Tumpul pisau mari diasah, Mengupas mangga ayuh berbagi, Hati risau lama berpisah, ngin rasanya bertemu lagi.



THIVIYASHNI A/P POOPATHI
AIF160038



          Selamat sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka kata refleksi bagi subjek Jalinan Masyarakat. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr. Chong Wu Ling yang sanggup memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pelajar Jabatan Pengajian Asia Tenggara tahun pertama. Saya berasa pensyarah merupakan seorang yang penyayang kerana sanggup mengorbankan masa untuk menjalankan aktiviti jalinan masyarakat dengan kami. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang sanggup bekerjasama, bertoleransi serta hormat-menghormati semasa proses kami menjalankan aktiviti jalinan masyarakat di Planetarium Negara, Taman Kancil dan Rusa, Perdana Botanical Garden dan Muzium Negara.
          Dalam kursus ini, kami telah mengadakan lawatan luar ke Planetarium Negara, Taman Kancil dan Rusa, Perdana Botanical Garden dan Muzium Negara pada 6 Mei 2017 bersama kanak-kanak. Sesungguhnya, kursus seperti Jalinan Masyarakat ini sangat dinanti-nantikan. Hal ini demikian kerana ia memberikan pengalaman yang sungguh luar biasa bagi saya. Saya sangat gembira selepas menjalankan jalinan masyarakat ini dan bersyukur atas peluang yang sungguh indah ini. Banyak pengalaman, kebaikan dan manfaat telah saya peroleh daripada aktiviti ini.
          Pengalaman saya bersama kanak-kanak di Planetarium Negara, Taman Kancil dan Rusa, Perdana Botanical Garden dan Muzium Negara memberi makna yang mendalam kepada saya. Ini adalah pengalaman yang terbaik dalam hidup saya kerana dapat meluangkan masa bersama-sama kanak-kanak walaupun hanya dalam beberapa jam sahaja. Namun sesungguhnya, ia memberi makna yang mendalam dalam hidup saya.
          Secara keseluruhannya, saya bersyukur atas peluang yang ada dan saya sangat menikmati peluang yang diberikan untuk menyelami apa yang dirasakan oleh orang lain yang berlainan bangsa dan agama dengan saya. Dalam pada itu, saya bersyukur dan berterima kasih kepada kawan-kawan sekelas yang memberi idea, bekerjasama dan sanggup meluangkan masa bersama-sama walaupun masing-masing ada hal yang tersendiri. Saya yakin masing-masing telah menimba banyak pengalaman dan mendapat manfaat daripada kursus ini kerana kursus ini juga telah membentuk peribadi saya sendiri untuk lebih mensyukuri kehidupan ini dan menjadi insan yang terbaik walaupun banyak kelemahan. Sekian, terima kasih.




No comments:

WELCOME TO OUR BLOG