A Day to Remember.....

Walaupun sudah beberapa hari aktiviti 'One Day Trip to UM' dijalankan bersama adik-adik dari WAO berlalu, namun kenangan manis bergembira bersama mereka masih dapat dirasai hingga kini. Tidak mungkin kami melupakannya lebih lebih lagi bila melihat keriangan di wajah mereka sehingga ada yang tidak mahu pulang apabila aktiviti sudah tamat. 
Pada mulanya, adik-adik kelihatan sangat malu untuk berinteraksi bersama kami. Mungkin kerana ini adalah pertemuan yang pertama, jadi mereka sukar untuk menyesuaikan diri. Namun, kami cuba untuk terus berinteraksi bersama mereka dengan berkenalan terlebih dahulu. Dalam masa yang sama, salah seorang daripada kami iaitu Ana, membuat 'tag' nama untuk mereka agar mudah bagi kami mengingati nama setiap dari mereka. Sesi berkenalan sangat menyeronokkan dan kelihatan adik adik sudah mula menunjukkan kepetahan mereka bercakap bersama kami. 
     

Kami memulakan aktiviti kami dengan 'ice breaking'. Tujuannya adalah untuk memupuk keyakinan adik-adik dari WAO untuk berinteraksi seterusnya menjalin kemesraan yang lebih lagi bersama kami. Satu bulatan besar dibentuk dengan kedudukan berselang-seli antara kami dengan mereka. Mereka memperkenalkan diri mereka sekali lagi ditambah dengan ekspresi perasaan mereka berada di situ. Ada yang sangat bersemangat, namun ada juga yang masih malu. 


Aktiviti diteruskan lagi dengan menari zumba. Dengan menggunakan lagu 'Meghan Trainor-Better When I'm Dancing', adik adik nampaknya sangat seronok menari zumba tambahan pula step tarian yang digunakan mudah untuk diikuti. Ada yang tidak mahu berhenti menari sedangkan abang abang dan kakak kakak sudah hampir pengsan kepenatan. Memikirkan cuaca seakan gelap memberi tanda hujan akan turun, kami memutuskan untuk berpindah ke dataran sastera. 

Di dataran sastera, kami memulakan dengan aktiviti explorace. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diiringi oleh seorang daripada kami. Terdapat 5 station yang perlu dilalui oleh mereka dan setiap daripadanya memerlukan mereka berfikir dengan kritis kecuali satu station yang mahukan mereka menari dan menari lagu kanak-kanak yang diberi. Saya menjaga station matematik bersama Amalina dan berasa sangat terkejut adik adik dapat menyelesaikan soalan matematik dengan mudah. Ternyata adik adik WAO sangat bijak, 




Aktiviti diteruskan lagi dengan mewarna. Setiap dari mereka diberi sekotak pensil yang telah disumbangkan oleh En.Eric dari kedai buku Double Star Stationary. (p/s: terima kasih En.Eric). Mereka mewarna lukisan tersebut dengan bersungguh-sungguh.


Akhir sekali, adik adik diberi peluang bermain leggo. Mereka mengekspresikan idea kreatif mereka dengan menghasilkan rekaan seperti pokok, robot, kereta dan basikal. Mereka seakan berlumba untuk menghasilkan rekaan yang terbaik. 



Ouh ya, bermain leggo bukanlah aktiviti terakhir yang kami lakukan untuk adik adik. Setelah selesai bermain leggo, kami mengemas barang dah brpindah semula ke Tasik Varsiti. Aktiviti yang kami adakan sebagai penutup 'One Day Trip to UM' adalah aktiviti bermain giant bubble. Mereka kelihatan sangat seronok . 2 tong air sabun telah dihabiskan oleh mereka dan dikongsi bersama abang abang dan kakak kakak. 


bye bye adik adik. Jaga diri. Nanti kakak kakak dan abang abang akan datang melawat adik lagi. Saya tahu mereka ini adalah insan yang kuat memandangkan telah melalui satu sejarah hitam yang mengecewakan. Namun, mereka masih mampu menunjukkan riak wajah gembira di sebalik kesedihan dalam diri mereka.

Call me, baby, if you need a friend
I just wanna give you love
Come on
Reaching out to you, so take a chance

No matter where you go
You know you're not alone

Come along with me and don't be scared
I just wanna set you free
Come on
You and me can make it anywhere
For now, we can stay here for a while
'Cause you know, I just wanna see you smile


ziela


















No comments:

WELCOME TO OUR BLOG