Memori yang Indah

Selamat sejahtera ,saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi Projek Jalinan Masyarakat. Saya bersyukur kerana kami telah menyempurnakan  tugasan ini dan kami sangat berbesar hati kerana telah menyempurnakan tugasan ini dengan baik dan lancar.Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan,pensyarah,dan ibu bapa tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Pertama sekali, saya sedar bahawa kita perlulah sentiasa bersyukur akan apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita kerana masih ramai insan diluar sana yang nasibnya tidak sebaik kita. Seperti anak-anak di  Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di bawah kelolaan Woman Aids Organization(WAO)  dimana rata-rata daripada keluarga yang pelbagai latar belakang, ada yang daripada ibu –bapa kedua-duanya penagih, keluarga bermasalah dan banyak lagi. Selain itu program ini banyak melatih saya untuk lebih bersabar. Menguruskan kanak-kanak di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di bawah kelolaan Woman Aids Organization(WAO)  bukanlah suatu perkara yang mudah kerana mereka mempunyai ragam masing-masing. Situasi ini juga menyedarkan saya bahawa sebagai seorang manusia yang hidup dalam kumpulan dan kelompok, kita harus memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, bangsa dan ras.
Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi menjayakan sesuatu perkara.. Jadi, jelaslah di sini bahawa program jalinan masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh.

Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian, kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita
Saya dan rakan yang lain telah membuat ‘senamrobik’ untuk menarik minat kanak-kanak supaya bersama-sama menari dengan kami. Pada mulanya agak malu untuk menari dikhalayak ramai, tetapi dengan keyakinan dan semangat berpasukan kami yang kuat, perasaan malu itu semua hilang. Kami dapat melaksanakan program ini dengan sambutan yang memberangsangkan. Sebelum mereka bersurai, pihak kami memberikan hadiah kepada semua kanak-kanak yang terlibat dan yang membantu sebgai tanda penghargaan.
Saya yakin semua aktiviti yang dirancang mempunyai motif dan objektif yang tersendiri. Pada pendapat saya, semua aktiviti yang telah dilaksanakan sewaktu program ini sangat menarik dan mempunyai nilai murni. Secara keseluruhannya, program jalinan masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membantu insan yang lebih memerlukan.


Jhasvinie a/p Selvan
AIF160014

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG