Alhamdulillah
syukur ke hadrat Illahi, akhirnya program One Day Trip to UM berjaya
dilaksanakan dengan lancar dengan kerjasama dari rakan-rakan SEAS dan juga dari
pihak WAO. Walaupun cuaca agak mendung pada mulanya namun itu tidak menjadi
penghalang untuk kami meneruskan program tersebut dengan adik-adik dari WAO
pada hari itu.
Pada
mulanya, kami akui sedikit gementar untuk bertemu dengan adik-adik dari
WAO kerana rakan-rakan dan juga pihak WAO itu sendiri sudah mengingatkan kami
untuk tidak menyentuh tentang hal-hal peribadi yang boleh mengguris perasaan
sepanjang menjalankan program dengan mereka. Bukan itu sahaja, gambar mereka
pun tidak boleh diambil sesuka hati. Walau apapun, kami perlu menghormati
setiap permintaan dari pihak WAO demi menjamin keselamatan adik-adik tersebut.
Sepanjang
program tersebut dijalankan, kami dapat melihat kegembiraan pada setiap
wajah-wajah mereka. Pelbagai aktiviti diadakan bagi merapatkan hubungan antara
kami dengan adik-adik tersebut. Walaupun pada mulanya wajah mereka agak suram,
namun perasaan tersebut mula beransur hilang apabila kami memulakan tentatif program
sebagaimana yang telah kami rancangkan. Apa yang pasti, kami sudah berusaha
untuk buat sebaik mungkin bagi menjayakan program tersebut dan berharap dapat
terus melakukan dengan lebih baik pada program yang akan datang bersama mereka.
Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Chong selaku penyelaras program
Jalinan Masyarakat dan rakan-rakan seperjuangan SEAS yang banyak memberi
komitmen serta pihak WAO yang turut bekerjasama bagi memastikan setiap program yang
dirancang oleh kami berjalan dengan lancar. Terima kasih kalian!
Siti
Mastura Kharudin
(AET150021)
No comments:
Post a Comment