WELCOME
 
Pada 17 April 2016 yang lalu, kami pelajar tahun satu semester dua sesi 2015/2016 telah menjalankan aktiviti jalinan masyarakat bersama kanak-kanak di Women Aids Organization (WAO).  Kami telah menjemput pelajar tersebut dari rumah perlindungan mereka pada jam 8.00 pagi dan membawa mereka ke Tasik Varsiti Universiti Malaya untuk satu program yang telah dianjurkan oleh kami bernama One Day Trip to Um. Pada mulanya kami memulakan program dengan sesi pendaftran dan sarapan pagi , , sarapan yang telah disediakan oleh biro makanan sangat enak dan menyelerakan. Selesai sarapan pagi kami memperkenalkan diri masing-masing  Setelah itu kami menari zumba bersama kanak-kanak tersebut . Secara keseluruhannya program tersebut berjalan lancar dan baik cuma terdapat sedikit masalah dimana kami terpaksa berpindah daripada Tasik Varsity ke Dataran Siswa disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan namun pada akhirnya kami semua bersetuju bahawa itu adalah pilihan yang bagus kerana kami tidak perlu berpanas disamping Dataran Siswa mempunyai kemudahan seperti kipas angin dan juga tandas yang berhampiran.
Pada waktu tengah hari kami menikmati  makanan yang disediakan bersama kanak-kanak tersebut . Kami juga berehat selam satu jam setelah penat menjalani aktiviti-aktiviti sesi pagi. Selesai solat zuhur kami meneruskan aktiviti kami dengan aktivit mewarna dan kuiz berkumpulan , kami turut menyanyi dan menari bersama-sama . Pada jam kira-kira 4 petang kami kembali ke Tasik Varsity untuk bermain Giant Bubble yang disediakan. Kanak-kanak tersebut termasuk kami sendiri amat seronok bermain bersama-sama. Kami amat berterima kasih kepada pihak yang menaja permainan Giant Bubble tersebut kerana telah mewarnai hari kami pada waktu tersebut. Selesai bermain Giant Bubble kami menikmati minuman petang yang enak iaitu karipap,donut dan kuih sosej . Akhir sekali kami bersurai .
Pengalaman program ini amat bermakna bagi saya kerana ianya membentuk kemahiran berkomunikasi saya. Saya juga melihat kawan-kawan saya menjalankan tugasan yang diberikan dengan komited dan girang . Kami sangat gembira bermain bersama kanak-kanak tersebut dan kami juga tidak lelah melayan kerenah dan celoteh mereka yang pelbagai.  Saya mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan mendapat perhatian umum bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
 
ARIF ISMAIL
AET150025

No comments: