PROJEK JALINAN MASYARAKAT KINI TIBA KE PENGHUJUNGNYA...
SERUMPUN KASIH BERSAMA SEAS 2016
#WAO


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhiratBarang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhiratAllah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)

Alhamdulillah dengan izin Allah, kami berjaya melaksanakan Projek Jalinan Masyarakat dengan berbekalkan semangat dan sikap kerjasama yang ada pada Team SEAS. Apa yang kami lakukan bukan semata-mata hanya untuk memenuhi dan melengkapkan subjek Jalinan Masyarakat, tetapi untuk mendapatkan keredhaan ALLAH. 

Kami Dari Southeast Asian Studies sangat berbesar hati kerana dapat membantu memenuhi hari-hari ceria adik-adik kami dari WAO. Kami Percaya Setiap usaha yang ikhlas pasti akan dibalas dengan berkali ganda. Begitulah juga pesan kepada adik-adik kami, jangan biarkan kesusahan kita menjadi penghalang untuk tidak saling membantu.

Walaupun program ini sudah sampai di penghujungnya namun bagi saya tiada kata perpisahan. Saya ingin melihat adik-adik kami BERJAYA kerana mereka mampu meneruskan perjuangan bahkan lebih baik dari kami. Ini kerana saya percaya bahawa:
 
"Setiap pertolongan yang kita berikan adalah benih yang kita tanam. Suatu saat akan menghasilkan buah yang manis dan memberi kita kebahagiaan".


IKHLAS SEIKHLASNYA DARI :
MHD NUR BIN ABDUL HAKIM
AET150040

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG