Alhamdulillah selesai sudah program kami bersama WAO ..bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipermudahkan segala urusan sepanjang menjayakan program ini...jutaan terima kasih diucapkan kepada penasihat kursus jalinan masyarakat ini iaitu Dr Choong Wu ling kerana banyak membantu dari segi dorongan, nasihat dan meluangkan masa ketika menjalankan program ini..seterusnya terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan2 seperjuangan yang lain kerana bersusah payah serta memberi komitmen yang baik sepanjang menjalankan program bersama..
Apa yang penting bagi saya dalam menjayakan sesuatu program ialah komitmen dan kesabaran yang tinggi..walaupun program ini adalah kursus wajib fakulti tetapi kami menganggapnya sebagai satu bentuk sumbangan kami kepada masyarakat khususnya mereka yang memerlukan...
Tiga aktiviti berjaya dilaksanakan sepanjang kursus ini dijalankan iaitu 1-Day Trip To Um, Volunteering Activities dan Karnival Serumpun Kasih Bersama SEAS..ketiga2 aktiviti ini dijalankan pada hari, tempat dan tarikh yang berbeza..tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada kanak2 tersebut untuk lebih ke dunia luar yakni dunia realiti..kesemua aktiviti tersebut berjalan dengan lancar..setiap ahli juga menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin..
Bagi saya pengajaran yang saya dapat daripada kursus ini adalah suatu pengalaman yang sangat bermakna..yang pertama ialah sillaturahim sesama coursemate itu sendiri..hubungan antara kami menjadi semakin erat dan dapat mengenali mereka dengan lebih mendalam..selain itu, sikap malu2 kerana masih rasa diri ni 'freshie' berjaya ditepis..kursus ini juga mengajar kami untuk bijak berkomunikasi dan berurusan dengan orang luar..keperibadian seseorang itu juga dapat dilihat secara tidak langsung..program ini juga mengajar manusia untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang ada dan tidak memandang remeh terhadap permasalahan orang lain..sebagai manusia juga kita perlu sedar bahawa masih ada golongan yang lebih susah dan memerlukan sokongan belakang daripada masyarakat itu sendiri..seterusnya ialah pengalaman2 susah senang se]uka duka bersama2 kanak2 tersebut..gelak tawa mereka menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus mencuba yang terbaik bagi memulihkan semangat mereka..lebih mudah iaitu untuk melupakan seketika masalah yang dihadapi oleh mereka..
oleh itu, saya berharap hubungan antara kami dengan pihak WAO serta kanak2 tersebut masih baik dan kekal..saya juga amat berharap supaya masyarakat luar buka mata buka minda dan melihat serta bertindak untuk membantu golongan2 yang memerlukan seperti ini..semoga mereka sentiasa berada dalam kasih sayang dan dipelihara Allah..aminnn
guyss!!! terbaikkk!!!!
nukilan...
akak aimi...
No comments:
Post a Comment