quran bismillah
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka kita dapat bersama-

sama menjayakan program One Day Trip to UM pada hari Sabtu, 17 April 2016. Program ini telah disertai

oleh kanak-kanak dari CCC, WAO iaitu seramai 16 orang.  Program ini tidak akan dapat dijayakan tanpa 

komitmen yang jitu daripada rakan-rakan Southeast Asian Studies yang telah bertungkus lumus untuk

menjayakan program ini.  Semangat kerjasama yang kukuh dalam kalangan rakan-rakan SEAS secara tidak

langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kami dan memperkukuh ukhuwah sesama

kami.
            Melalui program ini saya dapat mengenali kanak-kanak tersebut dengan lebih dekat lagi. Melihat

telatah dan keriangan mereka sungguh menggelikan hati seolah-olah seperti kembali ke zaman kanak-

kanak semula terutama sekali apabila dapat bersama-sama bermain dengan mereka. Keramahan dan

senyuman manis mereka tidak akan dapat saya lupakan. Walaupun di sebalik senyuman itu tersimpan

seribu cerita namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk melangkah ke hadapan.


Diharapkan agar aktiviti yang kami anjurkan ini mampu memberi cahaya kegembiraan dalam hidup

mereka dan juga kami. Semoga lebih banyak aktiviti yang mampu kami anjurkan bersama-sama

dengan mereka pada masa akan datang.

Saya sudahi nukilan saya dengan puisi ini

You're Happiness is My Happiness

Whenever you're feeling down
Don't always come with a frown
Come look like a happy clown

Though of course you can't hide it
At least try a bit

But there are people around
Where your happiness is found
 
 


Nur Afiqah Binti Osman
AET150012



No comments:

WELCOME TO OUR BLOG