SABRIAH BINTI RAHMAN
AIF 160063
Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam satu Malaysia. Refleksi saya mengenai majlis penutupan jalinan masyarakat Jabatan Asia tenggara yang diadakan di dataran siswa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Penutupan Jalinan masyarakat yang dijalankan berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pelajar Pengajian Asia Tenggara Tahun satu 2016/2017 dan Dr Chong. Dalam penutupan Jalinan masyarakat ini kami telah mengatur beberapa aktiviti sepanjang majlis ini seperti menjemput VIP seperti Professor Madya Dr. Hanafi Hussin Dekan Fakulti, Wakil WAO, Wakil SUHAKAM, Dr.Chong, kanak-kanak dari WAO dan pensyarah Jabatan Asia Tenggara. Majlis yang dijalankan sangat meriah dengan beberapa membuat beberapa persembahan dan aktiviti potong kek bersama kanak-kanak serta perasmian majlis penutupan yang dilancarkan oleh Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial iaitu Professor Madya Dr. Hanafi bin Hussin. Penutupan ini sangat bermakna bagi kami dan juga pihak WAO kerana bagi memberi penghargaan kepada mereka kerana memberi kerjasama dalam membantu menjayakan program jalinan masyarakat bagi Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Seterusnya saya berasa bersyukur sangat dengan adanya program seperti ini mampu mengeratkan lagi hubungan perpaduan diantara kami dengan masyarakat luar dan memberi peluang untuk kami membantu mereka daripada pelbagai aspek. Justeru itu, saya dapat belajar banyak hal selepas menjalani program ini seperti kita juga perlu bersikap lebih prihatin dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira bangsa, budaya dan agama agar sikap perpaduan diantara masyarakat lebih utuh. Kesimpulannya, banyak pengalaman yang baru yang kami perolehi selama menjalani program ini dan program ini perlu diteruskan bagi memupuk rasa hormat dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling.
No comments:
Post a Comment