KARNIVAL SERUMPUN KASIH BERSAMA SEAS
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana program terakhir kami bersama kanak2 dari WAO berjaya dilaksanakan..karnival ini merupakan program penutup bagi kursus jalinan masyarakat..namun ianya tidak bermakna hubungan yang terjalin antara kami dengan adik2 tersebut juga berakhir di situ..kami akan cuba sedaya upaya untuk terus mengekalkan hubungan ini dan membantu mereka lagi pada masa akan datang...
karnival ini berlangsung pada 8 Mei di Taman Jaya..apa yang menarik mengenai karnival ini ialah kami cuba membawa adik2 ini keluar ke dunia luar untuk melihat realiti sebenar bahawa mereka juga boleh bermain serta berseronok seperti kanak2 yang lain..sebelum bermulanya aktiviti, sesi pendaftaran dijalankan terlebih dahulu..adik2 ini ditemani oleh 2 orang childminder..seterusnya adalah sarapan..terima kasih kepada 'kakak ziela n kakak mimi' kerana menyediakan makanan yang sedap..hihihi..selesai sahaja sarapan, kami meneruskan dengan sesi nyanyian, bacaan doa serta ucapan dari pengarah projek, wakil WAO dan Dr Hanafi..majlis ini dirasmikan oleh 'kakak firkah' iaitu wakil dari WAO..seterusnya para vip dijemput makan dan adik2 tersebut dibawa ke kawasan yang lebih lapang untuk memulakan aktiviti pertama iaitu bermain giant bubble..aktiviti ini adalah atas permintaan mereka kerana mereka belum puas bermain pada program sebelum ini..
Selepas itu adalah aktiviti permainan bersama..beberapa aktiviti telah disusun oleh unit aktiviti untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami dengan adik2 tersebut..sangat menarik dan membantu mengasah minda mereka..
selepas itu, adalah mereka diberi rehat dan makan tengahari..usai makan, program diteruskan lagi dengan permainan..adik2 ini juga diberi peluang untuk bermain di playground berdekatan..apa yang terlintas dalam fikiran saya pada ketika itu ialah mungkin mereka sudah lama tidak bermain seperti itu kerana keterujaan mereka sudah menggambarkan semua..
setelah itu, adalah aktiviti yang tidak dirancang dan lebih kepada suprise je..huhuhu..birthday party yoooo..tujuannya bukan untuk menyambut hari lahir sahaja tetapi lebih kepada menghargai ikatan yang terjalin antara kami dengan WAO..
akhir sekali ialah minum petang dan acara penyampaian hadiah kepada semua peserta, pihak WAO dan juga cenderahati kepada penasihat program ini iaitu Dr Choong Wu Ling..
sekiannnn....terima kasih
nukilan...
akak aimi...
No comments:
Post a Comment