WELCOME

WAO DIHATIKU

Assalamualalaikum dan salam sejahtera saya ucapkan bagi pemuka kata refleksi untuk kerja kursus jalinan masyarakat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr. Chong yang sanggup memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk menjalankan kursus jalinan masyarakat ini. Saya berasa pensyarah merupakan seorang yang prihatin kerana sanggup meluangkan masa untuk menjalani aktivi jalinan masyarakat dengan kami. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sanggup berkerjasama, bertoleransi serta hormat menghormati semasa proses menjalankan aktiviti jalinan masyarakat ini.
Menerusi jalinan masyarakat yang dijalankan pada 4 Mac yang lepas sangat memberi makna yang mendalam bagi saya. Hal ini demikian kerana, ini adalah pertama kali saya turut serta dalam  aktiviti jalinan masyarakat. Sebelum ini, saya kurang menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti ini. Jadi, menerusi ini banyak memberi impak yang besar dalam kehidupan saya sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaya. Sesungguhnya, pengalaman berinteraksi dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam keganasan rumahtangga atau kanak-kanak yang hilang tempat untuk bergantung adalah yang terbaik sepanjang kehidupan saya selama 21 tahun ini. Ketika melihat gelagat kanak-kanak itu, hati saya sangat sebak dan terharu melihat kekuatan hati dan ketabahan mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Tambahan lagi, saya begitu kagum melihat kanak-kanak yang masih kecil yang sangat teruja apabila melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan. Melihat kepada kekuatan dan ketabahan mereka, saya begitu terharu kerana mereka masih mampu meneruskan kehidupan dengan tawa dan gembira walaupun ada kekurangan di dalam hati mereka yang mungkin tidak dapat diselami oleh hati manusia. Aktiviti ini membuatkan saya sangat bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa dan keluarga yang lengkap jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang ada.
Secara keseluruhannya, saya merasa bertuah atas peluang yang ada dan saya sangat menikmati peluang yang diberikan untuk menyelami apa yang dirasakan oleh orang lain. Jutaan terima kasih saya tujukan buat pensyarah, rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada secara lansung ataupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti kursus jalianan masyarakat bagi subjek ini. Sesungguhnya, kerjasama, tanggungjawab dan nilai etika ketika melakukan aktiviti ini membantu saya untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Walaupun terdapat masalah yang timbul ketika aktiviti dijalankan, namun berkat kesabaran dan semangat kerjasama yang tinggi dalam kumpulan, masalah tersebut dapat diselesaikan. Benarlah kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Terima kasih semua.
MOHAMMAD AZUL SYAFIQ BIN MAT ZU

AIF 160056
 

No comments: