Refleksi Program Jalinan Masyarakat Bersama Women's Aids Organization

       Hi saya Dennis Teo Wei Xiang. Saya ingin mengemukakan refleksi saya mengenai pengalaman dan perasaan saya sepanjang menjalankan aktiviti sukarelawan di bawah program kursus Jalinan Masyarakat. Pertamanya, saya berasa amat bersyukur kerana mendapat peluang untuk menjalankan aktivti yang berunsurkan kesukarelawanan. Saya sebelum ini tidap pernah melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Saya memperoleh banyak pengalaman yang begitu bermakna dalam hidup saya iaitu bermesra dan menjalinkan hubungan silaturahim bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik di mana ibu mereka merupakan mangsa keganasan rumah tangga. Mereka secara tidak langsung terkena tempias penderitaan yang dihadapi oleh ibu-ibu mereka yang menjadi mangsa penderaan suami-suami mereka. Saya berasa amat terharu melihat keadaan mereka yang hidup tanpa mendapat kasih sayang yang mencukupi daripada kedua-dua orang ibu bapa mereka. Kebanyakkan daripada mereka terutamanya yang tinggal di Pusat Penjagaan Kanak-kanak di bawah kelolaan Woman Aids Organization (WAO) tinggal berjauhan daripada ibu-ibu mereka. Oleh itu, kehidupan mereka menjadi tidak bahagia dan sempurna seperti kanak-kanak lain. Aktiviti yang saya jalankan bersama-sama dengan rakan-rakan sekursus saya sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan dan keseronokan kepada mereka dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan seperti aktiviti eksplorasi, melukis dan mewarna, bermain Giant Bubble dan sebagainya. 

       Seterusnya, nilai kerjasama dan semangat kerja berpasukan juga dapat dipupuk dengan menjalankan aktiviti seperti ini. Saya juga mendapati aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara rakan-rakan sekursus saya. Kami sentiasa bekerjasama dan berganding bahu menjalankan aktiviti kesukarelawanan ini supaya dapat berjalan dengan lancar. Segala susah dan senang kami tempuhi secara bersama.

      Selain itu, aktiviti kesukarelawanan ini juga dapat memupuk nilai tanggungjawab, keprihatinan, tolong-menolong, kesederhanaan dan sebagainya. Kesemua nilai ini dapat dilihat dalam setiap individu yang terlibat dalam penganjuran dan perjalanan program ini. 

      Di samping itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada setiap rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya ketika menjalankan aktiviti ini terutamanya saya menghadapi kesulitan dan kesukaran akibat kecacatan yang saya hadapi. 

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG