“Ketika refleksi ini dikarang, mesyuarat rasmi antara mahasiswa Jabatan Pengajian Asia Tenggara baru sahaja selesai dibincangkan bagi merungkai segala apa yang perlu diperbaiki pada hari mendatang ”, ….

              Pada 4 Mac yang lalu, suatu projek jalinan masyarakat yang pertama bagi sesi 2016/2017 telah dijalankan. Program ini berlangsung sekitar jam 8 pagi dan berakhir pada 3 petang. Program pertama ini diadakan di kawasan “Semali Tree” yang terletak di dalam kampus Universiti Malaya. Berkenaan pemilihan tapak program, kami sengaja memilih kawasan tersebut bagi tujuan mendedahkan mahasiswa ambilan Februari, Jabatan Pengajian Asia Tenggara (JPAT) dan kanak-kanak dari WAO kepada suasana persekitaran di Universiti Malaya. Hasrat kami tidak lain dan tidak bukan bagi melaksanakan suatu program yang memberi impak terhadap golongan sasar secara terus, namun elemen pendidikan santai berinformatif tetap menjadi keutamaan kami. Bagi saya, inilah teras utama yang perlu ditekankan ketika saya melakukan sebarang program bersama komuniti. 
Berkenaan persiapan untuk hari pertemuan antara kami dan kanak-kanak WAO, terdapat pelbagai persediaan yang dilakukan merangkumi urusan permohonan untuk kelulusan tapak program, pencarian dana dan tajaan serta penyediaan barangan aktiviti program dan cenderamata. Apa yang menariknya, boleh dikatakan kesemua aktiviti yang dijalankan telah tercapai kepada objektifnya. Saya sempat melihat bahawa terdapat beberapa orang mahasiswa yang mempunyai personaliti yang amat sesuai bagi menjadi seorang fasilitator, pembimbing dan jurulatih. 
Penganjuran program kali ini adalah merupakan suatu kolaborasi yang mantap diantara pelajar JPAT dari dua ambilan yang berbeza. Meskipun kami baru sahaja bersua kira-kira kurang dari dua bulan (ketika program 4 Mac 2017) dijalankan, namun semangat kerja berpasukan itu yang menjadi keutamaan lantas program ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kesulitan yang besar.
Tanpa sokongan dari pihak atasan, tidak mungkin ianya berjalan dengan lancar, maka saya dedikasikan sekalung ucapan terima kasih kepada penyelaras program iaitu Dr. Chong Wuu Ling, Prof. Madya Dr. Hanafi Bin Husin, Dekan fakulti Sastera dan Sains Sosial, Prof. Madya Dr Hanizah binti Idris selaku ketua Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Tidak lupa juga kakitangan JPAT iaitu Puan Liza, Encik Jefri dan Puan Hasimah atas bantuan yang dihulurkan kepada kami.
Setiap yang berlaku, pasti berlaku atas izin dari-Nya, saya dengan ini secara rendah hati ingin memohon seribu kemaafan kepada mana-mana pihak andai berlaku ketelajuran tingkahlaku atau ketidaksempurnaan tugasan sebagai setiausaha projek Jalinan Masyarakat yang diamanahkan kepada saya sepanjang tempoh program ini dijalankan dan pada masa akan datang. Semoga program ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan segala kekurangan dapat diperbaki. Besar harapan saya untuk melihat rakan-rakan seperjuangan turut serta kedalam bidang latihan dan kejurulatihan pada masa akan datang. 
Akhir kalam, terima kasih buat pihak pengurusan Women Aid’s Organization (WAO), rakan seperjuangan dan seluruh warga JPAT atas komitmen yang padu dalam menjalankan kegiatan ini.
Tulus Ikhlas,
YUSLIANA BINTI YUSOF
AIF 160041
PENYELARAS : DR CHONG WU LING

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG