"Pengalaman yang bermakna"

Terlebih dahulu assalamualaikum dan selamat sejahtera sebagai pembuka kata bagi refleksi saya dalam kursus jalinan masyarakat ini. Dikesempatan ini saya ingin berterima kasih kepada Dr Chong sebagai penyelaras kursus, sahabat- sahabat saya yang sama- sama berusaha menjayakan kursus ini serta kepada penyumbang- penyumbang yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung seperti dari segi kewangan dan lain- lain. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani kursus ini yang banyak memberi pengalaman, pengajaran dan faedah kepada diri saya. Oleh itu saya juga ingin menyampaikan terima kasih saya kepada pihak universiti kerana memberi saya peluang seperti ini. Di bahagian permulaan dimana saya dan sahabat- sahabat saya perlu sama- sama berusaha untuk membuat kelengkapan supaya program ini berjalan dengan baik, sikap tolong-menolong dan usaha yang ditonjolkan telah memberi saya semangat untuk berusaha dengan lebih baik dalam menjayakan program ini. Semasa program ini berlangsung pula, saya dapat lihat akan kerjasama kami sebagai satu pasukan dalam merialisasikan usaha kami. Saya telah pelajari bagaimana untuk bertolak ansur dan berkerjasama dalam kerja berpasukan. Selepas program ini selesai, saya berasa lega kerana kami telah membantu sedikit sebanyak yang termampu untuk mengembalikan kegembiraan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kursus ini telah mengajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang saya peroleh serta cuba semampu saya untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jika mempunyai peluang dan kesempatan di masa hadapan saya akan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini lagi.            
 Noor Aisyah Binti Tuah
           AIF 160058            

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG