WELCOME

Kalaulah ada sumur di ladang, Bolehlah kami menumpang mandi, Kalaulah ada umur yang panjang, Bolehlah kita bertemu lagi. Terima kasih daun keladi.

          Jalinan Masyarakat (JM) merupakan kursus universiti yang diwajibkan ke atas semua pelajar Universiti Malaya. Program tersebut bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada khidmat kemasyarakatan dan peranan sebagai sukarelawan.
           Saya sejujurnya mendapati bahawa program yang dijalankan ini banyak memberi manfaat serta nilai tambah dalam hidup saya. Melalui program ini saya dapat mengenali erti sebuah kehidupan dimana ianya diluar kotak pemikiran saya. Saya dapat melihat sesebuah kelompok kehidpuan dimana mereka tidak memperolehi kehidupan seperti saya. Banyak kekurangan yang mereka ada akan tetapi apa yang membuatkan saya begitu terharu adalah apabila mereka mampu untuk terus tersenyum dengan gembira walaupun dengan kehidupan sedemikian. Pada awalnya saya berasa agak janggal dengan kanak-kanak ini kerana tidak tahu tentang cerita disebalik kehidupan mereka. Setelah lama-kelamaan, hubungan kami telah mula terjalin dan ada diantara mereka yang telah menyentuh hati saya dengan gelagat mereka yang begitu riang tanpa dapat melihat keperitan yang mereka alami.
           Seterusnya tidak dilupakan sekalung penghargaan diucapkan kepada rakan seperjuangan yang sangat komited dan saling membantu antara satu sama lain. Tanpa usaha gigih dan kesabaran semua, program yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan jayanya. 

           Melalui program ini, pelbagai manfaat yang saya dapati terutamanya cara pengurusan dan interaksi dalam masyarakat. Sebagai seorang mahasiswa, bakti kemasyarakatan seperti ini perlu diteruskan sebagai langkah permulaan asas perpaduan. Hal ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran pelbagai pihak terutamanya mahasiswa tentang kepentingan menyumbang terhadap masyarakat sekeliling.

           Kesimpulannya, program ini banyak memberikan nilai-nilai yang positif dalam diri saya. Saya juga amat berbangga dapat menjadi salah seorang peserta melalui program ini. Program seperti ini amatlah bagus bagi membentuk nilai jati diri dalam diri seseorang individu. Saya berharap moga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.



THIVIYASHNI A/P POOPATHI

AIF160038



No comments: