BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH !

Assalamualaikum dan selamat sejahtara saya ucapkan. Pada pengamatan saya program jalinan masyarakat pada tahun 2017 telah memberikan satu kenangan manis buat kami yang telah disertai oleh 25 orang pelajar jabatan asia tenggara dan beberapa orang kanak-kanak yang terpilih dibawah kendalian Dr.Chong Wu Ling dan WAO (Women Aid Organization) iaitu sebuah pertubuhan yang melindungi kanak-kanak dari mangsa penderaan. Pada pemerhatian saya program berjalan dengan lancar sekali walaupun terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi, namun dapat diselesaikan dengan segera.  Seterusnya, setiap pelajar telah memberi komitmen sepanjang program sedang berlangsung dan apa yang pasti nampak keriangan di wajah kanak-kanak itu serta memberikan satu hari yang bermakna buat mereka. Setiap pelajar juga telah diberikan tugasan masing-masing seperti pembahagian kumpulan, pengurusan acara dan sebagai nya.  Tambahan pula, apa yang penting semangat kerjasama secara berkumpulan telah dapat ditonjolkan dan ini membantu program dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, peranan pengarah program iaitu Azti Nurul Syahirah Binti Azhar dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus membentuk satu organisasi yang teratur serta mengatur program supaya dapat dijalankan mengikut metod yang telah ditetapkan oleh Dr.Chong Wu Ling dan WAO itu sendiri. Kesimpulannya, program ini dapat memberikan pengalaman baharu yang berharga khususnya kepada diri saya dan kepada rakan-rakan taulan saya yang lain serta membentuk satu kemahiran yang dapat di praktikkan untuk program yang mendatang.

MOHAMMAD IRFAN SYAHMI BIN MAZLAN
AIF160017

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG