"Jalinan yang akan dikenang"



Noor Aisyah Binti Tuah
AIF 160058
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Majlis penutup pada tanggal 13 Mei merupakan pengakhiran bagi projek jalinan masyarakat kami bersama kanak- kanak dari WAO. Di peringkat awal iaitu penyediaan bagi majlis ini bermula dari awal lagi. Beberapa barisan ahli jawatan kuasa telah mengambil tindakan dalam membeli barang- barang yang diperlukan dan sebagainya. Tugasan yang di beri kami jalankan dengan bersungguh- sungguh dan bekerjasama. Walaupun terdapat beberapa kesukaran, tetapi kami bersama- sama menyelesaikannya. Semasa hari majlis ini berlangsung, atur cara majlis tidaklah berjalan dengan sempurna tetapi masih dalam keadaan yang baik dan berjalan lancar. Setelah majlis selesai kesemua ahli- ahli projek jalinan masyarakat telah bersama- sama menyusun semula dan mengemas segala peralatan. Pada pandangan saya, walaupun majlis tidaklah begitu sempurna tetapi perjalanan majlis dari persediaan ke kesudahan berjalan dengan baik dan lancar. Ini merupakan pengalaman dan pembelajaran yang baru buat kami semua serta yang paling penting adalah kegembiraan dari kanak- kanak WAO. Mereka menikmati hari tersebut dengan begitu ceria dan gembira. Walaupun ini merupakan aktiviti terakhir saya bersama mereka, kenangan ini akan disimpan dan dijadikan pengajaran dalam diri saya. Begitu banyak yang saya pelajari dari pengalaman ini dan tiada yang lebih baik dari kegembiraan di wajah kanak- kanak dari WAO. Saya berharap agar jalinan yang terjalin ini tidak terhenti sampai disini dan diteruskan lagi dengan aktiviti- aktiviti kemasyarakatan yang lain.                        

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG