Penerapan nilai murni dalam jalinan masyarakat
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk refleksi bagi kursus jalinan masyarakat ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pihak-pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung, terutamanya kepada Dr Chong Wong lin sebagai pensyarah serta penasihat sepanjang program ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada pengarah dan ahli jawatan kuasa yang telah banyak menyumbangkan idea serta tenaga bagi menjayakan program ini. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai pengalaman, nilai murni, dan pengajaran yang dapat saya pelajari juga dapat saya aplikasikan. Pertama sekali, semangat kerjasama berkumpulan adalah sangat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti semasa program ini berjalan. Nilai murni ini secara langsung memupuk motivasi diri terhadap setiap ahli kumpulan agar sentiasa berdedikasi terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan. Seterusnya, perpaduan yang kian pupus di antara kaum pada hari ini mampu diatasi dengan baik sekali. Kami telah menjalankan beberapa aktiviti bersama pihak WAO, yang mana organisasi ini terdiri daripada pelbagai kaum dari setiap peringkat umur yang berbeza-beza. Program ini telah membuka mata pihak-pihak yang terlibat bahawa setiap lapisan masyarakat perlu peka dan sensitif terhadap isu semasa tidak kira kaum, umur, dan juga jantina. Di samping itu, sebagai ahli yang terlibat sepanjang program ini, ia telah membuka mata saya bahawa tanggungjawab adalah elemen yang sangat penting, bukan sahaja ketika menjalankan tugas semasa berlakunya program akan tetapi sikap ini juga seharusnya diaplikasi dalam aktiviti harian kita sendiri. Sebagai contoh, ia membantu kita agar sentiasa menepati masa tidak kira dalam situasi apa pun, selain itu, nilai ini juga mengajar kita agar lebih berdisiplin terhadap diri sendiri dan ia secara langsung membantu kita untuk lebih berdikari. Akhir sekali, kita haruslah menanam sikap yang ikhlas dalam diri setiap individu jika kita ingun menghulurkan bantuan dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada mana-mana pihak. Hal ini akan melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap sekeliling mereka terutamanya bagi insan-insan yang memerlukan.
Sekian terima kasih..
Nadirah muhammad
AIF160057
No comments:
Post a Comment