Terima Kasih untuk segalanya.

SOCIAL ENGAGEMENT
JALINAN MASYARAKAT
Alhamdulillah, Kursus Jalinan Masyarakat 2016 telah berakhir. Munculnya saya disini ingin kongsikan tentang refleksi sepanjang program ini berlangsung. 



Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Chong yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami. Selain itu, tidak lain tidak bukan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya kerana memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung. Terima Kasih kerana sentiasa bekerjasama dan mendengar arahan yang telah diberikan. Muahhh :* (hahahahhaha)

Sepanjang program ini berlangsung, saya dapat banyak belajar tentang cara-cara untuk menjalinkan hubungan yang baik dengar masyarakat luar. Tambahan lagi, saya dapat belajar bagaimana untuk handle adik-adik yang masih kecil. Secara tidak langsung juga saya rasa bersyukur sangat dibesarkan didalam keluarga yang harmoni.

Selain itu, saya juga sedar tentang apa itu keganasan rumah tangga. Adik-adik ini layak untuk menerima kebahagian. Saya berharap, adik-adik ini berasa gembira sepanjang kehadiran kami. Semoga selepas ini adik-adik ini juga dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa serta bahagia disamping orang tersayang. Kakak miss you All. Semoga satu hari nanti, diluar, kita dapat berjumpa lagi. 






Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami. Terima kasih menceriakan kami walaupun kami yang sepatutnya menceriakan adik-adik. Terima kasih kerana tabah dalam setiap apa yang adik hadapi. Terima Kasih kerana sentiasa gembira menerima kehadiran kami. Terima Kasih untuk segalanya. Maaf jika banyak yang terkurang daripada kakak-kakak dan abang-abang dari UM ini. Semoga impian adik-adik tercapai nak masuk ke UM. 

Last, jangan lupakan kami. Kami tidak akan lupakan adik-adik. We Love You. Semoga Berjaya di Masa Hadapan. Love You People <3 font="">





Your Kakak and Teacher Forever,
 Julayka binti Junaidi.



No comments:

WELCOME TO OUR BLOG