Assalamuailaikum W.B.T…Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih buat sahabat-sahabat Pengajian Asia Tenggara (SEAS) yang telah
bersungguh-sungguh dalam merancakkan aktiviti-aktiviti Jalinan Masyarakat
bersama-sama mangsa keganasan rumah tangga iaitu World Aid Organisation (WAO).
Sehubungan dengan itu, ribuan terima kasih juga diucapkan buat ketua penyeralas
bagi projek ini iaitu Dr.Chong Wu Ling yang sering memberi tunjuk ajar dan
nasihat kepada kami dalam menjayakan projek ini bersama-sama penghuni WOA.
Tanpa beliau projek ini belum tentu berjalan dengan jayanya :) Tidak lupa juga
kepada staf-staf di Jabatan Asia Tenggara dan pensyarah-pensyarah yang sanggup
membantu dalam menjaya projek kami ini dari segi sumbangan kewangan mahupun tenaga.
Pengalaman itu
penting buat seseorang. Dalam erti kata lain pengalaman itu membolehkan kita
mengenal dunia mahupun mematangkan kita. Melalui pengalaman yang saya dapat
sepanjang menjalankan aktitivi bersama penghuni kanak-kanak WOA ialah keriangan
kanak-kanak tersebut walaupun ditimpa masalah…itulah dinamakan
kanak-kanak…sepanjang pengalaman kami bersama mereka pelbagai aktiviti telah
dilakukan antaranya adalah `Giant Bubble`, sukanneka, lawatan sekitar
Universiti Malaya dan sebagainya. Walaupun pada mulanya malu tetapi perasan itu
pudar dalam diri mereka setelah seharian bersama kami. Melalui projek ini juga,
kami dapat memahami isi hati mereka yang pernah menjadi mangsa keadaan iaitu
keganasan rumah tangga. Dengan adanya aktiviti bersama mereka maka ia serba
sedikit dapat melumpuhkan daya ingatan tentang pengalaman pahit itu.
Akhir kalam
dari saya, saya berharap agar adik-adik yang berada di bawah jagaan organisasi
WAO tabah menghadapi ujian ini. Semua makhluk manusia di muka bumi ini tidak
diminta untuk diperlakukan dalam keadaan sedemikian. Tetapi saya percaya
adik-adik ini sabar dalam menghadapi keadaan pahit ini. Saya berharap agar
sahabat-sahabat (SEAS) tidak akan melupakan segala aktiviti Jalinan Masyarakat
yang telah kita jalinkan bersama-sama. Saya juga sebagai Mahasiswa Universiti
Malaya berharap agar kursus Jalinan Masyarakat ini diteruskan dan dijadikan
kursus wajib untuk berijazah kerana kursus ini menerapkan pengalaman dan
nilai-nilai yang positif dalam diri seseorang. Saya telah pun merasa keadaan
itu dimana kursus ini mampu memberi pengalaman yang efektif dalam diri
saya.SEKIAN :)
“SEAS DI HATI”
IKHLAS DARI
SAYA
AKIF
(MOHAMAD AKIF BIN YUSOP)
AIF160043
No comments:
Post a Comment