Perasaan saya bersama adik-adik wao , Julayka.
Alhamdulillah ke-hadrat Ilahi, Program pertama kami iaitu "One Day Trip To Um" bersama dengan kanak-kanak daripada w a o telah berjalan dengan lancar seperti yang kami rancangkan.
Pada 17 April 2016 kami telah berkesempatan untuk menjalankan aktiviti bersama adik-adik wao ini. Saya sangat gembira kerana adik-adik ini masih mengenali saya walaupun saya hanya datang sekejap di wao pada minggu lepas. Untuk pengetahuan semua, program ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang rapat dengan adik-adik ini. Hal ini kerana, kami masih ada beberapa program lagi yang ingin dijalankan bersama seperti volunteering dan terakhir sekali Karnival Serumpun Kasih Bersama Seas.
Syukur, program pertama ini kami dapat merapatkan hubungan kami dengan adik-adik ini. Jelas di wajah mereka, mereka sangat gembira pada hari tersebut. Banyak aktiviti yang kami lakukan untuk menghiburkan mereka. Kami tidak terlalu ingin memaksa mereka hanya belajar. Hal ini daripada hari isnin hingga jumaat mereka telah pergi kesekolah. Maka, pada aktiviti yang kami jalankan bersama mereka, kami hanya ingin menggemberikan mereka.
Saya juga bertanya kepada adik-adik ini, adakah mereka gembira pada hari itu. dengan lajunya mereka mengatakan mereka sangat gembira. dan adik-adik itu juga ada tanya kepada saya yang menunjukkan bahawa mereka sangat gembira dengan aktiviti yang kami jalankan seperti "akak, nanti kita boleh jumpa lagi tak?" "akak, nanti akak ada buat aktiviti lagi dgn kami tak?" "akak, best lah , saya suka main giant buble" "akak, jom menari lagi !" . Ha! itu adalah ayat2 yang keluar dari mulut mereka yang saya masih ingat.
Jadi, saya pun tidak sabar untuk menjalankan aktiviti bersama-sama dengan mereka ! yeay!! Jumpa lagi ye adik-adik. di bawah ini saya sertakan sedikit video yang saya edit untuk tontonan semua. Sekian Terima Kasih.
Julayka binti Junaidi (AET 150038)
No comments:
Post a Comment