Tumbuh merimbun di hujung laman, Kalungan budi junjungan kasih, Menjadi kenangan sepanjang zaman.



THIVIYASHNI A/P POOPATHI
AIF160038


Syukur pada Ilahi atas nikmat kesatuan hati dan kasih sayang yang terbina. Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang melibatkan diri dalam jalinan masyarakat kali ini. “Soft skills” untuk berkomunikasi dengan manusia lain bertambah sedikit demi sedikit sekaligus ilmu yang dikongsi itu terasa lebih bernilai dan bertambah untuk kegunaan masa hadapan .

          Selain itu, komitmen daripada semua ahli kumpulan sangat diperlukan dalam setiap aktiviti supaya program yang telah dirancang akan menonjolkan keadaan yang seri, menarik dan objektif yang ingin dicapai akan tercapai. Walaupun aktiviti yang akan dilaksanakan kelihatan seperti kecil tetapi apabila kita menghayati akan kesannya dan objektif yang ingin dicapai, kita akan lebih menghargainya.

          Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya kerana berjaya  menjayakan program ini dengan lancar sekali. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami, Dr. Chong Wu Ling atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau selama ini dari mula sehingga tamat program kami .

          Saya telah mendapat banyak pengalaman baru melalui program ini.  Antaranya ialah saya dapat mengeratkan hubungan antara rakan sekumpulan. Melalui pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang  program, saya dapat mengenali dengan lebih rapat dan dapat beramah mesra dengan rakan sekumpulan dan golongan kanak - kanak .

          Berkaitan sikap kanak-kanak yang menyertai aktiviti yang kami jalankan, pada pandangan saya komitmen mereka agak baik walaupun kadangkala melakukan sesuatu diluar kawalan kami. Kitalah yang berperanan untuk memberi teguran dengan sewajarnya tanpa mengikut kehendak emosi. Kita berperanan menunjukkan kasih sayang kepada kanak-kanak. Kasih sayang itulah yang memberi kefahaman kepada kanak-kanak untuk memahami apa yang cuba kita sampaikan. Contohnya sikap anak-anak kadangkala berlaku kasar tetapi kita haruslah menegur dengan sebaiknya dan menyelami apa masalah yang mereka hadapi. Sebagai pendidik kita perlulah memberikan kata-kata semangat kepada mereka kerana mereka berasal dari latar belakang yang berbeza. Tolak ansur dan kesabaranlah yang kita perlukan dalam mendidik kanak-kanak.

          Akhir kalam, saya amatlah bersyukur kerana diberi peluang untuk terlibat dalam program yang melibatkan guru penasihat yang sangat baik serta rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah putus asa untuk membantu dan menghulurkan bantuan. Terima kasih semua. 

Pohon sirih pohon selasih,                                                                                                                          Tumbuh merimbun di hujung laman,                                                                                                   Kalungan budi junjungan kasih,                                                                                                            Menjadi kenangan sepanjang zaman.














No comments:

WELCOME TO OUR BLOG