WELCOME

Karnival Serumpun Kasih Bersama Seas.

Bismillahirrahmanirrahim.
Hye kawan-kawan. Post kalini saya akan ceritakan tentang program terakhir kami untuk menyudahi kursus jalinan masyarakat tahun 2016 ini. 
Program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Nur. Kemudian acara diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu Universiti Malaya. 
Kemudian ucapan daripada pengarah projek ini iaitu saudara Muhammad Alif.
 Kemudian diteruskan dengan ucapan Kak Firkah iaitu wakil daripada Wao. Seterusnya perasmian dilakukan oleh Dr. Hanafi. Gimik Perasmian pula dilakukan oleh Kak Firkah. 

(Terima Kasih Kak Firkah kerana hadir ke karnival ini)

Selepas perasmian tetamu vip dijemput untuk menikmati juadah yang kami sediakan. 


Sementara tetamu VIP menikmati juadah yang disediakan, persembahan nyanyian dilakukan oleh abang arif dan kakak balqis bagi menghiburkan adik-adik. Dalam masa yang sama juga tugas-tugas khas telah menjalankan tugasnya untuk merpersiapkan aktiviti yang seterusnya iaitu belon Giant buble. Belon Giant Buble ini dilakukan pada waktu pagi kerana cuaca pada petang hari dijangka akan hujan. Seperti biasa, aktiviti Giant Buble memang dapat menggembirakan adik-adik. Sudah tentu, hampir kesemua objektif aktiviti yang dilakukan adalah untuk menggembirakan adik-adik ini. 



"Uncle" Alif pun teruja bermain belon giant. 

Selepas aktiviti giant buble selesai, kami telah makan tengah hari bersama-sama adik-adik ini. Kemudian kami teruskan dengan aktiviti yang lain. iaitu aktiviti yang dikendalikan oleh kak Ana


Kak Ana sedang menerangkan cara-cara untuk bermain pada aktiviti yang seterusnya.








Selesai sahaja aktiviti ini. Kami membenarkan adik-adik ini untuk bermain di Taman Permainan di Taman Jaya. Kami juga turut bermain bersama-sama adik2 ini. 





Aktiviti terakhir kami pada hari tersebut ialah Sambutan Hari Jadi. Sambutan Hari Jadi ini kami lakukan kepada semua adik-adik ini. 



Acara yang terakhir ialah majlis penutup . iaitu pemberian cenderahati dan hadiah kepada adik-adik ini serta kepada wakil wao. 







Dengan berakhirnya majlis penutup ini. Maka, berakhirlah aktiviti jalinan masyarakat kami pada tahun 2016. Walaubagaimanapun, jalinan tetap akan terjalin bersama-sama adik-adik ini. Hal ini kerana, kami ingin merancang ingin memberikan khidmat tusyen secara percuma kepada adik-adik ini apabila menjelang musim peperiksaan akhir tahun mereka. 

Terima Kasih Universiti Malaya kerana mewujudkan Kursus ini. Dengan wujudnya kursus ini, kami rakan sekelas menjadi semakin rapat dan bekerjasama bagi menjayakan kursus ini. Selain itu juga, kami juga turut dapat menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar. Jelas, kursus Jalinan Masyarakat ini telah berjaya mencapai objektifnya. 

Sekian Terima Kasih. Jumpa Lagi. 








Nukilan,
Julayka. 



No comments: