi menjayakan sesuatu perkara.. Jadi, jelaslah di sini bahawa program jalinan masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh.

Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian, kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita
Saya dan rakan yang lain telah membuat ‘senamrobik’ untuk menarik minat kanak-kanak supaya bersama-sama menari dengan kami. Pada mulanya agak malu untuk menari dikhalayak ramai, tetapi dengan keyakinan dan semangat berpasukan kami yang kuat, perasaan malu itu semua hilang. Kami dapat melaksanakan program ini dengan sambutan yang memberangsangkan. Sebelum mereka bersurai, pihak kami memberikan hadiah kepada semua kanak-kanak yang terlibat dan yang membantu sebgai tanda penghargaan.
Saya yakin semua aktiviti yang dirancang mempunyai motif dan objektif yang tersendiri. Pada pendapat saya, semua aktiviti yang telah dilaksanakan sewaktu program ini sangat menarik dan mempunyai nilai murni. Secara keseluruhannya, program jalinan masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membantu insan yang lebih memerlukan.


Jhasvinie a/p Selvan
AIF160014

“Ketika refleksi ini dikarang, mesyuarat rasmi antara mahasiswa Jabatan Pengajian Asia Tenggara baru sahaja selesai dibincangkan bagi merungkai segala apa yang perlu diperbaiki pada hari mendatang ”, ….

              Pada 4 Mac yang lalu, suatu projek jalinan masyarakat yang pertama bagi sesi 2016/2017 telah dijalankan. Program ini berlangsung sekitar jam 8 pagi dan berakhir pada 3 petang. Program pertama ini diadakan di kawasan “Semali Tree” yang terletak di dalam kampus Universiti Malaya. Berkenaan pemilihan tapak program, kami sengaja memilih kawasan tersebut bagi tujuan mendedahkan mahasiswa ambilan Februari, Jabatan Pengajian Asia Tenggara (JPAT) dan kanak-kanak dari WAO kepada suasana persekitaran di Universiti Malaya. Hasrat kami tidak lain dan tidak bukan bagi melaksanakan suatu program yang memberi impak terhadap golongan sasar secara terus, namun elemen pendidikan santai berinformatif tetap menjadi keutamaan kami. Bagi saya, inilah teras utama yang perlu ditekankan ketika saya melakukan sebarang program bersama komuniti. 
Berkenaan persiapan untuk hari pertemuan antara kami dan kanak-kanak WAO, terdapat pelbagai persediaan yang dilakukan merangkumi urusan permohonan untuk kelulusan tapak program, pencarian dana dan tajaan serta penyediaan barangan aktiviti program dan cenderamata. Apa yang menariknya, boleh dikatakan kesemua aktiviti yang dijalankan telah tercapai kepada objektifnya. Saya sempat melihat bahawa terdapat beberapa orang mahasiswa yang mempunyai personaliti yang amat sesuai bagi menjadi seorang fasilitator, pembimbing dan jurulatih. 
Penganjuran program kali ini adalah merupakan suatu kolaborasi yang mantap diantara pelajar JPAT dari dua ambilan yang berbeza. Meskipun kami baru sahaja bersua kira-kira kurang dari dua bulan (ketika program 4 Mac 2017) dijalankan, namun semangat kerja berpasukan itu yang menjadi keutamaan lantas program ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kesulitan yang besar.
Tanpa sokongan dari pihak atasan, tidak mungkin ianya berjalan dengan lancar, maka saya dedikasikan sekalung ucapan terima kasih kepada penyelaras program iaitu Dr. Chong Wuu Ling, Prof. Madya Dr. Hanafi Bin Husin, Dekan fakulti Sastera dan Sains Sosial, Prof. Madya Dr Hanizah binti Idris selaku ketua Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Tidak lupa juga kakitangan JPAT iaitu Puan Liza, Encik Jefri dan Puan Hasimah atas bantuan yang dihulurkan kepada kami.
Setiap yang berlaku, pasti berlaku atas izin dari-Nya, saya dengan ini secara rendah hati ingin memohon seribu kemaafan kepada mana-mana pihak andai berlaku ketelajuran tingkahlaku atau ketidaksempurnaan tugasan sebagai setiausaha projek Jalinan Masyarakat yang diamanahkan kepada saya sepanjang tempoh program ini dijalankan dan pada masa akan datang. Semoga program ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan segala kekurangan dapat diperbaki. Besar harapan saya untuk melihat rakan-rakan seperjuangan turut serta kedalam bidang latihan dan kejurulatihan pada masa akan datang. 
Akhir kalam, terima kasih buat pihak pengurusan Women Aid’s Organization (WAO), rakan seperjuangan dan seluruh warga JPAT atas komitmen yang padu dalam menjalankan kegiatan ini.
Tulus Ikhlas,
YUSLIANA BINTI YUSOF
AIF 160041
PENYELARAS : DR CHONG WU LING

Silaturahim dan Kesyukuran

Assalamualakum dan salam sejahtera ,berdasarkan aktiviti jalinan masyarakat yang dijalankan pada 4 mac lalu,terdapat beberapa kesan positif yang dapat dilihat dengan jelas melalui perlaksanaan aktiviti tersebut. Antaranya ialah mengeratkan silaturahim . Melalui kesan positif ini,kita dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain tidak mengira kaum,agama,bangsa dan juga peringkat umur . Oleh hal yang demikian,saya berharap hubungan silaturahim yang terjalin tersebut akan berkekalan sampai akhir hayat. Selain itu, melahirkan rasa syukur juga merupakan kesan positif daripada aktiviti jalinan masyarakat yang dijalankan itu . Hal ini demikian kerana, sebagai salah seorang pelajar yang mengikuti aktiviti tersebut, saya merasa amat bersyukur kerana dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga yang cukup lengkap. Iktibar ini saya lihat daripada kehidupan kanak-kanak daripada WAO yang telah menjalani kehidupan yang amat menyedihkan pada peringkat usia sedemikian. Saya juga dapat membuka mata dan hati saya bahawa masih ada lagi golongan yang lebih susah berbanding dengan diri saya . Kesimpulannya,melalui aktiviti jalinan masyarakat ini,saya dapat mempelajari pelbagai ilmu yang baru .
HANIS NURSYAFIKA BT ABDUL HALIM
AIF160052

KETIKA DI PROGRAM JALINAN MASYARAKAT

Asalamualaikum  dan salam sejahtera, terima kasih diucapkan kepada Dr. Chong, pihak WAO (Women Aid Organization) serta mahasiswa yang terlibat dalam program Jalinan Masyarakat ini. Bagi saya, semasa program Jalinan Masyarakat ini. Bagi saya semasa program Jalinan Masyarakat ini. Bagi saya semasa program Jalinan Masyarakat  Jabatan Asia Tenggara  ini dilaksanankan, ia merupakan medium yang terbaik unutuk semua mahasiswa agar dapat mengeratkan  hubungan serta bergaul dengan masyarakat luar 
Melalui program ini, juga, saya bukan sahaja mendekatkan diri dengan kanak-kanak dari WAO, malah hubungan antara sahabat-sahabat lain juga bertambah erat. Pada mulanya, hubungan antara rakan-rakan dan kuga kanak-kanakdari WAO tidak begitu erat, namun setelah kami saling mengenali menjalankan aktiviti bersama serta makan berkumpula. Saya mendapati  hubungan terjalin begitu mesra dan erat. Gelak tawa  kanak-kanak WAO  juga menunjukkan mereka gembira dan meluangkan masa bersama-sama. Walaupun terdapat beberapa  rintangan pada peringkat awal  namun hasil kerjasama semua pihak, masalah diselesaikan dengan jayanya. Tugasan yang diberi turut dilaksanakan  dengan cermelang
Oleh itu, cukup untuk saya simpulkan bahawa anjurkan program jalinan masyarakat ini merupakan kesaaatan yang indah dalam kehidupan saya. Harapan saya agar program ini dijalankan secara giat untuk memupuk dari mahasiswa menjadi seseorang yang mensyukuri segala nikmat yang diberi olehnya. 
Sekian Terima Kasih
Maizatul Aqmalieza BT Mohammad Salehuddin
AIF 160053

BAHAGIA MILIK KITA

Pada 4 Mac 2017 yg lalu, saya dan rakan-rakan telah menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak dari agensi bukan kerajaan (NGO) iaitu Women's Aid Organization dibawah program Jalinan Masyarakat Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti dilakukan bersama-sama beberapa orang kanak-kanak dari agensi berkenaan antaranya Zumba, Giant Bubble, Ice Breaking, Sayang Semut dan sebagainya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggembirakan hati kanak-kanak terbabit yang merupakan mangsa keganasan rumah tangga. Adalah tidak adil bagi kanak-kanak tersebut tidak menerima kebahagiaan seperti insan lain.Oleh itu, program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tekanan atau dilema yang dihadapi oleh mereka di samping memupuk perasaan kasih sayang dan kepercayaan antara mereka dengan orang luar. Syukur, segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan kanak-kanak tersebut kelihatan selesa dan gembira bersama kami. Seronok serta lega melihat mereka mahu berkongsi cerita, bergurau senda dan riang bermain. Menurut salah seorang daripada kanak-kanak terbabit, dia ingin menjadi seorang pensyarah kelak. Semoga berjaya adik! 😊 Diharap kegembiraan terus terpancar di riak wajah kanak-kanak itu. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program jalinan masyarakat ini. 

SITI NORSYAHIRAH BINTI ISHAK
AIF 160064

My Reflection

Bismillahirahmanirrahim.
'Semua orang layak mendapat bahagia'. Aktiviti bersama kanak-kanak daripada WAO ini membuatkan saya rasa lebih bersyukur dengan apa yang saya ada. Melihat mereka gembira dan ketawa melakukan aktiviti bersama kami, menyedarkan saya bahawa kita perlu sentiasa memandang ke hadapan. Kita tidak boleh menjadikan kenangan pahit sebagai alasan untuk kita berputus asa.     
  Azti Nurul syahirah bt Azhar 
            AIF 160004                 

Refleksi Aku

Pada 4 mac 2017 hari sabtu saya bersama semua pelajar Jabatan Asia Tenggara telah menjalankan Program Jalinan Masyarakat di Pokok Semali iaitu sekitar Tasik Varsiti Universiti Malaya. Kami telah menjemput beberapa orang kanak-kanak dari WAO bagi mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang kami telah sediakan daripada pelajar Jabatan Asia Tenggara. Terdapat beberapa aktiviti yang kami jalankan iaitu di mulakan dengan sarapan pagi bersama kanak-kanak WAO, senaman pagi atau zumba, permainan 'Giant bubble',sukaneka dan terakhir sekali acara penutupan majlis  serta penyampaian cendera hati kepada kanak-kanak. Kesimpulannya, Program ini telah membuka mata dan menyedarkan saya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai untuk hidup tenang, bahagia, dan mendapat perhatian yang cukup daripada keluarga mereka. Hal ini kerana kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian yang cukup daripada keluarga akan mempunyai pelbagai gangguan mental, rohani fizikal dan mental. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program berjalan dengan lancar dan memberi pengalaman baru kepada kami semua.  
 SABRIAH BINTI RAHMAN  
                AIF160063                 

Sabar Itu Indah

Assalamualaikum, mengenai aktiviti jalinan masyarakat yg telah dijalankan dengan lanjar dan sempurna pada 4 mac lalu, saya dapat merasakan sesuatu impak yang positif lahir dalam diri bahawa sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu, kita mesti sabar dalam apa jua keadaan atau halangan yang boleh membuatkan kita putus asa. Aktiviti tersebut juga dapat melahirkan satu pasukan yang mampu bekerjasama antara satu sama lain di samping menceriakan suasana adik-adik yang mengalami masalah dengan keluarga mereka.
Nur Diyana Binti Mohd Nazir
AIF160060

Penerapan nilai murni dalam jalinan masyarakat

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk refleksi bagi kursus jalinan masyarakat ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pihak-pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung, terutamanya kepada Dr Chong Wong lin sebagai pensyarah serta penasihat sepanjang program ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada pengarah dan ahli jawatan kuasa yang telah banyak menyumbangkan idea serta tenaga bagi menjayakan program ini. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai pengalaman, nilai murni, dan pengajaran yang dapat saya pelajari juga dapat saya aplikasikan. Pertama sekali, semangat kerjasama  berkumpulan adalah sangat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti semasa program ini berjalan. Nilai murni ini secara langsung memupuk motivasi diri terhadap setiap ahli kumpulan agar sentiasa berdedikasi terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan. Seterusnya, perpaduan yang kian pupus di antara kaum pada hari ini mampu diatasi dengan baik sekali. Kami telah menjalankan beberapa aktiviti bersama pihak WAO, yang mana organisasi ini terdiri daripada pelbagai kaum dari setiap peringkat umur yang berbeza-beza. Program ini telah membuka mata pihak-pihak yang terlibat bahawa setiap lapisan masyarakat perlu peka dan sensitif terhadap isu semasa tidak kira kaum, umur, dan juga jantina. Di samping itu, sebagai ahli yang terlibat sepanjang program ini, ia telah membuka mata saya bahawa tanggungjawab adalah elemen yang sangat penting, bukan sahaja ketika menjalankan tugas semasa berlakunya program akan tetapi sikap ini juga seharusnya diaplikasi dalam aktiviti harian kita sendiri. Sebagai contoh, ia membantu kita agar sentiasa menepati masa tidak kira dalam situasi apa pun, selain itu, nilai ini juga mengajar kita agar lebih berdisiplin terhadap diri sendiri dan ia secara langsung membantu kita untuk lebih berdikari. Akhir sekali, kita haruslah menanam sikap yang ikhlas dalam diri setiap individu jika kita ingun menghulurkan bantuan dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada mana-mana pihak. Hal ini akan melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap sekeliling mereka terutamanya bagi insan-insan yang memerlukan.
Sekian terima kasih..      
Nadirah muhammad 
AIF160057
                  

Refleksi Sinaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk refleksi bagi kursus jalinan masyarakat ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pelbagai pihak terutamanya kepada Dr Chong Wong lin selaku pensyarah dan penasihat sepanjang perjalanan program ini berlangsung. Tidak lupa juga kepada pengarah dan krew² yang terlibat sepanjang program ini berlangsung. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan program ini. Justeru itu pengalaman ini telah mematangkan saya untuk menghadapi situasi yang akan datang. Sekian terima kasih.
fatin amirah binti md arifin
AIF160042

"Pengalaman yang bermakna"

Terlebih dahulu assalamualaikum dan selamat sejahtera sebagai pembuka kata bagi refleksi saya dalam kursus jalinan masyarakat ini. Dikesempatan ini saya ingin berterima kasih kepada Dr Chong sebagai penyelaras kursus, sahabat- sahabat saya yang sama- sama berusaha menjayakan kursus ini serta kepada penyumbang- penyumbang yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung seperti dari segi kewangan dan lain- lain. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani kursus ini yang banyak memberi pengalaman, pengajaran dan faedah kepada diri saya. Oleh itu saya juga ingin menyampaikan terima kasih saya kepada pihak universiti kerana memberi saya peluang seperti ini. Di bahagian permulaan dimana saya dan sahabat- sahabat saya perlu sama- sama berusaha untuk membuat kelengkapan supaya program ini berjalan dengan baik, sikap tolong-menolong dan usaha yang ditonjolkan telah memberi saya semangat untuk berusaha dengan lebih baik dalam menjayakan program ini. Semasa program ini berlangsung pula, saya dapat lihat akan kerjasama kami sebagai satu pasukan dalam merialisasikan usaha kami. Saya telah pelajari bagaimana untuk bertolak ansur dan berkerjasama dalam kerja berpasukan. Selepas program ini selesai, saya berasa lega kerana kami telah membantu sedikit sebanyak yang termampu untuk mengembalikan kegembiraan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kursus ini telah mengajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang saya peroleh serta cuba semampu saya untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jika mempunyai peluang dan kesempatan di masa hadapan saya akan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini lagi.            
 Noor Aisyah Binti Tuah
           AIF 160058            

muafakat membawa berkat

Assalammualaikum dan salam sejahtera, mengenai program jalinan masyarakat yang diadakan pada 4 mac lalu, pendapat saya ianya telah berjalan dengan jayanya. Kerjasama di antara kitalah yang membuatkan program itu berjalan dengan lancar, mudah dan sempurna. Oleh itu, sikap kerjasama ini hendaklah diteruskan untuk program yang mendatang agar ianya tersemai dalam memori yang indah pada kita semua     
 Ahmad Sharafi bin Zaini
                     AIF160051                  

Amalan tolong- menolong antara satu sama lain

Apa yang saya dpat selepas melaksanan aktiviti jalinan masyarakat bersama anak-anak dari NGO ialah dalam kehidupan kita adalah kita perlu menerapkan amalan tolong- menolong dalam kalangan masyarakat kerana amalan tersebut dapat menggerakan hubungan antara satu lain tidak mengira bangsa dan kaum. sebagai contoh, program jalinan masyarakat yang  dilaksanakan telah membantu kanak2 dri ngo berinteraksi dengan orang luar. selain itu, program ini juga telah memberi banyak kebaikan kepada kanak2 dari ngo dan peserta program tersebut melalui aktiviti yang dijalankan yang menekankan prinsip saling bergantung antara satu sama lain. di samping itu, program ini juga dapat menyedarkan peserta bahawa kita perlu tolong- menolong antara satu sama lain supaya dapat meringankan beban orang yang dalam kesusahan. kesimpulanya, kita perlulah bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan dan sentiasa redha dengan ketentuanya supaya kite sedar bahawa masih terdapat ramai lagi org yang hidup dalam kesusahan dari kita.
Mohammad Aliff bin Azman 
AIF160055 

:Kerjsama membawa kejayaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.
 Mengenai program jalinan masyarakat yang telah di adakan pada 4 Mac 2017 yang lalu. Pendapat saya program tersebut berjalan dengan jayanya. Setiap individu memberikan komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bagi, saling membantu antara satu sama lain. Bagi saya, inilah kunci kejayaan yang sebenar, kita mampu untuk bekerjasama untuk megendalikan sesuatu program bagi memasti program tersebut berjalan sesuai dengan apa yang telah kita dirancang. Oleh itu, komitmen yang berterusan perlu diberikan supaya program yang akan diadakan pada masa akan datang dapat berjalan dengan lebih sempurna lagi.
Ahmad Arash Bin Yusoff
AIF 160050

WAO DIHATIKU

Assalamualalaikum dan salam sejahtera saya ucapkan bagi pemuka kata refleksi untuk kerja kursus jalinan masyarakat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr. Chong yang sanggup memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk menjalankan kursus jalinan masyarakat ini. Saya berasa pensyarah merupakan seorang yang prihatin kerana sanggup meluangkan masa untuk menjalani aktivi jalinan masyarakat dengan kami. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sanggup berkerjasama, bertoleransi serta hormat menghormati semasa proses menjalankan aktiviti jalinan masyarakat ini.
Menerusi jalinan masyarakat yang dijalankan pada 4 Mac yang lepas sangat memberi makna yang mendalam bagi saya. Hal ini demikian kerana, ini adalah pertama kali saya turut serta dalam  aktiviti jalinan masyarakat. Sebelum ini, saya kurang menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti ini. Jadi, menerusi ini banyak memberi impak yang besar dalam kehidupan saya sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaya. Sesungguhnya, pengalaman berinteraksi dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam keganasan rumahtangga atau kanak-kanak yang hilang tempat untuk bergantung adalah yang terbaik sepanjang kehidupan saya selama 21 tahun ini. Ketika melihat gelagat kanak-kanak itu, hati saya sangat sebak dan terharu melihat kekuatan hati dan ketabahan mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Tambahan lagi, saya begitu kagum melihat kanak-kanak yang masih kecil yang sangat teruja apabila melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan. Melihat kepada kekuatan dan ketabahan mereka, saya begitu terharu kerana mereka masih mampu meneruskan kehidupan dengan tawa dan gembira walaupun ada kekurangan di dalam hati mereka yang mungkin tidak dapat diselami oleh hati manusia. Aktiviti ini membuatkan saya sangat bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa dan keluarga yang lengkap jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang ada.
Secara keseluruhannya, saya merasa bertuah atas peluang yang ada dan saya sangat menikmati peluang yang diberikan untuk menyelami apa yang dirasakan oleh orang lain. Jutaan terima kasih saya tujukan buat pensyarah, rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada secara lansung ataupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti kursus jalianan masyarakat bagi subjek ini. Sesungguhnya, kerjasama, tanggungjawab dan nilai etika ketika melakukan aktiviti ini membantu saya untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Walaupun terdapat masalah yang timbul ketika aktiviti dijalankan, namun berkat kesabaran dan semangat kerjasama yang tinggi dalam kumpulan, masalah tersebut dapat diselesaikan. Benarlah kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Terima kasih semua.
MOHAMMAD AZUL SYAFIQ BIN MAT ZU

AIF 160056
 

Tajuk : Gaya kami

saya rasa aktiviti yng telah kami jalankn pada 4 mei berjalan agak lancar. walupun pada mulanya berlaku sedikit kekalutan pada awalnya namun kami dapat tanganinya dengan baik. malahan, kanak-kanak dr wao juga turut berasa gmbira dgn aktivti yg kami jalankan. smua pelajar seas memberikan kerjasama yg baik dalam mnjlnkn akt pada  hari tersebut                        
Norhanim Ezatie binti Nordin 
AIF160022

Menghargai antara satu sama lain

Apa yg saya dpat selepas melaksanan aktiviti jalinan masyarakat bersama ank2 dari NGO ialah dalam kehidupan kita, mengargai antara satu sama lain merupakan perkara yg prlu kita ambik berat. Kerana bila kita hargai org yg slalu ad dgn kita, meraka akn berasa diri mereka diperlukan dan disayangi. Jadi hindarilah diri kita dripada menyakiti diri org yg kita syg. Dalam kehidupan ini selalu sangat terjadi keadaan dimana apabila org yg sayangi diri kita berada di sisi kita. Kita tidak pernah utk hargai mereka malah kita selalu menyakiti mereka tidak kira dari segi fizikal mahupun mental. Namun apabila mereka sudah pergi meninggalkan kita. Di situ baru kita menyedari bahawa meraka sangat bermakna dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu hargai mereka selagi meraka ada dgn kita.

Nur Aisyah Maulad Zainal 
AIF160059

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH !

Assalamualaikum dan selamat sejahtara saya ucapkan. Pada pengamatan saya program jalinan masyarakat pada tahun 2017 telah memberikan satu kenangan manis buat kami yang telah disertai oleh 25 orang pelajar jabatan asia tenggara dan beberapa orang kanak-kanak yang terpilih dibawah kendalian Dr.Chong Wu Ling dan WAO (Women Aid Organization) iaitu sebuah pertubuhan yang melindungi kanak-kanak dari mangsa penderaan. Pada pemerhatian saya program berjalan dengan lancar sekali walaupun terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi, namun dapat diselesaikan dengan segera.  Seterusnya, setiap pelajar telah memberi komitmen sepanjang program sedang berlangsung dan apa yang pasti nampak keriangan di wajah kanak-kanak itu serta memberikan satu hari yang bermakna buat mereka. Setiap pelajar juga telah diberikan tugasan masing-masing seperti pembahagian kumpulan, pengurusan acara dan sebagai nya.  Tambahan pula, apa yang penting semangat kerjasama secara berkumpulan telah dapat ditonjolkan dan ini membantu program dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, peranan pengarah program iaitu Azti Nurul Syahirah Binti Azhar dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus membentuk satu organisasi yang teratur serta mengatur program supaya dapat dijalankan mengikut metod yang telah ditetapkan oleh Dr.Chong Wu Ling dan WAO itu sendiri. Kesimpulannya, program ini dapat memberikan pengalaman baharu yang berharga khususnya kepada diri saya dan kepada rakan-rakan taulan saya yang lain serta membentuk satu kemahiran yang dapat di praktikkan untuk program yang mendatang.

MOHAMMAD IRFAN SYAHMI BIN MAZLAN
AIF160017

Kalaulah ada sumur di ladang, Bolehlah kami menumpang mandi, Kalaulah ada umur yang panjang, Bolehlah kita bertemu lagi. Terima kasih daun keladi.

          Jalinan Masyarakat (JM) merupakan kursus universiti yang diwajibkan ke atas semua pelajar Universiti Malaya. Program tersebut bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada khidmat kemasyarakatan dan peranan sebagai sukarelawan.
           Saya sejujurnya mendapati bahawa program yang dijalankan ini banyak memberi manfaat serta nilai tambah dalam hidup saya. Melalui program ini saya dapat mengenali erti sebuah kehidupan dimana ianya diluar kotak pemikiran saya. Saya dapat melihat sesebuah kelompok kehidpuan dimana mereka tidak memperolehi kehidupan seperti saya. Banyak kekurangan yang mereka ada akan tetapi apa yang membuatkan saya begitu terharu adalah apabila mereka mampu untuk terus tersenyum dengan gembira walaupun dengan kehidupan sedemikian. Pada awalnya saya berasa agak janggal dengan kanak-kanak ini kerana tidak tahu tentang cerita disebalik kehidupan mereka. Setelah lama-kelamaan, hubungan kami telah mula terjalin dan ada diantara mereka yang telah menyentuh hati saya dengan gelagat mereka yang begitu riang tanpa dapat melihat keperitan yang mereka alami.
           Seterusnya tidak dilupakan sekalung penghargaan diucapkan kepada rakan seperjuangan yang sangat komited dan saling membantu antara satu sama lain. Tanpa usaha gigih dan kesabaran semua, program yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan jayanya. 

           Melalui program ini, pelbagai manfaat yang saya dapati terutamanya cara pengurusan dan interaksi dalam masyarakat. Sebagai seorang mahasiswa, bakti kemasyarakatan seperti ini perlu diteruskan sebagai langkah permulaan asas perpaduan. Hal ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran pelbagai pihak terutamanya mahasiswa tentang kepentingan menyumbang terhadap masyarakat sekeliling.

           Kesimpulannya, program ini banyak memberikan nilai-nilai yang positif dalam diri saya. Saya juga amat berbangga dapat menjadi salah seorang peserta melalui program ini. Program seperti ini amatlah bagus bagi membentuk nilai jati diri dalam diri seseorang individu. Saya berharap moga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.



THIVIYASHNI A/P POOPATHI

AIF160038



"Jangan pernah berputus asa"

Program JM bersama WAO.bnyk memberikan saya semangat utk tidak mudah berputus asa.Kerana adik²  di WAO berumur 5-12 thun.tetapi mereka sngt ceria utk menjalani kehidupan seharian wlaupun tdk mpunyai keluarga yg smpurna.Saya berharap agar Program JM seterusnya yg di adakn d WAO berjalan dengan lancar.
MASLINAH ABDUL RAKMAN 
AIF160054

KEGEMBIRAAN ITU MILIK SEMUA

 Refleksi saya pada 4/3/2017 bersama Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) ialah kegembiraan yang tercatat dan senyuman yang terukir di wajah kanak-kanak atau mangsa daripada keganasan Rumah Tangga. Kanak-kanak tersebut dapat biasakan diri mereka dengan kami sehingga akhir program kerana pada mulanya mereka kelihatan agak malu dan segan dengan kami. Oleh itu, melihat mereka bahagia merupakan kebahagian juga kepada saya. Hal ini demikian kerana saya mengangap mereka seperti adik-adik saya dan saya merasa  tidak sabar untuk bertemu mereka lagi.                        
NURUL FARIHAH Binti AZIZAN 
AIF160047

Refleksi saya !!!!

Refleksi saya bagi aktiviti Jalinan Masyarakat ialah saya dapat melihat kerjasama antara rakan rakan saya untuk menjayakan aktiviti yang telah ditetapkan. Selain itu, saya juga dapat melihat aktiviti yang dijalankan dapat mengembirakan kanak-kanak yang datang dan dapat merapatkan silaturahin antara pelajar dan kanak-kanak tersebut. Saya berharap agar rakan-rakan terus memberi kerjasama untuk menjayakan aktiviti Jalinan Masyarakat sehingga hari terakhir dan dapat menjalinkan hubungan erat bersama kanak-kanak dari WAO
Nur Ashyqin Binti Zaino
AIF160046
WELCOME TO OUR BLOG