REFLEKSI


Nur Ashyqin Binti Zainol:
AIF 160046

Refleksi saya bagi aktiviti yang di jalan pada 6/05/2017 ialah saya sangat gembira dapat membawa kanak-kanak di WAO berjalan-jalan di Planetarium Negara untuk melihat situasi di angkasa lepas. Kanak-kanak sangat teruja melihat suasana di dalam Planetarium Negara. Para fasi juga banyak memberi penerangan kepada kanak-kanak tersebut semasa mereka melawat tempat itu. Selain itu para fasi juga menjaga kanak-kanak dengan baik kerana di Planetarium Negara pada ketika itu sangat ramai orang. Setelah kami pergi melawat Planetarium Negara, kami membawa kanak-kanak itu di Taman Rusa. Mereka sangat gembira dapat melihat pelbagai binatang di sana. Selesai kami melawat tempat itu, kami beralih ke Taman Botani untuk menjamu selera di sana. Melihat keakraban kanak-kanak dan para fasi membuatkan saya berasa gembira. Selasai kami menjamu selera, kami pergi ke taman permainan untuk menghiburkan kanak-kanak tersebut. Mereka sangat teruja semasa melihat taman permainan yang besar. Setiap fasi menjalankan tugas mereka dengan memerhati kanak-kanak tersebut agar tidak cedera dan tidak berjauhan dengan kanak-kanak yang lain. Selepas kami ke Taman Botani, kami pergi ke Muzium Negara untuk menujukan barang-barang sejarah yag terdapat di sana. Walaupun terdapat kanak-kanak ketika itu, mereka masih melihat dan mendengar dengan baik. Para fasi tidak lupa menceritakan kisah-kisah sejarah kepada kanak-kanak tersebut. Walaupun sesetengah mereka masih kecil, mereka masih seronok berada di Muzium Negara. Selesai kami Ke Muzium Negara, kami beransur pulang ke rumah WAO untuk menghantar kanak-kanak tersebut. Saya berasa bangga dengan kumpulan saya kerana dapat membuat dengan baik sepanjang perjalanan kami bersama kanak-kanak WAO. Saya berharap kumpulan saya akan terus bekerjasama dengan baik setelah habis Jalinan Masyarakat ini.

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG