Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog SEAS.Alhamdulilah tanggal 17 April telah berlalu dengan jayanya.Walau sudah seminggu tarikh tersebut berlalu namun masih segar di ingatan saya dan juga rakan-rakan SEAS yang lain program "One Day Trip To UM" telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Walau program ini adalah yang pertama,namun ia sangat indah untuk dikatakn kerana senyuman yang terukir di bibir kanak-kanak malang dari WAO membuat hati kami riang.
Saya telah dipertanggungjawabkan untuk membawa kanak-kanak tersebut ke UM.Walau pada mulanya kanak-kanak tersebut seperti tidak ketahuan ke mana mereka akan pergi,namun mereka tetap melangkah mengikut saya ke UM.Kanak-kanak tersebut disambut dengan meriah oleh rakan-rakan SEAS yang lain.Kanak-kanak tersebut dilihat senang dan senyuman yang dihasilkan hingga membuat gigi putih mereka kelihatan cukup membuktikan mereka senang dilayan oleh rakan-rakan SEAS yang lain.
Jam menunjukkan 9.30 pagi,kanak-kanak terbabit seperti menunggu apa aktiviti yang akan dilakukan oleh mereka kerana mereka sudah dimaklumkan mereka akn bermain seharian.Aktiviti pertama dimulakan dengan 'ICE BREAKING'.Kami cuba untuk memcahkan dinding yang menghalang antara kami dan kanak-kanak tersebut.Kami memperkenalkan diri kami kepada kanak-kanak.Walau agak sukar untuk memecahkan dinding terbabit kerana ada antara kanak-kanak terbabit malu dan agak takut melihat ramai orang yang tidak dikenali berada di sekeliling mereka namun kami berajaya meruntuhkan dinding yang wujud secara berperingkat.
Aktiviti yang seterusnya adalah kelas zumba.Kelihatan wajah riang kerana mereka amat suka menari hingga ada diantara kami yang letih melayan kerenah mereka yang terlalu aktif.Kami cuba memberi yang terbaik.Amat menyerokkan melihat larian dan teletah mereka menari.Jam 11.00 kami terpaksa berpindah ke Dataran Siswa kerana kelihatan langit seperti ingin menitiskan air matanya.
Banyak aktivit kami lakukan di Datran Siswa seperti explorace,mewarna dan bermain lego.Ya badan kami mula melekit namun demi melihat senyuman kanak-kanak terbabit kami teruskan jua aktiviti seterusnya.Kami membahagikan kanak-kanak tersebut kepada beberapa kumpulan.Kami dapat melihat kebijaksanaan kanak-kanak tersebut menjawab soalan yang diberikan oleh kami.Mereka sangat kreatif apabila diberi lego mereka mampu mencipta sesuatu yang menarik yang tak dijangka oleh kami kerana umur mereka yang masih setahun jagung.
Kami berpindah semula ke tasik varsiti untuk aktiviti yang terakhir iaitu Giant Bubble.Pada aktiviti ini kami dapat lihat dinding yang pada mulanya amat susah untuk dipecahkan berjaya jugak dipecahkan.Kanak kelihatan suka bermain buih dan kelihatan seperti kali pertama mereka bermain permainan seperti ini.Aktiviti ini adalah yang terakhir sebelum 'One Day Trip To UM' melabuhkan tirainya.
Buat adik-adik moga kalian semua berjaya,lupakan kisah silam yang berlaku.Kanak-kanak tersebut juga seperti kita,layak mendapat kasih sayang daripada kita,Usah nafikan hak mereka.Akhir kata 'Anak-anak merupakan amanah yang harus kita jaga'
                                                                                            With Love,
                                                                                        (uncle)
                                                                  Mohammad Alif bin Azami/aet 150029






No comments:

WELCOME TO OUR BLOG