Pengalaman bersama kanak-kanak dari WAO

        Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana program One Day Trip to UM telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dapat dijalankan kerana pelajar-pelajar Pengajian Asia Tenggara telah memberi kerjasama mengikut tugas yang diamanahkan. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan berjaya dilaksanakan pada hari tersebut iaitu pada 17 April 2016. 

      Kedatangan kanak-kanak dari WAO disambut dengan meriah oleh para pelajar di tasik varsiti. Terpancar kegembiraan pada wajah mereka apabila tiba di situ. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilakukan seperti berzumba, mewarna, dan bermain giant buble. Mereka begitu gembira dan bersemangat apabila melakukan aktiviti yang diadakan. 

       Seterusnya, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para pelajar dengan kanak-kanak tersebut. Mereka merupakan kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang daripada ibu bapa. Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah yang dialami oleh mereka.


SITI FATIMAH BT DESA
AET150033 


No comments:

WELCOME TO OUR BLOG