BAHAGIA MILIK KITA

Pada 4 Mac 2017 yg lalu, saya dan rakan-rakan telah menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak dari agensi bukan kerajaan (NGO) iaitu Women's Aid Organization dibawah program Jalinan Masyarakat Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti dilakukan bersama-sama beberapa orang kanak-kanak dari agensi berkenaan antaranya Zumba, Giant Bubble, Ice Breaking, Sayang Semut dan sebagainya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggembirakan hati kanak-kanak terbabit yang merupakan mangsa keganasan rumah tangga. Adalah tidak adil bagi kanak-kanak tersebut tidak menerima kebahagiaan seperti insan lain.Oleh itu, program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tekanan atau dilema yang dihadapi oleh mereka di samping memupuk perasaan kasih sayang dan kepercayaan antara mereka dengan orang luar. Syukur, segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan kanak-kanak tersebut kelihatan selesa dan gembira bersama kami. Seronok serta lega melihat mereka mahu berkongsi cerita, bergurau senda dan riang bermain. Menurut salah seorang daripada kanak-kanak terbabit, dia ingin menjadi seorang pensyarah kelak. Semoga berjaya adik! 😊 Diharap kegembiraan terus terpancar di riak wajah kanak-kanak itu. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program jalinan masyarakat ini. 

SITI NORSYAHIRAH BINTI ISHAK
AIF 160064

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG