WELCOME

DI SINI JUA, MEMORI TERCIPTA, TERJALIN KASIH KITA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera uolllss…

Harini sis akan berkongsi cerita dengan pembaca semua mengenai sebuah program yang sis sertai.
First of all, bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya program pertama untuk jalinan masyarakat Jabatan Pengajian Asia Tenggara kami iaitu program “ONE DAY TRIP TO UM” yang telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Walaupun terdapat pelbagai rintangan dan halangan sepanjang program ini berlangsung, tetapi dengan kerjasama yang erat dan kukuh daripada TEAM SEAS, program itu berjalan dengan sempurna dan jayanya. 


Pengalaman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata sepanjang meluangkan masa bersama adik-adik Women Aid Organization (WAO).  Pada awalnya, saya agak gementar untuk berdepan dengan adik-adik WAO.  Tetapi selepas berkenalan dengan mereka semua, ternyata mereka sangatlah peramah dan periang. Tetapi terdapat juga wajah-wajah yang muram dan sedih kerana rindukan kedua ibu bapa mereka. Oleh itu, Saya berusaha untuk menceriakan situasi tersebut dengan bertanyakan pelbagai perkara-perkara kegemaran mereka. Sepanjang sesi bercerita tersebut mereka banyak berkongsikan pelbagai movie dan kartun kegemaran mereka. Dengan adanya conversation ini, sedikit sebanyak mereka dapat melupakan masalah yang dialami.


Pelbagai aktiviti yang kami jalankan sepanjang program tersebut, dan terpancar kebahagiaan dan kegembiraan daripada wajah adik-adik WAO. Mereka sangatlah bersemangat dalam melakukan sesuatu aktiviti yang dijalankan. Walaupun banyak masalah yang dihadapi tetapi mereka sedikit pun tidak merungut dengan masalah tersebut. Ini membuatkan saya bersemangat untuk menempuh pelbagai ujian yang akan saya lalui. Hal ini kerana mereka masih mentah untuk mengharungi perkara-perkara tersebut. Tetapi dengan kecekalan yang mereka ada, mereka dapat menempuhnya sehingga sekarang.


Sepanjang program ini berlangsung, Saya berasa amat berbesar hati kerana dapat berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan bersama mereka.  Kasih sayang yang dicurahkan untuk adik-adik WAO ini tidak dapat balas dengan wang ringgit ataupun apa saja. Melihat adik-adik ini membuat saya berasa bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Thank you Allah for everything.

Saya berharap agar adik-adik WAO dapat meneruskan kehidupan mereka seperti orang biasa yang lain.
 Sekian sahaja nukilan daripada saya Nur Amalina binti Azam (AET 150039) 

No comments: