Jalinan
Masyarakat (JM) merupakan kursus universiti yang diwajibkan ke atas semua
pelajar Universiti Malaya. Program tersebut bertujuan untuk mendedahkan para
pelajar kepada khidmat kemasyarakatan dan peranan sebagai sukarelawan.
Saya sejujurnya mendapati bahawa
program yang dijalankan ini banyak memberi manfaat serta nilai tambah dalam
hidup saya. Melalui program ini saya dapat mengenali erti sebuah kehidupan
dimana ianya diluar kotak pemikiran saya. Saya dapat melihat sesebuah kelompok
kehidpuan dimana mereka tidak memperolehi kehidupan seperti saya. Banyak
kekurangan yang mereka ada akan tetapi apa yang membuatkan saya begitu terharu
adalah apabila mereka mampu untuk terus tersenyum dengan gembira walaupun
dengan kehidupan sedemikian. Pada awalnya saya berasa agak janggal dengan
kanak-kanak ini kerana tidak tahu tentang cerita disebalik kehidupan mereka.
Setelah lama-kelamaan, hubungan kami telah mula terjalin dan ada diantara
mereka yang telah menyentuh hati saya dengan gelagat mereka yang begitu riang
tanpa dapat melihat keperitan yang mereka alami.
Seterusnya tidak dilupakan sekalung
penghargaan diucapkan kepada rakan seperjuangan yang sangat komited dan saling
membantu antara satu sama lain. Tanpa usaha gigih dan kesabaran semua, program
yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan jayanya.
Melalui program ini, pelbagai manfaat yang
saya dapati terutamanya cara pengurusan dan interaksi dalam masyarakat. Sebagai
seorang mahasiswa, bakti kemasyarakatan seperti ini perlu diteruskan sebagai langkah
permulaan asas perpaduan. Hal ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan
kesedaran pelbagai pihak terutamanya mahasiswa tentang kepentingan menyumbang
terhadap masyarakat sekeliling.
Kesimpulannya, program ini banyak memberikan
nilai-nilai yang positif dalam diri saya. Saya juga amat berbangga dapat
menjadi salah seorang peserta melalui program ini. Program seperti ini amatlah
bagus bagi membentuk nilai jati diri dalam diri seseorang individu. Saya
berharap moga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
THIVIYASHNI A/P POOPATHI
AIF160038
No comments:
Post a Comment