“ SEBAIK-BAIK MANUSIA MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN”


MOHAMMAD IRFAN SYAHMI BIN MAZLAN
AIF160017

                                                                                                                         
  Pada waktu cuti yang sememangnya sesuai untuk menjalankan sebarang aktiviti, kami telah bersepakat untuk mengadakan program yang terakhir bersama kanak-kanak sebelum berlangsungnya majlis penutup. Program kami telah dijlankan pada 6 mei iaitu pada hari sabtu. Seterusnya, program kami telah memulakan perjalanan dengan melawati planeterium negara di Taman Tasik, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Semua pelajar jabatan asia tenggara yang disertai oleh seramai 25 orang kesemuanya dengan 6 orang kanak-kanak. Kami membawa mereka menjelajahi ke sekitar planeterium dengan membawa mereka ke tempat-tempat menarik yang disediakan dengan fasiliti dan prasarana serba lengkap bertemakan astronomi dan sains memukau mata kami dan para kanak-kanak tersebut. Seterusnya, kami telah meneruskan perjalanan kami ke Taman Rusa dan Kancil di lokasi yang sama juga, di sana pelbagai spesis rusa yang boleh dijumpai serta dapat melihat bagaimana cara hidup mereka seharian. Jelas terpancar dari wajah mereka keterujaan menyaksikan spesis rusa yang unik di kawasan tersebut.Selanjutnya, lokasi kami yang seterusnya adalah di “Taman Botani” untuk menikmati ciptaan tuhan yang indah serta menghirup udara yang segar serta menikmati makan tenghari dengan dihiasi pokok bunga yang harum mewangi dan bermacam-macam warna . Berdekatan dengan taman tersebut terdapat taman permainan kanak-kanak yang telah disediakan, jadi kami telah memberikan peluang kepada mereka untuk bermain gelongsor, jongkang jongkit dan sebagainya bagi meraikan mereka .Seterusnya, kami menunaikan solat zuhur sebelum meneruskan destinasi ke Muzium Negara. Banyak tempat bersejarah yang telah kami jumpai dengan pelbagai artifak lama sejak berkurun-kurun ada di sana. Tujuan kami membawa mereka kesana adalah untuk mengimbau kembali sejarah pengorbanan askar-askar melayu semasa kedatangan penjajah demi untuk mencapai kemerdekaan negara kita serta menghayati bagaimana perjuangan dan pengorbanan tentera-tentera tanah melayu ketika itu . Konklusinya, pengembaraan kami pada satu hari tersebut telah membawa pelbagai makna kepada kami serta  telah mencapai misi dan objektif kami untuk menggembirakan kanak-kanak tersebut serta meraikan kedatangan mereka. Hasil dari program tersebut, kami mendapati  kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya diberikan kepada mereka kerana menghadapi masalah yang berkaitan dengan keluarga, jadi ia dapat memupuk diri saya dan  kami supaya bersikap lebih sabar dan cintakan akan kanak-kanak We love you all !

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG